PAS menghargai kenyataan terbuka Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said bahawa negeri Terengganu sepatutnya menerima bayaran royalti Petroleum sebanyak RM15.847 bilion dari tahun 2000 hingga Mac 2009.
Jurucakap PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengajak seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman parti politik Umno, PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) menuntut hak mengikut perjanjian.
Ini kerana, rakyat di Terengganu berhak menuntut hak tersebut sebagaimana termaktub dalam perjanjian yang dimeterai antara kerajaan persekutuan dengan kerajan negeri.
Kerajaan pusat pula wajar menghormati serta mempertahankan semangat Federalisme mengikut perjanjian tersebut.
“Kita (PAS) mengharapkan seluruh rakyat negeri Terengganu dapat menyatakan sikap mereka (rakyat) secara sopan untuk kita membuat tuntutan kepada kerajaan pusat tanpa mengira fahaman politik sama ada Umno, PAS atau parti-parti politik atau NGO yang lain.
“Kita (PAS) mahu supaya rakyat Terengganu kembali dapat menikmati hak mereka (rakyat) dalam perjanjian Persekutuan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dari tuntutan royalti.
“Saya juga mengharapkan kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak memperkotakan dan kita (PAS) mempertahankan sikap di mana kerajaan negeri berada di bawah Sistem Federalisme yang perlu dihormati perjanjian-perjanjian yang telah termaktub.
“Kita (PAS) menyokong dengan penuh supaya tuntutan ini dapat diterima pakai dan kerajaan pusat dapat memenuhi tuntutan yang dibuat oleh bukan sahaja kerajaan negeri tetapi seluruh rakyat negeri Terengganu,” kata Dr Syed Azman..
Beliau berkata demikian di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12 (Bajet 2010) di Wisma Darul Iman, pada 23 Disember lalu.
Menurutnya, dalam soal royalti PAS mengharapkan agar kerajaan pusat segera menunaikan tuntutan tersebut.
“Ini bersesuai dengan janji beliau (Najib) pada 13 Disember 2008 lalu. Di mana, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib menyatakan bahawa wang royalti minyak negeri Terengganu akan dikembalikan.
“Wang (royalti) itu akan dimasukkan terus ke dalam akaun negeri menerusi Perbendaharaan Negara setiap tiga atau empat bulan sekali,” jelasnya.
Bahkan, katanya Najib sendiri pernah berkata “Bila masuk akaun maka, kita (pusat) serah ‘bulat-bulat’ (royalti) kepada negeri untuk diuruskan sebaik-baiknya.
“Kita (pusat) tidak mahu lagi Terengganu berada dalam kelompok negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi,” tegas Perdana Menteri tersebut.
Sebenarnya, penjelasan Menteri Besar itu amat mengejutkan kerana wang yang sepatutnya milik rakyat Terengganu telah dibelanjakan dengan pelbagai perbelanjaan pembangunan yang dibuat.
Bayangkan, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya ditampung oleh Kerajaan Pusat tetapi telah menggunakan wang royalti minyak Terengganu.
“SPNB (Syarikat Perumahan Nasional Berhad) menggunakan wang royalti lebih RM700 juta dan ini kita (PAS) rasa kesal dan begitu juga dengan pelbagai Kementerian menggunakan lebih RM7.6 bilion.
“Jadi kita membuat tuntutan ini supaya dikembalikan hak rakyat negeri Terengganu bersesuai dengan konsep dan persefahaman Federalisme yang wujud dalam negara kita (Malaysia) ini,” ujarnya.
Namun begitu, bacaan politik Awang yang cetek ini tetap mengatakan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan PM, Dato’ Seri Najib al-Tantunya tidak akan mengembalikan royalti kepada Terengganu semudah ucapannya.
Kenapa Awang berkata begitu…? Kerana pakar-pakar strategi politik Umno-BN telah meramalkan bahawa ‘kemungkinan’ pada PRU Ke-13 nanti kerajaan Umno-BN tidak mampu bertahan lagi.
Maknanya, kerajaan Umno-BN akan tumbang? Jika bertukar kerajaan sudah pasti kesukaran bagi Kerajaan Pusat untuk tarik balik hak royalti kali kedua berdasarkan terma-terma perjanjian baru. Saman kerajaan Terengganu terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan akan ditarik balik setelah berpuas hati dengan perjanjian baru antara kedua-duanya.
Pada Awang, rakyat tidak boleh percaya lagi kepada pemimpin dan kerajaan Umno-BN yang sentiasa mengkhianati hak dan undang-undang. Sebab itu, mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berhadapan dengan kes fitnah terhadap mantan TPM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Meski pun, Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar dibarisi peguam-peguam bela yang ‘terhebat’ dalam dunia. Itu semua, Dr Mahathir tidak takut dan bimbang untuk menang kerana dia (Mahathir) hanya memerlukan kepada seorang Hakim…seorang Hakim yang boleh mengikut ‘telunjuknya’ seperti bekas Hakim Mendiang Dato’ Seri S.Augustine Paul (Hakim Coklat) yang baru meninggal dunia 3 Januari 2010 lalu.
0 comments:
Catat Ulasan