Semalam, 2 Januari 2010….maka, genaplah usia isteriku yang tercinta Wan Sabariah Wan Musa pada angka 37 tahun. ‘Pejam-celik : pejam-celik’ rupa-rupanya telah masuk 13 tahun kami ‘bersama’ (berkahwin). Aku pula yang setiap hari sibuk lagi menyibukkan diri ini dengan tugas dan tanggungjawab kadang-kala boleh terlupa dan pelupa dengan beberapa tarikh penting kami sekeluarga.
Sebenarnya, bukanlah aku ini insane yang lemah sengaja tidak mahu mengingati pada tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan kami, tarikh kelahiran orang tersayang serta ‘hari jadi’ anak-anak kami yang berderet ini.
Bayangkan, 13 tahun perkahwinan kami dengan segala susah senang dan serba kekurangan. Terutamanya, kekangan kewangan tetapi masih dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan Tuhan maha Pencipta. Rezeki kami berdua sangat melimpah dengan ‘kekayaan’ zuriat sebagi penyambung kelak.
Hari ini, hasil perkongsian hidup kami telah dikurniakan lapan orang anak yang terdiri dari lima mujahidin dan tiga mujahidah. Allah Ta’ala Maha Kaya…Dia juga telah mengambil terlebih dahulu salah seorang dari anak-anak kami dan di tempatkan di Syurga Jannah-Nya.
Pada pagi 12 Mei 2008, isteriku ini telah selamat melahir dua anak kembar lelaki. Kelahiran pertama pada jam 5.54 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) itu cukup membanggakan aku ketika itu.
Manakala, kembar keduanya pula lahir dengan cara normal tetapi berlaku sedikit masalah teknikal pada pandangan serta mengamatan aku mungkin kecuaian pihak hospital berkenaan. Maka, pada jam 6.12 pagi barulah diusahakan keluar dari perut ibunya. Aku cukup teruja waktu itu, tetapi Allah Azzawajalla Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Anak tersebut ‘Syahid’ dan tidak bernyawa di dunia yang fana ini.
Maka, kedua-duanya (anak kembar) aku berikan nama hampir sama bagi mengenangkan nama seorang kanak-kanak Palestin yang juga Syahid ditangan Zionis Israel pada usia sembilan tahun.
Sedikit ‘rahsia’ yang ingin aku ceritakan disini. Nama kanak-kanak Palestin tersebut ialah as-Syahid Faris Audah. Dimana gambarnya banyak terpampang didada-dada akhbar di seluruh dunia. Kanak-kanak (Faris) itulah yang sedang membaling anak-anak batu dihadapan sebuah kereta kebal (perisai) Israel. Dan dia (Faris) akhirnya ditembak dengan peluru hidup dan Syahid.
Nama anak kecil itu, aku mula abadikan pada gambarnya di satu dusut dinding rumahku. Ketika itu , sebenarnya isteriku baru seminggu melahirkan anak keenam (perempuan) yang bernama Nur Ain Nabila. Tetapi aku sangat berminat dan berazam jika ditakdirkan isteriku mengandung lagi dan anak lelaki akan ku beri namanya sebagai kenangan.
Anak kembar pertama itu kuberikan namanya Faris Al-Audah dan adik kembarnya yang meninggal dunia itu kuberikan nama as-Syahid Faris Audah. Hari ini, jika ditakdir masih hidup usianya telah mencecah setahun tujuh bulan. Walau apa pun, kami pasrah dengan ketentuan Allah SWT itu.
Anak pertama kami, Muhamad al-Fateh 13 tahun. Kedua, Solahuddin al-Ayyubi (11), Ketiga, Nur Wajihah. Keempat, Salman al-Farisi (7), Kelima, Nur Humairah (6), Keenam, Nur Ain Nabila (4) dan Ketujuh, Faris al-Audah (1 tahun 7 bulan) serta as-Syahid Faris al-Audah.
InsyaAllah, jika diizinkan Allah SWT…sekali lagi tahun 2010 ini..kami bakal menerima satu lagi kelahiran baru. Zuriat kami yang kesembilan ini akan datang semoga Selamat dan Berkat.
Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI, SAYANG buat isteriku TERCINTA ini. Tarikh 2 Januari 1973 dan hari ini 2 Januari 2010 genap usianya 37 tahun. TERIMA KASIH, Wahai Isteriku…
1 comments:
Happy Birthday kak Wan.... sorry, nor lupe la nak wish akak.Nor dan keluarga doakan semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,ditetapkan iman dan Happy sokmo lah.....
Catat Ulasan