Umno & Judi: ‘Dulu, Kini & Selamanya’

Salam For All:


SEMALAM (kelmarin)…Hari Jumaat 21 Mei 2010, cuaca sangat panas dan peluh di bawah mentari hingga ke tumit kaki.


‘Dan Sebenarnya’…telah berlaku di seluruh negara ada pihak dari sebuah parti politik Islam yang menganjurkan demontrasi secara aman sebagai tanda protes terhadap kelulusan lesen judi bola kepada pihak Berjaya Group.


Isu ini menjadi hangat dan sensasi apabila seorang Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Awang Adek yang ‘bodoh’ lagi ‘tolol’ dari Kelantan membuat kenyataan kerajaan Malaysia akan meluluskan lesen judi kepada taukeh judi Berjaya Group.


Langkah ‘melesenkan’ judi bola sepak menjelang piala dunia itu seolah-olah kerajaan 1Malaysia Najib-Rosmah telah menghalalkan yang HARAM.


Tindakan ‘gila’ bapak menteri itu kononnya mahu menyekat Judi ‘HARAM’ dipasaran gelap dan apabila dilesenkan sudah tentu akan jadi Judi ‘HALAL’.


Maka, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) telah mengarahkan seluruh Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri agar mengadakan Perhimpunan Aman Membantah Lesen Judi Bola yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia.


Sehubungan itu, 1000 umat Islam di Terengganu berkumpul di hadapan Masjid Pengadang Baru bagi menyatakan sikap serta bantahan terhadap isu tersebut.


Himpunan secara aman itu diadakan kira-kira jam 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Antara pimpinan PAS Terengganu yang berucap menyatakan bantahan tersebut iaitu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizol Wan Abas, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali.


Manakala, pimpinan Pakatan Rakyat yang turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Faris Muda.


Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar ditaati kerana menganjurkan kemungkaran dalam beragama.


Malah, katanya pemimpin Umno-BN tersebut harus ditentang kerana meluluskan lessen judi yang bertentangan dengan perintah Allah SWT.


“Kita (PAS) ingin menyatakan sikap dan pendirian kita (umat Islam) dengan sekeras-kerasnya bahawa, kita (PAS) menentang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini.


“Mereka (pemimpin Umno-BN) telah menghalalkan perjudian yang merupakan suatu kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah SWT.


“Walau pun, ajaran Islam mengajar taat kepada pemimpin tetapi pemimpin Umno dan Barisan Nasional hari ini adalah pemimpin yang harus ditentang kerana keputusan yang mereka (Umno) buat itu bertentangan dengan perintah dari Allah SWT,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap bagi menyatakan bantahan dalam Perhimpunan Aman Membantah Lesen Judi Bola di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, 21 Mei lalu.


Kata Yahaya, sekiranya perjudian ini diteruskan bakal mengundang kerosakkan kepada umat manusia dan rakyat seluruhnya.


Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan pemimpin Uno dan kerajaan Barisan Nasional bersikap biadap terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.


Katanya, bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini sedar dan benci terhadap semua jenis perjudian yang diharamkan oleh Allah Ta’ala.


"Demo kita (PAS) pada hari ini untuk menyatakan kebencian dan kemarahan umat Islam. Bahkan, rakyat seluruhnya.


“Kita (PAS) menentang kelulusan lesen judi yang dibuat oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional. Sikap yang sangat biadap terhadap agama.


“Waktu, mereka (Umno) menyatakan mereka memperjuangkan bangsa Melayu, memperjuangkan agama tetapi diwaktu yang sama, mereka (Umno) menyakiti bangsa Melayu yang bangsa Melayu sedar judi itu adalah haram,” tegasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong mendakwa kemungkinan Umno-BN mendapat bantuan serta ‘habuan’ besar dari taukeh judi di negara ini.


Katanya, taukeh-taukeh judi tesrebut telah membelanjakan sejumlah wang yang besar kepada pemimpin Umno-BN setiap kali pilihan raya.


“Umno mungkin mendapat bantuan dan ‘habuan’ besar daripada taukeh-taukeh judi dalam pilihan raya.


“Oleh itu, tidak ada cara lain untuk mereka (Umno) membalas budi kepada taukeh-taukeh judi yang telah membelanjakan jumlah wang yang besar dalam setiap kali pilihan raya,” ujarnya.


Menurutnya, perjudian bukan sahaja dibenci dan diharamkan oleh Islam tetapi turut ditentang oleh bangsa bukan Melayu dan penganut agama lain.


Sementara itu, Ketua AMK Terengganu, Faris Musa berkata tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak meluluskan lesen judi merupakan suatu kesilapan besar.


Ini, katanya secara jelas menggambarkan sikap serta wajah pemimpin sebenar Umno-BN yang meletakkan agama di bawah ‘tapak kaki’.


“Inilah wajah dan sikap Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas terbukti bahawa agama dia (pemimpin) letak bawah ‘tapak kaki’.


