Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (Yakep) sedang berusaha menyiapkan sebuah Masjid berharga RM1.6 juta di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.
Masjid berkenaan yang terletak di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) apabila siap kelak bakal digunakan penduduk setempat di Mukim Tok Jiring dan Tuan Mandak.
Kedua-dua kampung berkenaan hingga kini masih belum mempunyai masjid yang sepatutnya dimiliki dalam sesebuah institusi masyarakat.
Pengerusi Yakep, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata pembangunan sesebuah institusi masyarakat perlu ada masjid.
Katanya, Yakep sebagai sebuah badan induk yang menaungi sebuah pusat pengajian pendidikan Islam di Terengganu berusaha menyiapkan sebuah masjid.
“Pembangunan sesebuah institusi masyarakat mesti ada masjid dan kita (Yakep) telah berusaha membangunkannya.
“Kita (Yakep) masih memerlukan lagi sokongan dan dokongan masyarakat terutama di kalangan bekas-bekas pelajar kita yang ada di seluruh negara.
“Kita (Yakep) telah membelanjakan lebih RM500 ribu dan masih perlu RM1 juta lebih lagi untuk menyiapkan masjid ini yang berharga RM1.6 juta,” jelas.
Beliau berkata demikian pada Majlis Hi-Tea Bersama Lepasan Pelajar Institut Berakan (IB) dan MTT di dewan sekolah berkenaan, 30 Disember 2009 lalu.
Ustaz Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu merayu sokongan masyarakat di seluruh negara mendokong institusi pengajian Islam.
Katanya, ilmu pengajian agama mesti dipertahankan sebagai benteng penyelamat ummah dan aqidah Islam.
“Ilmu agama dan institusi pengajian Islam mesti disokong dan didokongi oleh umat Islam seluruhnya.
“Pengajian Islam sebagai benteng ummah dan akan mempertahankan aqidah umat Islam,” tegasnya.
Sebab itu, Awang pun sedar akan tanggungjawab perihal pendidikan Islam sebagaimana yang dikatakan oleh bapak Ustaz ini.
Awang pun ada juga hantar seorang anak ke sekolah MTT ini dan harap-harap dapat jadi manusia berguna di dunia dan akhirat.
Ini kerana, dalam dunia yang mencabar, tercabar dan dicabar hari ini amat sukar untuk membentuk manusia menjadi orang yang beriman dan beramal soleh.
Benarlah kata-kata orang tua atau pujangga yang bermadah perihal anak-anak hari ini. Katanya, “lebih mudah menjaga kerbau sekandang dari menjadi anak gadis seorang”.
Laporan berita hari ini cukup membimbang dan mencemaskan. Anak-anak gadis remaja seawal usia belasan tahun amat sukar dikawal kerana suasana dan keadaan semasa.
Bahkan, gejala sosial dan jenayah rogol, liwat dan maksiat umpama kemucuk dan lalang di padang. Oleh itu, apakah tugas kita semua? Adakah cukup sekadar menunding jari ‘anak si anu begitu begini dan anak si polan begitu begini’.
Sebab itu, Allah SWT memerintah kita umat manusia supaya buat ‘amal ma’aruf-nahi mungkar’. Suruh orang buat baik seperti buat masjid, sekolah dan lain. Dan cegah orang buat jahat seperti jauhi maksiat, dosa, tidak undi parti sesat dan lain-lain.
Marilah kita, sama-sama berganding bahu yang ‘ringan berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing’. Jangan kita hanya pandai mengkritik tetapi tidak ada alternatifnya. Tuhan akan Tanya kita…Apa yang engkau buat ketika hidupmu?
Renung-renunglah…semoga kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi di dunia dan rugi di akhirat.-SEKIAN JUMPA LAGI.
0 comments:
Catat Ulasan