Barang kali, kita semua masih ingat ketidak-hadiran Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, 14 April 2009 lalu kononnya atas faktor keselamatan nyawa.
Ini berikutan, tiga Adun BN di negeri ini masing-masing menerima satu mesej dari Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang berbaur ugutan ‘bunuh’ serta mengancam keselamatan nyawa.
Sehubungan itu, Adun BN Ajil, Dato’ Rosol Wahid mendakwa satu ‘kerahan’ di kalangan penyokong Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said dari Kemaman hadir ke dewan (Dun) Terengganu pada hari tersebut.
“Saya dapat mesej dia (Ahmad) kerah orang dari suatu tempat untuk hadir ke dewan (Dun) Terengganu hari ini.
“Saya dimaklumkan kumpulan itu dari Kemaman iaitu kawasan Menteri Besar. Saya difahamkan, satu kerahan dibuat untuk satu puak datang ke dewan dan ini membimbangkan kita (Adun) BN,” jelasnya pada sidang media di tingkat 18 Hotel Felda Residence, pada 14 April 2009 lalu.
Katanya, atas faktor keselamatan Adun-adun BN terbabit sepakat tidak akan hadir pada persidangan dewan (Dun) Terengganu kali ini.
“Kita (Adun) bergantung kepada keselamatan dan jika keselamatan terjamin kita akan pergi ke dewan semula.
“Jika tidak terjamin keselamatan, Kita (Adun) tidak akan pergi ke dewan hari ini. Harap pihak keselamatan akan beri jaminan yang terbaik untuk kami ahli-ahli dewan,” tegasnya.
Menurutnya, isu tersebut timbul berikutan tersebar ‘khabar angin’ terdapat di kalangan Adun BN yang akan membawa usul berkenaan ke dewan (Dun) Terengganu.
Katanya, SMS ugutan itu dikirim oleh pihak-pihak yang pro-Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Ahmad Said.
“Kami bertiga terima (pesanan ringkas) SMS berbentuk ugutan yang berbunyi ‘baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?
“SMS (pesanan ringkas) ini saya terima pada jam 11.25 malam (13 April) dan dipercayai ekoran isu ‘undi tidak percaya kepada Menteri Besar’ yang dijangka akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (Dun) pada hari ini (14 April) atau pun esok (15 April) 2009,” ujarnya.
Sedangkan, kata Dato’ Rosol pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dalam beberapa pertemuan dan mesyuarat.
“Kita (Adun) tidak pernah bertemu, berbincang dan mengadakan sebarang mesyuarat dalam hal itu.
“Saya tidak tahu di mana punca yang dikatakan akan dibawa usul undi tidak percaya ke dewan (Dun) Terengganu kali ini,” jelasnya.
Justeri itu, lebih 10 Adun BN terbabit melahirkan rasa ‘ketakutan’ dan tidak selamat.
“Kami juga merasakan suasana hari ini amat tidak kondusif kepada kami (Ahli-ahli Yang Berhormat).
“Tapi kita rasa agak bertuah kerana nama si pengirim SMS ugutan kepada Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusuh menggunakan nombor individu yang juga seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri.
“Kita serah kepada pihak polis untuk buat siasatan dan mengambil tindakan lanjut,” ujarnya.
Awang masih ingat bagaimana kata-kata Dato’ Rosol itu bagi menguatkan hujahnya untuk tidak hadir beramai-ramai ke Sidang Dun waktu itu.
“Hari ini saya dan rakan-rakan tidak pasti akan ke dewan (Dun) atau tidak kerana saya difahamkan kehadiran ‘orang luar’ hari ini agak luar biasa.
“Kami juga merasakan suasana hari ini amat tidak kondusif kepada kami (Ahli-ahli Yang Berhormat). Tapi kita (Kumpulan 10 Budak Hitam) rasa agak bertuah kerana nama si pengirim SMS kepada Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusuf dengan menggunakan nombor individu yang juga seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri. Kita serah kepada pihak polis untuk buat siasatan dan mengambil tindakan” jelas Dato’ Rosol.
Adun-adun BN tersebut amat ‘ketakutan’ ketika itu. Kononnya, nyawa ,mereka semua dalam bahaya dan mahukan jaminan dari pihak Polis.
“Apa yang penting kepada kami (Adun) semua adalah keselamatan. Jika keselamatan kami tidak terjamin saya itu satu ‘benda’ (perkara) yang cukup bahayalah.
“Sebab kematian seorang wakil rakyat harganya cukup besar dan bukannya harga RM1,000 tapi harganya berjuta. Kerajaan kena habiskan berjuta untuk adakan pilihan raya semula.
“Kita bergantung kepada keselamatan dan jika keselamatan terjamin kita pergi ke dewan dan jika tidak terjamin keselamatan. Kita tidak pergi ke dewan atas faktor keselamatan.
“Harap pihak keselamatan akan beri jaminan yang terbaik untuk kami ahli-ahli dewan,” tegasnya.
Apabila ditanya adakah dia (Rosol) ada berbincang dengan Dato’ Ahmad Said selaku Menteri Besarnya keadaan yang berlaku itu.
Jawab YB Rosol bahawa dia tidak perlu beritahu kepada MB kerana sudah sedia maklum dan ‘orang kuat’ MB sendiri terlibat.
“Saya tidak maklumkan kepada MB berkaitan isu ini kerana dia (Ahmad) sedia maklumlah kerana ‘orang kuat’ dia (MB). Nombor talian orang kanan dia (MB),” ujarnya.
Story ini cukup menarik bukan sahaja di kalangan rakyat hendak tahu tetapi seluruh dunia sedang menunggu penyelesaian kes SMS ugut Adun BN yang akan dibicarakan di mahkamah pada 19 Januari 2010, ini.
0 comments:
Catat Ulasan