Man Bakar ‘Cakap Tak Serupa Bikin’


SEORANG Pemimpin Umno di Marang yang pernah menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 tahun 2004 bagi kerusi Parlimen Marang dan selepas itu pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia disifatkan penduduk di Kampung Kubang Durian, Alor Limbat sebagai pemimpin ‘cakap tak serupa bikin’.

Pemimpin yang dimaksudkan itu ialah bekas Senator Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar atau panggilan mesranya ‘Man Bakar’.

Ibarat kata, ‘jika pokok tidak bergoyang, masa kan tidak ada angin’…tetapi boleh jadi juga pokok bergoyang bukan kerana ada angin tetapi kemungkinan juga ada ‘BERUK’ di atas pokok itu.

Cerita yang ingin dibawa di sini sebenarnya perihal sikap pemimpin Umno dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri Terengganu ‘Darul Runtuh’ ini.

Kisah benar ini berlaku pada musim tengkujuh baru-baru ini kerana di negeri pantai timur ini berlaku hujan serta ribut sekali-sekala yang datang menerjah tanpa diundang.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Kubang Durian dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat serta Parlimen Marang yang pernah diwakili Man Bakar sebagai Senatornya.

Dalam satu kejadian rebut berlaku bencana pokok tumbang serta menimpa sebuah rumah penduduk di kampung berkenaan. Ibarat ‘kucing jatuh anak’ bagi penghuni rumah terbabit dengan bencana yang tidak disangkanya.

Selepas tiga hari sebuah rumah penduduk yang ditimpa sebatang pokok tumbang di Kampung Kubang Durian menunggu bantuan akhirnya diselesaikan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Alor Limbat.

Mangsa ribut telah menunggu bantuan serta ‘janji-janji manis’ dari bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar yang melawat tempat kejadian tersebut.

Dalam kejadian ribut pada 22 November 2008 lalu, pemilik rumah berkenaan Puan Syarifah Sabariah Tuan Muda serta keluarganya berada di dalam rumah tersebut.

Awang diberitahu sebatang pokok mempelam sebesar satu pemeluk tumbang dipukul ribut serta menimpa rumah kediaman satu keluarga yang penghuni pelbagai fahaman ideologi dan parti politik.

Menurut tuan rumah berkenaan pemimpin Umno setempat Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lambat bertindak membantunya.

Pihak-pihak terbabit hanya datang membuat penilaian kerosakan dan bukan membantu untuk membaik-pulih rumah yang ditimpa bencana tersebut.

“Kejadian (pokok tumbang) ini berlaku pada jam 8.00 malam Sabtu, hari Ahad Dato’ Man (Abdul Rahman) Bakar datang dan janji untuk salur bantuan segera.

“Hari Selasa pun belum ada apa-apa tindakan dan nasib baik dapat bantuan dari PAS buat gotong-royong membersih dan baiki rumah,” kata Puan Syarifah kepada Awang.

Menurutnya, kumpulan Unit Amal (PAS) yang tolong membuang sisa pokok tumbang dan membaiki segera atap yang pecah.

Katanya, bantuan yang dihulurkan oleh Unit Amal amat dihargai serta banyak membantu meringankan beban kesusahan rakyat.

Namun begitu, beliau agak terkilan dengan janji-janji awal bekas Ahli Parlimen Marang (Dato’ Abdul Rahman) untuk menyalurkan bantuan kewangan membaiki segala kerosakkan tersebut.

“Dia (Dato’ Man Bakar) janji baiki segala kerosakkan tetapi apabila jumlah bil. pembelian barangan (kayu, atap dan papan) berjumlah RM4800 bayaran hanya diberikan setakat RM1000 sahaja.

“Penilaian yang kami buat untuk baiki bahagian dapur, bilik dan sedikit ruang tamu yang rosak teruk berjumlah RM7,000 keseluruhan,” jelasnya.

Bekas Adun Alor Limbat, Yahaya Ali menyifatkan tindakan pihak berwajib melambat-lambatkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana adalah tidak wajar.

Ini kerana, katanya rakyat yang ditimpa musibah perlukan bantuan segera kerana berada dalam situasi kesusahan.

“Saya fakir tidak wajarlah pihak kerajaan melambat-lambatkan bantuan kerana mereka (mangsa) berada dalam situasi bencana.

“Orang dalam kesusahan pun pemimpin Umno-BN hendak main politik. Ini tidak sesuai dan tidak wajar,” ujarnya selaku Yang Dipertua PAS Marang.

Katanya, MTD PAS Alor Limbat yang baru mengetahui kejadian tersebut segera menghulurkan bantuan RM1,000 serta kerja-kerja baik-pulih dilakukan.

Menurutnya, Pemuda PAS dan Unit Amal melakukan kerja-kerja gotong-royong membersih serta membaiki segera kerosakkan rumah berkenaan.

Oleh itu, sukalah Awang hendak peringatkan kepada rakyat sekalian bahawa cakap-cakap pemimpin Umno-BN tidak berapa boleh pakai dan dipercayai.

Jika sesuatu yang hendak dibuat, dibantu dan ditolong kepada rakyat tanpa balasan kembali atau ‘balas jasa’ sama ada menyokong dan memberi undi kepada parti Umno-BN…tidak akan ditolongnya.

Awang ada banyak aduan dan maklumat dalam hal-hal seumpama itu dan Umno-BN usah hendak berdalih kononnya PAS sengaja membuat cerita, orang PAS tidak bersyukur dan sebagainya.

PAS sering-kali dituduh tidak mengenang budi dan membuat tuduhan kepada parti lawannya (Umno-BN) tetapi pada Awang jika kita tidak bersalah, tidak buat dosa, tidak buat kerja diskriminasi, tidak ambil rasuah, tidak khianat hak orang lain dan tidak membesarkan poket sendiri. Apa hendak takut?

Biarlah ‘berkarung’ orang tuduh kita salah, orang kata kita dosa, orang fitnah kita diskriminasi, orang label kita rasuah, orang dakwa kita khianat hak orang lain dan orang ceritakan kita besarkan poket sendiri. Jika kita tidak buat…apa hendak ditakutkan? Biasanya, ‘orang yang makan cili…dia rasa pedasnya’.

RENUNG BOLEH….FIKIR PUN BOLEH

1 comments:

su ha berkata...

Bila orang UMNO cakap serupa bikin ? MU tunjuk ke aku.

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top