“Inilah sikap Umno-BN yang dipimpin oleh ‘agen’ Yahudi di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,” ujarnya.


Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat menyatakan pendirian parti menentang bersama-sama dengan Pemuda PAS terhadap kelulusan lesen judi tersebut.


Malah, menurutnya tindakan pemimpin Umno-BN yang meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group itu merupakan kesilapan besar Najib.


“Rakyat harus menyatakan pendirian untuk menolak segala tindakan kelulusan lesen judi oleh Umno-BN kepada Berjaya Group.


“Kami (AMK) akan bersama dengan Pemuda PAS untuk bangkit menentang sehingga lesen judi ditarik balik dan dibatalkan.


“Tindakan pemimpin Umno-BN meluluskan lesen judi itu adalah suatu kesilapan besar Najib dan tindakan yang bodoh, biadap, tidak bermoral dan tidak berakhlak,” jelasnya.


Perhimpunan secara aman tersebut berakhir dengan bacaan doa oleh Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini serta aman.

Justeru itu, Awang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penganjurnya yang berjaya membangkitkan semangat orang Melayu Islam dengan kesedaran Islam.


Bagi Awang, sesungguhnya amatlah rugi kepada sesiapa sahaja yang sengaja tidak mengambil peluang berdemontrasi kecuali yang benar-benar uzur serta tidak dapat dielakkan.


Sesungguhnya, pahala di sisi orang yang mencegah kemungkaran dan maksiat itu amatlah besar dan amatlah rugi kepada sesiapa yang hanya berpeluk tubuh sahaja kerana ‘takutkan’ manusia.

Demontrasi ‘JUDI BOLA’ Selepas Solat Jumaat

Salam Ukhuwwah:-

Semalam (19 Mei 2010) sekitar jam 5.10:04 saat ketika Awang sedang memandu untuk ambil anak balik dari sekolah. Tiba-tiba, handphone Awang ‘berkokok’ (nada deringan sms) macam ayam jantan kejut orang Umno bangun solat subuh.

Tetapi, waktu itu Awang sedang memandu dan Awang tidak buka dan baca lagi mesej itu kerana menjadi satu kesalahan jalan raya memandu sambil menjawab panggilan telefon atau membaca sms atau menjawab sms.

‘Dan Sebenarnya’…buka patuh sangat pun dengan undang-undang manusia (JPJ/Polis) tetapi sengaja juga tak nak buka dan baca lagi.

Setelah Awang sampai kat sekolah anak dan Awang bukalah. Rupa-rupanya SMS yang Awang terima tadi adalah daripada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Wan Faizul Wan Abas.

Mesejnya berbunyi,” KERAHAN JIHAD! Demo Bantah Lesen Judi Lepas Solat Jumaat, 21 Mei di Masjid Pengadang Baru. SELURUH Rakyat Terengganu Diseru Berhimpun Untuk Nyatakan Bantahan. TAKBIR!!! Media Dijemput”.

Begitulah lebih kurang mesej dari Pemuda Islam Terengganu yang mengajak umat Islam yang masih ada iman untuk turun bersama-sama membantah lessen judi yang baru diluluskan oleh kerajaan 1Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menterinya, Dato’ Seri Najib Tun Razak al-Juddi.

Kini baru rakyat tahu dan sedar…rupa-rupanya, PM 1Malaysia kita hari ini ‘kaki judi’ dan sedang menjadi ‘kepala judi’ yang memimpin rakyat 1Malaysia supaya berjudi.

Ini kerana, bagi Umno dan ulama’-ulama’ Umno dan mufti-mufti Umno mungkin berpendapat ‘JUDI HALAL’ sebab ada lesen dan yang ‘HARAM’ sebab judi itu tidak ada lesen.

Jika itulah, pandangan ‘BODOH’ puak-puak yang ‘bersongkok keras’ dan mendabit dada ‘HIDUP MELAYU…HIDUP MELAYU’ dan baru-baru ini macam orang ‘GILA BABI’ terpekik terlolong kononnya mempertahankan kalimah Allah.

Mungkin rakyat atau penyokong Umno yang ‘tolol-tolol’ akan beranggapan bahawa ada pula ‘Arak Halal’..’Zina Halal’…’Pelacur Halal’…’Rasuah Halal’…’Tipu Halal’…’Bunuh Halal’…sebab ada lesen.

Jika ini keadaannya, Awang rasa masyarakat Melayu Islam di Negara ini akan punah dan rosak habis. Melayu Umno akan hancur…dan ‘bala’ jika Allah SWT turunkan..semua orang akan kena.

Orang Umno kena..orang PAS kena..orang besar kena..orang kecil kena..orang kaya kena..orang miskin kena., orang lelaki kena..orang perempuan kena...orang baik kena dan orang jahat pun kena.

Maknanya, kita kena beri penerangan dan penjelasan yang cukup-cukup kepada rakyat akan ‘kejahatan’ Umno-BN terhadap agama Islam. Umno hipokrit dengan agama dan bersifat kepura-puraan sahaja.

