MILF tidak sertai PRU tahun ini


COTABATO:- Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan berlaku pada Mei 2010, tahun ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Naib Presiden Hal Ehwal Politik MILF, Ghazali Jaafar yang mewakili Pengerusi MILF, Murad Ebrahim serta melarang pegawai dan askarnya menyertai pilihan raya tersebut.

Ghazali berkata setiap anggota MILF harus mematuhi dasar kumpulan tersebut yang melarang pembabitan diri dalam kegiatan politik atas faktor keselamatan.

Namun begitu, katanya rakyat umum serta anggota sukarelawan awam dikecualikan dari ‘larangan’ mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

“Pegawai dan pejuang MILF diarah mematuhi syarat-syarat dalam memorandum ini yang melarang penyertaan mereka dalam pilihan raya tempatan dan nasional pada tahun 2010,” tegasnya.

Ini kerana, kata beliau sistem demokrasi yang digunakan untuk memilih pemimpin masih menimbulkan perpecahan dan pertelagahan.

Menurutnya, sistem demokrasi tersebut juga gagal menghasilkan pemimpin terbaik dan berkelayakan.

Tambahnya lagi, pendirian tentang larangan tersebut adalah tindakan sama yang pernah dilakukan oleh MILF dalam pilihan raya lalu.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top