Peringatan Buat MB Nizar!!!


SALAM Takziah buat Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang diberitakan telah mengalami satu kemalangan jalan raya pada 6 Januari 2010 lalu.

Kemalangan tersebut berlaku ketika beliau cuba mengelak sebuah kereta jenis Volvo yang secara tiba-tiba keluar dari persimpangan Jalan Seruan berhampiran Jalan Raja Dr Nazrin Shah.

Nizar dilaporkan mengalami cedera ringan dalam kemalangan tersebut selepas kereta Toyota Camry yang bernombor pendaftaran BKC 8851 terbalik.

Awang dimaklumkan kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 9.20 pagi ketika beliau memandu sendirian untuk menghadiri temujanji dengan doktor di sebuah Klinik Pergigian.

Namun begitu, Nizar terpaksa menerima satu jahitan disiku kanan dan kini ‘berehat’ di Wad 8C di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) buat seketika waktu ini.

Ketua Polis Trafik negeri, Wan Abdullah Ishak mengesahkan kemalangan tersebut berlaku ketika Dato’ Seri Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Rokam ke sebuab Klinik Pergigian di Jalan Sultan Idris Shah.

Dato’ Seri Mohammad Nizar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak yang terlibat secara langsung dengan krisis Dun Perak.

‘Dan Sebenarnya’….sebagaimana lagu Yuna yang memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24, di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Januari 2010 lalu,….Sebenarnya, Awang ingin memberi sedikit peringatan kepada Dato’ Seri Mohammad Nizar.

Peringatan Awang sebenarnya pada pengamatan ‘kaca mata’ Awang dan ‘mata hati’ Awang hasil dari perkembangan semasa politik tanahair khususnya apa yang berlaku di Perak.

Nizar ini…’Dan Sebenarnya’…merupakan aset baru yang sedang dimiliki oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang mungkin kurang disedari oleh orang ramai tetapi cepat ‘dihidu’ oleh pihak-pihak ‘berkuasa’ serta agen-agennya.

Status Nizar itu, ketika ‘berkuasa’ dengan jawatan Menteri Besar Perak sebelum ‘digulingkan’ di Mahkamah Pro-Dacing amat digeruni, amat ditakuti, amat dicemburui dan amat dibimbangi oleh pihak ‘lawannya’.

Awang melihat musuh politik Umno-BN melalui agen-agen sulit Negara telah pun dapat ‘membaca’ yang Nizar ini merupakan ‘sebutir permata’ yang jika digilap akan bersinar.

Barang-kali ‘aura’ yang ada pada Dato’ Seri Nizar ini merupakan asset terpenting PAS yang mungkin PAS sendiri tidak sedarinya.

Ini kerana, atas nama ‘batang tubuh’ (peribadi) Nizar mampu menyatukan pelbagai kaum dan budaya, pelbagai agama dan warna kulit, pelbagai bangsa dan fahaman politik.

Maaf, jika selama ini rakyat umum dan bacaan orang politik melihat Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘ibu pengasih’ yang akan menyatu dan menerajui gelombang rakyat.

Tetapi, …’Dan Sebenarnya’…sebagaimana lagu Yuna…Awang melihat Nizar ini ‘permata’ yang dimiliki oleh PAS, Nizar adalah ‘ibu pengasih’ yang dilahirkan oleh PAS dan Nizar ini….penting bagi aset PAS.

Justeru itu, satu peringatan dari Awang sebelum berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita semua. Kemungkinan perancangan pihak-pihak diluar pengetahuan kita tetap ada secara halus atau kasar.

‘Musuh’ Islam di seluruh dunia tidak akan biarkan semua itu hidup bebas dan sempurna. Mereka (musuh) sentiasa ‘meneropong’ dan mengkaji kehebatan pemimpin-pemimpin yang dicurigainya.

‘Dan Sebenarnya’….PAS telah mempunyai sejarahnya yang panjang. PAS memiliki sejarah perjuangannya yang berliku dan PAS mempunyai sejarah pengorbanannya dimasa lalu.

Cuma, Awang sekadar peringatan ingin membawa satu kisah sejarah seorang pemimpin PAS yang sebenarnya mempunyai aura yang tersendiri. Dan secara ‘tersiratnya’ berlaku satu perancangan sulit yang sukar dibongkarnya.

Sejarah Gerakan Islam PAS diawal penubuhannya juga telah memiliki sebutir ‘bintang’ yang dikatakan itu, PAS telah mempunyai sebutir ‘permata’ yang disebutkan itu dan PAS telah mempunyai satu aset yang besar ketika itu.

Apa yang dimaksudkan oleh Awang terhadap tokoh tersebut ialah Ustaz Zulkifle Muhammad yang juga merupakan salah seorang pimpinan PAS yang sangat berkebolehan dan berwibawa.

Pandangan serta idea-ideanya untuk membawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini ke satu landasan yang betul dan jika dibiarkan barang kali hingga hari ini Parti PAS yang menerajui Malaysia dan bukan Parti Umno-Barisan Nasional.

‘Dan Sebenarnya’….(salah satu contoh sejarah) PADA 6 Mei 1964, ketika Allahyarham dalam perjalanan pulang dari Bachok Kelantan ke rumah ayahnya di Kuala Kangsar, Allahyarham Ustaz Zulkifle Muhammad sedang memandu sebuah kereta jenis Fiat bernombor pendaftarannya, JB 9977.

Kira-kira pukul 7 malam, sampainya di suatu jalan sempit, di Batu 4 ½ , Jalan Kuantan Pahang, keretanya dikatakan telah ‘berlanggar’ dengan sebuah land rover yang datang bertentangan dari hadapan. ( meski pun terdapat cerita misteri dua versi sama ada ‘berlanggar’ atau ‘dilanggar’..hanya Allah Yang Maha Mengetahui-Nya )

Diberitakan, Isterinya meninggal dunia diribanya waktu itu juga, sedangkan beliau (Ustaz Zulkifle) sendiri meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Dalam perjalanan yang panjang dari Bachok itu, beliau dikatakan terus berbincang mengenai penubuhan Yayasan Tinggi Islam Nilam Puri Kelantan, dalam usaha menubuhkan Universiti Islam, bagi merealisasikan Sistem Pendidikan Islam di negara ini.

Justeru itu, diharapkan selepas ini semua pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat agar berhati-hati. Sebab, suara rakyat dilihat akan menghukum Umno dan kerajaan BN di Mahkamah Rakyat.

Para pemimpin Umno-BN serta ‘agen-agennya’ yang berada di belakang ‘tabir’ serta ‘tangan-tangan ghaib’ telah melihat dan ‘menghidu’ suasana politik Malaysia akan datang tidak sama lagi.

Umno-BN kini sudah tidak mendapat tempat ‘dihati’ rakyat. Umno semakin bimbang dan resah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Oleh itu, mungkin sesuatu akan digunakan…? Apakah sesuatu itu sama-samalah kita melihatnya, sama-samalah rakyat menontonnya dan sama-samalah kita fikirkan.

RENUNG-RENUNG FIKIR…FIKIR-FIKIR RENUNG…
RENUNG-RENUNG…dan FIKIR-FIKIR…

1 comments:

su ha berkata...

awang dan sebenarnya.... semua boleh jadi belaka dalam politik nii.Doh awang mu sokong Yuna ke?

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top