Janji kosong kerajaan BN Terengganu


‘MANA JANJI MANIS MU’ dan ‘JANGAN ADA DUSTA DIANTARA KITA’ merupakan antara luahan rasa tidak puas hati wakil penduduk di dua buah kampung yang bakal ‘dihalau’ secara terhormat.

Kira-kira 500 penduduk di Kampung Pak Bang dan Kampung Che Long terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri sejak lebih 20 tahun lalu.

Tanah penduduk seluas 200 hektar dikedua-dua buah kampung berkenaan termasuk dalam perancangan Pelan Pembangunan Bukit Besar sewaktu pemerintahan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Amar DiRaja, Wan Mokhtar Ahmad.

Kawasan berkenaan bakal dibangunkan dengan Mini Putrajaya yang menempatkan kompleks-kompleks kerajaaan, agensi serta jabatan-jabatan tertentu.

Ketika Awang menemui wakil penduduk yang tidak berpuas hati dengan kadar bayaran harga tanah tersebut antara RM6.00 hingga RM6.45 sekaki persegi.

Bahkan, janji-janji Menteri Besar Terenganu, Dato’ Ahmad Said ketika kempen pilihan raya kecil (P.36) Parlimen Kuala Terengganu di kampung berkenaan belum ditunaikan.

Seorang penduduk, Encik Zulkifli Yusuf, 47, mendakwa kerajaan negeri masih belum menunaikan janji-janji mahu menyediakan tanah ganti kepada penduduk Kampung Pak Pang dan Kampung Che Long.

Menurutnya, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) pernah mengadakan pertemuan dengan penduduk bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“MB dan Pengarah UPEN sendiri pernah datang dan buat perbincangan dengan penduduk tentang masalah (tanah) ini.

“Kami (penduduk) dijanjikan tanah dan penempatan baru berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas.

“Pertemuan ini dibuat di rumah saya dan disertai lebih kurang 60 orang wakil penduduk yang terlibat dengan projek ini,” jelasnya.

Kini, katanya hampir setahun berlalu janji Menteri Besar itu belum tertunai dan penduduk mula gelisah.

Menurutnya, beberapa kawasan telah mulakan projek sejak lebih enam bulan lalu termasuk Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kimia.

Warga Emas yang sempat Awang temui iaitu Encik Abd. Ghani Muda, 68, berkata penduduk dikedua-dua buah Kampung Pak Bang dan Kampung Che Long mahukan kerajaan negeri mengkaji semula harga pengambilan balik tanah tersebut.

Katanya, harga RM6.00 sekaki persegi yang dibuat sejak 20 tahun lalu tidak relevan lagi kerana terlalu murah.

“Kami (penduduk) tidak dibenarkan mendirikan rumah atau bangunan di atas tanah ini sejak 20 tahun lalu kerana Pelan Pembangunan Bukit Besar.

“Harga waktu itu (20 tahun lalu) dibuat RM6.00 sekaki persegi dan hari ini projek itu baru hendak dimulakan,” jelasnya.

Menurutnya, harga yang terlalu rendah itu tidak adil kepada penduduk yang mahu berpindah serta mencari penempatan baru.

Encik Ismail Embong, 43, mendakwa kos pampasan bagi bayaran pengambilan balik tanah terlalu murah serta membebankan rakyat.

Katanya, penduduk yang telah menerima bayaran dengan harga RM6.45 sekaki persegi itu tidak mampu untuk membeli tanah ganti lain di sekitar Kuala Terengganu.

“Tanah kami (penduduk) kerajaan ambil dengan harga terlalu murah dan kami hendak beli tanah ganti lain pun tidak mampu.

“Macam mana kami (penduduk) mahu pindah dan masih menunggu janji MB hendak ganti penempatan baru,” ujarnya.

Manakala, kata Ismail atas tanah pusaka tersebut tinggal pula dua hingga tiga buah keluarga sedangkan bayaran hanya kepada penama sahaja.

Justeru itu, kerajaan negeri diminta segera menyelesaikan masalah tersebut sebelum penduduk terbabit turun ke jalan raya menuntut hak dan keadilannya.

Awang sokong belaka mana yang baik dan jika turun ke jalan raya lebih baik maka kena turunlah. Jika kita (rakyat) tidak turun, kita (rakyat) kena ‘turunkan’ kerajaan yang bebal ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang-
Setuju???? TAKBIR !!!

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top