Cotabato; Kemiskinan serta konflik politik yang berpanjangan di bumi gugusan kepulauan Melayu Mindanao masih tidak ada jalan penyelesaiannya.
Berikutan itu, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Muslim Care, Jundi Resousess dan Pertubuhan Lepasan Pelajar Institut Berakan Negeri Terengganu (Sisbakti) melakukan ibadah korbannya.
Sebanyak 11 ekor lembu berjaya dikorbankan di bumi Mindanao pada hari raya pertama serta diagihkan kepada umat Islam.
Exco Muslim Care, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata kehadiran NGO terbabit bagi sama-sama meraikan saudara seIslam di bumi Mindanao.
Kata beliau, kehidupan yang susah dan kemiskinan di Mindanao wajar diberi perhatian oleh umat Islam seluruhnya.
“Pada raya qorban kali ini kami (Muslim Care, Jundi Resousess & Sisbakti) telah berjaya membawa 11 ekor lembu untuk diagihkan kepada umat Islam di Mindanao.
“Kesemua lembu-lembu itu dibeli di Mindanao dan sambutan sangat menggalakkan di kalangan umat Islam di sini,” ujarnya.
Manakala, Wakil Sisbakti, Ustaz Awang Embong melahirkan rasa simpati dengan nasib umat Islam di bumi Mindanao.
Katanya, negeri umat Islam itu bukan sahaja dilingkungi kemiskinan tetapi dilanda krisis politik dan peperangan sejak sekian lama.
“Kita (umat Islam) kena bantu dan beri perhatian terhadap umat Islam di bumi Mindanao yang rata-rata miskin dan dilanda konflik peperangan.
“Mereka (Mindanao) dari bangsa Moro yang pernah menggunakan bahasa Melayu suatu ketika dahulu sebelum dijajah sejak lebih 450 tahun,” jelasnya.
Menurutnya, nasib umat Islam di Mindanao wajar diberi perhatian demi menjaga aqidah dan agama.
Misi rombongan korban di Mindanao sempena Hari Raya Aidiladha itu selama empat hari yang disertai sama oleh wartawan dari Terengganu, Khairul Azlam Mohamad.
0 comments:
Catat Ulasan