Menteri Besar Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Ahmad Said baru sahaja pulang ke tanahair pada 15 Disember lalu setelah selesai menunaikan ibadat haji hampir sebulan.
Beberapa program penting sebelum ini tidak dapat dipenuhi undangannya seperti penganjuran piala Monsun Cup, hari raya Aidiladha, pemimpin bersama rakyat dengan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hissein.
Namun begitu, sepanjang ketiadaan beliau itu khabar angin bertiup kencang bahawa Menteri Besar tersebut bakal meletakkan jawatannya.
Bahkan, ‘cakap-cakap’ tersebut bergema hingga ke beberapa kementerian termasuk di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Sumber Awang memaklumkan heboh percakapan di kalangan pemimpin Umno negeri dan bahagian mengkritik ‘pedas’ terhadap Timbalan Pengerusi Umno Terengganu tersebut.
MB Terengganu, Dato’ Ahmad Said dikatakan gagal membawa pembangunan yang diharapkan ke negeri ini.
Bahkan, Ahmad turut dilabelkan sebagai Menteri Besar yang hanya mengutamakan projek-projek serta agihan kekayaan negeri kepada pihak Istana.
“Macam mana pemimpin-pemimpin Umno hendak ‘cari makan’ (projek) jika MB hanya utamakan kepada pihak-pihak tertentu (Istana).
“Pembangunan (projek) baru tidak ada langsung dan perpecahan semakin teruk di bawah Ahmad Said ini,” kata sumber tersebut.
‘Gelombang’ bagi menyingkirkan Ahmad semakin kuat berdasarkan ‘protes senyap’ di kalangan pemimpin serta wakil-wakil rakyat BN negeri.
Menjawab reaksi tersebut beberapa kain rentang ‘menyokong’ Ahmad dinaikkan di sekitar Kuala Terengganu sebagai tanda sokongan terhadapnya.
Pemidang tersebut ditulis ‘Sambutan Selamat Pulang Serta Baiah Siasah’ untuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dari Pegawai serta Kakitangan Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Parlimen, Ketua-ketua Umno Bahagian dan Ahli-ahli Umno Terengganu dinaikkan.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Seri Hishammuddin dalam ucapan pada Majlis Malam Anugerah Kewartawanan (KAWAT-Exxon Mobil) 2009, 14 Disember lalu mengkritik pemimpin Umno Terengganu.
Katanya, pemimpin Umno usah pentingkan diri sendiri serta bersifat mengkayakan diri.
“Rakyat melihat kita dan menilai tingkah laku pemimpin Umno. Oleh itu, kita (pemimpin Umno) jangan pentingkan diri sendiri dan hanya mengkayakan diri sendiri,” tegasnya pada majlis tersebut.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Umno Terengganu kini berada dalam situasi yang cukup baik dan kukuh.
Menurutnya, Umno akan menjalankan kempen ke seluruh negara dengan slogan ‘Umno Menjuarai Rakyat’ bagi menarik sokongan terhadap parti itu.
Katanya, Terengganu merupakan negeri yang dimenangi serta diperintah oleh Barisan Nasional dan ‘perpecahan’ akan menggagalkan usaha tersebut.
Tetapi Awang secara peribadinya melihat perkembangan Umno-BN Terengganu ini seperti ‘jinak-jinak’ merpati. Dari kejauhan nampak macam jinak dan boleh berubah. Tapi, rupa-rupanya mereka (pemimpin Umno-BN) bersifat seperti ‘anjing’. Apabila berhadapan dengan lawannya…mereka akan ‘bersatu’ menentangnya.
Pesanan Awang kepada pihak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) pula jangan ambil mudah dan rasa selesa dengan teori perbalahan mereka (Umno-BN). Apabila tiba musim ‘perayaan’ (PRU) mereka akan bersatu dan senjata paling ampuh yang akan digunakan adalah ‘DUIT’..’WANG’...’MONEY’.
Bila sebut bab ‘PITIS’ tu…orang Melayu pun mudah lupa. Segala kesalahan dan silap jahat, perbuatan zalim Umno-BN itu hilang sekelip mata sahaja. Jasa PAS-PR yang ‘menggunung’ itu pun akan dilupakan. Hatta, jika PAS-PR ditakdirkan boleh beri ‘nyawa’ (bantuan) sekali pun…mereka (rakyat) akan lupa kerana yang mendatang masa itu ‘duit’ (rasuah).
Hari ini, ketua kerajaan Terengganu (Mat Said) seorang yang berkelulusan Sains Politik. Dia (MB) sudah boleh pakai jubah sejak pulang dari Mekah. Rakyat akan melihat itu semua yang MB mereka seorang yang baik dan boleh pakai jubah dan serban.
Sebab itu, sejarah masa lalu PAS jangan lupa. Mantan kerajaan PAS Terengganu juga pernah beri tanah kepada rakyat, hapus tol untuk rakyat, buang cukai pintu rumah kediaman rakyat, pendek waktu kerja lima hari seminggu, beru cuti bersalin dua bulan kepada rakyat yang kerja kerajaan, naik bantuan imam & bilal, tambah bantuan JKM untuk rakyat miskin dan 1001 macam lagi yang baik-baik yang PAS buat.
Paling besar yang kerajaan PAS Terengganu di bawah kepimpinan Presiden PAS selaku Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah buat ialah menjadikan Undang-undang Tubuh Diri Kerajaan Terengganu dengan al-Quran, Hadis, Ijma’-ulama’ dan Qias. Hukum tertinggi bagi negeri Terengganu Darul Iman ini.
Akhirnya, bila tiba hari mengundi, waktu memilih, masa pilih wakil rakyat, saat untuk beri mandate kepada kerajaan…tiba-tiba kerajaan PAS Terengganu boleh kalah, PAS Terengganu boleh tumbang dan jasa wakil rakyat PAS Terengganu boleh ‘dikuburkan’ hanya dengan ‘WANG EHSAN’ atau ‘kain batik’ cap ayam. Awang tidak mahu lagi PAS ‘tergigit’ jari kali ini. Jadikan PRU Ke-13 akan datang ‘Sejarah Manis Yang Berulang Kembali’ di bumi Terengganu Darul Iman-TAKBIR!!!.
0 comments:
Catat Ulasan