SELAMAT TAHUN BARU 2010 ‘Salam Persaudaraan Islam Untuk Semua’


PADA malam detik terakhir jam 12.00 tengah malam 31 Disember 2009 lalu, maka bermulalah kalendar tahun baru masehi 2010. Sambutan tahun baru itu bukan sekadar disambut oleh rakyat Malaysia yang ‘mudah lupa’ sahaja tetapi manusia di sleuruh dunia pun meraikan kedatangan tahun baru 2010 tersebut.

Maka, ‘riuh-damak’ jadinya pada malam tersebut masing-masing kononya dengan semangat dan azam baru mahukan perubahan. Kononnya, tahun baru akan dimulakan dengan azam dan tekad baru untuk memajukan diri dilapangan bidang kehidupan maing-masing.

Pelbagai ragam manusia dapat dilihat pada malam tersebut ‘yang tua dating bertongkat’, ‘yang kecil berlari anak’, ‘yang buta berpimpin tangan’, ‘yang tuli terpinga-pinga’,’yang betina tercongek-congek’, ‘yang jantan terlonjak-lonjak’ dan ‘yang muda berasmara-dana’.

Perkara yang lepas (tahun 2009) akan ditinggalkan dengan 1001 macam ragam dan persoalan. Tahun yang baru akan dihadap dengan 1001 macam cabaran dan rintangannya.

Sebenarnya, Islam telah lama mengajar umat manusia ini dengan tahun baru. Islam menyambut ‘Ma’al Hijrah’ dalam taqwimnya 1 Muharram 1431H pada hari Jumaat 18 Disember 2009 lalu.

Intipati dari semangat hijrah sebenarnya kita kena buat perubahan dari ‘jahiliyyah’ kepada Islam. Perubahan dari perkara dan tingkah-laku buruk kepada yang baik dan lebih baik.

Tidak ada gunanya kita sambut tahun baru dari tahun ke setahun tetapi sikap, perangai dan pendirian masih tidak berubah. Tahun baru disambut pada setiap tahun dengan gaya barat dan cara Yahudi.

Sambutan dengan pengisian hiburan, ‘enjoy’ dan suka-galak tidak bertempat itu bukan ‘perubahan’ namanya. Tetapi apa hendak buat keadaan dan suasana pemimpin yang memimpin Negara mengajar kita (rakyat) begitu.

Saban tahun, pemimpin-pemimpin Negara menyambut tahun baru dengan penuh kelalaian dan kealpaan. Apa yang penting bagi mereka (pemerintah) rakyat tetap menyokongnya. Anak muda diberikan kebebasan mengikut kehendak dan naluri ‘darah muda’ masing-masing.

Rakyat dihidangkan dengan percikan bunga api, alunan muzik, pergaulan bebas, pakaian terdedah, minuman mengkhayalkan, ubat memabukkan dan sebagainya. Semua itu, adalah ‘bunga-bunga’ nafsu yang mengasyikkan manusia yang tipis imannya.

Oleh itu, pada tahun baru 2010 ini adakah kita masih mahu meneruskan ‘jalan-jalan hitam’ yang sesat lagi menyesatkan atau ‘jalan-jalan lurus’ yang selalu disebut dan paling kurang 17 kali sehari-semalam. Iaitu, jalan kebenaran Tuhan-Nya…Allah Azzawajalla.

Jika kita (rakyat) masih bersama dan meneruskan dengan parti yang lama dari ‘DULU…KINI…dan SELAMANYA’ maka, kita belum lagi berubah dan buat perubahan. Ini kerana, pemimpin dari jemaah berkenaan telah ‘tersesat’ dan rosak dari ‘kepala hingga keekornya’.

Marilah kita sama-sama berganding bahu membuat perubahan yang hakiki dan yang sebenar. Perubahan mahu maju dan ‘Membangun Bersama Islam’ kerana ‘Islam Untuk Semua’.

Islam bukan orang Melayu sahaja dan bukan untuk orang Arab sahaja. Bahkan, Islam itu mungkin lebih baik dan mulia jika dia (Islam) ‘duduk’ (terletak) pada orang Cina, India, Negro dan sebagainya jika mereka (manusia) mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Ini kerana, ‘ALLAH’ itu adalah Tuhan yang Satu. Tuhan semesta alam ini. Dia (Tuhan) menjadikan semua makhluk-Nya. Allah SWT sahaja yang wajib disembah dan diagung-agungkan. Oleh itu, Allah Ta’ala adalah milik seluruh manusia di muka bumi ini, kerana Allah SWT adalah nama bagi Tuhan sekalian alam ini.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top