Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sebenarnya ketandusan pemimpin yang benar-benar layak serta berkaliber untuk memimpin rakyat, mempertahankan negara dan mendaulatkan agama Islam di bumi ‘bertuah’ ini Terengganu Darul Iman.
Buktinya, jika seorang pemimpin kerajaan dan parti yang gaya hidup tiada keterampilan serta ‘perokok’ seumpama budak-budak kampung.
Maka, apakah jaminan kepada kita pemimpin yang seumpama ini boleh mendidik serta membawa rakyat ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat?
Terus-teranglah, bagi Awang manusia perokok tidak layak jadi pemimpin walau parti mana sekali pun yang diterajuinya. Sama ada orang itu pemimpin PAS, pemimpin Umno, pemimpin PKR, pemimpin DAP atau siapa sahaja yang digelar pemimpin. Dia tidak layak sama sekali. Ini kerana, ‘kaki perokok’ adalah ibarat ‘pemusnah’ masa depan anak bangsa, agama dan Negara.
Perokok adalah manusia ‘pembazir’ dan kurang berakal. Agama mengajar kita (manusia) bahawa membazir adalah teman Syaitan. Rakyat di Negara ini telah membazirkan wang berbilion setahun hanya kerana rokok.
Sebab itu, harga rokok sangat wajar dinaikkan dan jika boleh biarlah harganya sama seperti sebuah kereta kancil untuk sebatang rokok. Itu sahaja cara untuk menyelamatkan manusia dari jadi perokok kerana ‘MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN’.
Contohnya, bermula dari kecil mula-mula hisap rokok daun main-main. Selepas itu, cuba rokok berjenama Cap 555 (dulu) atau Cap Gudang Garam (lening) atau Dunhill. Kemudian, cuba pula dadah, syabu, ganja dan yang sewaktu dengannya.
Islam terang-terang ‘mengharamkan’ rokok kerana membinasakan diri, keluarga dan orang lain disekelilingnya. Ini tidak perlu fatwa lagi…kecuali ‘ustaz rokok’ atau ulama’ rokok yang mahukan fatwa bagi ‘menghalalkan tindakan yang bodoh itu.
Awang ada terbaca satu cerita perihal rokok ini. Suatu hari, seekor kambing dan lembu sedang berehat sambil ‘makang-makang’ rumput di padang. Lalu dua ekor kambing dan lembu ini melihat sekumpulan manusia yang lalu-lalang sambil menghisap rokok dengan penuh ‘nikmatnya’.
Maka, berkatalah si kambing itu kepada si lembu. “ish-ish-ish….hai si lembu, sebodoh-bodoh kamu (lembu) aku (kambing) lihat lembu tidak makan tembakau (rokok)”. Jawab si lembu,”Ya, betul tu…rupa-rupanya manusia (si perokok) ini lebih bodoh dari aku (lembu)”.
Kesimpulannya, jikalah ditakdirkan manusia seperti ini adalah seorang wakil rakyat, pemimpin parti, ketua masyarakat atau Exco Kerajaan Negeri? Sudah tentu dibimbangi akan melahirkan generasi manusia-manusia yang bodoh-bodoh seperti lembu.
Awang ada bukti bagaimana lemahnya minda seorang perokok dan jika dia berada dijawatan penting maka sangatlah rugi kerana mentalitinya ‘serendah’ budak-budak sekolah atau produk tempatan ‘Cap Ayam’ sahaja.
Si perokok di atas adalah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN-Pengkalan Berangan.
Jawapan beliau pada satu soalan yang diajukan di Dewan (Dun) Terengganu tentang kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri Terengganu adalah satu perkara biasa.
Bahkan, beliau berasa bersyukur kerana ia merupakan ‘satu rahmat’ kepada rakyat negeri Terengganu dengan kejadian tersebut.
Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12 di Wisma Darul Iman pada 23 September, lalu.
Ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, Exco Kerajaan Negeri berkenaan menjawab secara tidak serius serta sambil lewa sahaja.
Abdul Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, 21 September 2009.
Malangnya, soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan ‘rahmat’ kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.
Sementara itu, di bilik media para wartawan yang bertugas turut menyelar jawapan tidak bertanggungjawab Yahya tersebut serta menyifatkan sebagai ‘Exco Cap Ayam’ dan tidak profesional.
0 comments:
Catat Ulasan