Wakil Rakyat ‘Cap Ayam’ Berak Kapur ‘Nok Mesyuarat Dok Cukup Korum’-MB


Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu mendedahkan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri tidak dapat diadakan sepanjang tahun 2008.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri tidak dapat mengadakan mesyuarat sepanjang tahun 2008 kerana tidak cukup korum.

“Dua kali mesyuarat dipanggil oleh jawatankuasa ini. Pertama, notis dikeluarkan 9 November 2008 untuk diadakan mesyuarat Jawatanakuasa Kira-kira Wang Negeri pada 16 November 2008.

“Notis kedua, dikeluar 4 Disember 2008 untuk diadakan pada 21 Disember 2008 tetapi tidak dapat diadakan juga kerana tidak cukup korum,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-12 (Bajet 2010) di Wisma Darul Iman, 23 Disember lalu.

Selain jawatankuasa, katanya pihak pentadbir turut memanggil beberapa jabatan untuk memberikan penjelasan berhubung dengan perkara-perkara berbangkitkan oleh Audit.

Menurutnya, pihak pentadbir merasa terkilan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri yang dilantik tidak menunjukkan minat untuk menghadiri dalam majlis tersebut.

Justeru itu, Mohd Abdul Wahid turut melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan prestasi jawatankuasa terbabit.

“Saya cukup kesal kerana Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri tidak dapat diadakan sepanjang tahun 2008 kerana tidak cukup korum.

“Tahun 2006, hanya sekali bermesyuarat, tahun 2007 sekali bermesyuarat dan tahun 2008 tidak bermesyuarat langsung.
“Apa yang saya kesalkan dalam keadaan kedudukan kewangan, ekonomi lembab dan banyak berlaku penyelewengan yang didedahkan Ketua Audit Negara,” ujarnya.

Bahkan, beliau mendakwa jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Adun Alor Limbat, Alias Abdullah seperti tidak ambil berat dalam soal kepentingan rakyat.

Kata Mohd Abdul Wahid program lawatan ke luar negara pula tidak menjadi masalah kepada jawatankuasa berkenaan mengikutinya.

“Soal pergi ke luar negeri cukup korum dan semua pergi ke New Zealand. Jawatankuasa semua boleh pergi ke New Zealand tetapi jawatankuasa hendak bermesyuarat tentang berlaku penyelewengan tidak cukup korum.

“Saya hendak tahu sejauh mana seriusnya jawatankuasa ini hendak mesyuarat hendak mengkaji laporan yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Audit Negara,” soalnya pada sidang tersebut.

Menurutnya, laporan Ketua Audit Negara juga tidak dikemukakan bagi tahun 2008 pada Sidang Dun Terengganu kali ini.

Awang pun rasa naik ‘muak’ dan pening memikirkan perihal wakil-wakil rakyat kita (BN) yang dilantik dan diberi mandat oleh rakyat yang termakan umpan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, lalu.

Oleh itu, Awang menyerulah kepada rakyat-rakyat yang masih berakal waras sekalian supaya kita (pengundi) membuat pilihan yang tepat dimasa akan datang.

Jikalau, ‘terliur’ sangat dengan umpan wang ehsan atau kain batik yang diagih-agihkan oleh Puteri Umno Kite itu. Ambilah dan ingan pesan ‘Tok Guru Nik Aziz’. “Orang beri pitis-ambik, orang beri kain-pakai, orang beri gula-kucar,….tapi masa mengundi-UNDILAH ISLAM dalam erti kata bukan berkempen ini tetapi saja hendak jelaskan…Undi Bulan (PAS).

Awang ‘DULU, KINI dan SELAMANYA’…Undi Hok Tu Je….selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis, Ijma’-ulama dan Qias. Tapi jika Umno yang hendak buat Islam dan PAS pula yang tidak mahu…dengan PAS pun Awang ‘tolok’ sekali.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top