PADA 19 Januari 2010 ini, seorang tokoh politik Marang-Terengganu yang pernah dikaitkan dengan menghantaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Beliau ialah Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh yang menjadi ‘seteru’ kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.
Dr Ramzi didakwa kerana terlibat dalam penghantaran SMS ugutan yang diterima tiga Adun BN iaitu Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada 13 April 2008, tahun lalu.
PERSOALANnya…siapakah ‘dalang’ sebenar yang terlibat dalam insiden berhubung kes penghantaran SMS tersebut pada April 2008 tersebut.
Sebelum itu, pihak Polis terpaksa mengeluarkan waran tangkap terhadap Dr Ahmad Ramzi bagi membantu siasatannya dan tangkapan tersebut telah disahkan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, SAC II Hamzah Mohd Jamil.
Polis turut merampas dua set komputer riba dan satu set moden dari rumahnya di Kampung Kubang Parit pada jam 3.00 petang (11 Mei 2008) dan pihak polis mempunyai bukti untuk mempercayai bahawa Dr Ahmad Ramzi terlibat dalam penghantaran SMS berbaur ugutan itu.
Kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 507 kanun keseksaan ugutan jenayah, seksyen 500 kesalahan mengfitnah serta seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multi Media 1988.
Polis juga pernah meminta kerjasama daripada Jabatan Imigresen serta Interpol bagi mengesan Dr Ahmad Ramzi yang ‘menghilangkan’ diri buat seketika sebagaimana ‘hilangnya’ Ketua Kerajaan Langit, Ayah Pin suatu ketika dahulu.
Beliau (Dr Ramzi) merupakan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Marang menentang Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, tahun 2008 lalu.
Sumber Awang memberitahu karier politik Dr Ramzi mungkin berakhir di sini (kes SMS) dan merugikan Umno Terengganu sebagai pelapis kepimpinan mudanya.
Tidak dinafikan nama sebesar ayahandanya (Dato’ Zubir) bekas Mufti Negeri Terengganu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada anak muda ini tetapi ‘terbunuh’ di pertengahan jalan kerana kesetiaannya kepada ‘bosnya’.
Sebenarnya, penangkapan dan pendakwaan terhadap beliau (Dr Ramzi) tidak penting tetapi yang lebih penting adalah siapakah yang menjadi ‘dalang’ perlu dibongkar disebalik sebuah lakonan tersebut.
Adakah segala perancangan jahat tersebut dirangka dan dirancang oleh mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh? atau MB Terengganu, Dato’ Ahmad Said sendiri yang punya angkara?
Apa pun helah dan dalihnya…, sebenarnya rakyat telah melihat…pengundi telah teropong dan hukuman akan dijalankan di ‘Mahkamah Keadilan’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.
Sama-samalah kita melihatnya, siapakah yang ‘terhukum’ dengan lakonan ‘Raja SMS’ tersebut. Adakah Idris Jusoh akan kecundang atau Ahmad Said akan tewas atau Umno-BN Terengganu akan ‘terkubur’ di negeri Darul Iman ini.
RENUNG AMBIL IKTIBAR-FIKIR AMBIL MENGAJARAN
0 comments:
Catat Ulasan