Ajakan Pemuda Islam tadi supaya orang ramai yang mengaku Islam dan ada sedikit iman walau pun sebesar zarah…hendaklah turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Jangan biarkan orang lain sahaja dan kita hanya mahu lihat dari jauh sambil berpeluk tubuh. Biar kita sama-sama berpanas sekejap pada tengahari esok di bawah panas mentari asalkan kita semua selamat di padang mahsyar.

Oleh itu, jika ada yang buta datanglah bertongkat…yang pekak datang bertanya…yang kurap datang mengaru…yang bisu datang mengangguk…dan yang sihat datang berdemo.

Sebab, sebagai seorang Islam adalah tidak harus kita ‘melarikan’ diri dari majlis baik seumpama itu dan paling teruk pun hanya dikejar polis atau disembur gas pemedih mata sahaja.

Awang fakir tidak sampailah kerajaan Umno yang ‘budiman’ dan yang ada ‘iman Islam hadhari’ sanggup beri arahan tembak kita dengan peluru hidup macam di Bangkok Thailand hari ini.

Ini kerana, kita ‘sayangkan’ saudara seIslam kita dalam Umnolah yang kita pakat buat demontrasi bantah judi ini. Jika tidak…mungkin ada orang pakai hukum sendiri dan bagi penumbuk atau yang lebih sikit ke atas muka-muka pemimpin Umno-BN yang sepakat meluluskan ‘JUDI BOLA’ yang ‘HALAL’.

Apa yang Awang belajar masa di sekolah dulunya, kata Ustaz “Barang yang HALAL tetap HALAL dan barang yang HARAM tetap HARAM”. Jadi dalam bab ‘JUDI BOLA’ ini Awang pun tidak faham kenapa jadi halal.

Atau mungkin, kata orang tua-tua…sudah sampai masa Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) hendak ‘MATI’ dan tanda-tanda orang hendak habis umurnya, dia (Umno) akan buat benda-benda pelik. Jika, benarlah Umno-BN akan ‘MATI’ dalam masa terdekat ini dan mungkin dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sama-samalah kita ucapkan..INNALILLAH HIWAIN’NA ILAIHIROJI’UN.

Indeks jenayah komersial naik 15.2 peratus





Salam Peringatan;-

APA SUDAH JADI… dengan negeri Terengganu Darul Iman tanahairku. Kejadian jenayah berlaku sudah tidak tentu masa dan tempat lagi. Malah, aktiviti tersebut semakin menjadi-jadi dan terus meningkat.


Sebelum diperkenalkan dengan ‘Islam Hadhari’ rasanya tidak seteruk ini dan bukanlah tidak ada kejadian jenayah langsung. Tetapi, sejak diperkenalkan Islam tiruan di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri yang lalu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Islam semakin ‘bercelaru’ di negeri dan negara ini.


Di Terengganu, ‘Islam Hadhari’ didokongi pula oleh mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh ‘Enterprise’. Seorang yang ‘cerdik’ dan ‘bijak’ menghabiskan duit rakyat seperti ‘mencurah air ke daun keladi’.


Banyak projek-projek mega yang boleh dibanggakan dan menjadi realiti. Pembangunan yang dibawanya bukan lagi sekadar ‘memahat sejarah’ tetapi ‘mengukir sejarah’ kerosakan dan kemusnahan.


Contoh pertama yang Awang berikan di sini seperti runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu yang harganya ratusan juta.


Kedua, runtuhnya bumbung Masjid di Batu Putih, Kertih Kemaman. Ketiga, runtuhnya bangunan yang masih dalam pembinaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).


Keempat, tumbangnya menara telekomunikasi di Hulu Besut serta menimpa pejabat khidmat Adun Hulu Besut. Kelima, berlaku kebocoran dan keretakan kolam renang yang menjadi Pusat Arkuartik di Batu Burok, Kuala Terengganu.


Keenam, runtuhnya bumbung stesyen bas di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ketujuh, runtuhnya bumbung Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, di Ajil Hulu Terengganu dan banyak lagi.


Kesemua kejadian tersebut merupakan satu ‘jenayah’ dan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin dan pemerintah negeri di kalangan orang politik yang terlibat secara langsung dengan projek-projek tersebut.


Hari ini pula, Polis Terengganu mendedahkan indeks jenayah komersial di negeri ini meningkat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2010 ini.


Peningkatan indeks jenayah tersebut sebanyak 15.2 peratus hingga membabitkan kerugian RM2.14 juta berbanding tempoh sama tahun 2009 lepas.


Ketua Polis Terengganu, Dato’ Mohd Syukri Dahlan berkata bagi tempoh berakhir Mac lalu terdapat 219 kes dilaporkan berbanding tahun 2009 sebanyak 173 kes yang melibatkan kerugian RM2.852 juta.


Menurutnya, kegawatan ekonomi secara global adalah antara kesan kepada peningkatan kes yang disiasat.


“Pada masa kini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kita (Polis) telah menyelesaikan sebanyak 101 kes daripada 219 kes yang dilaporkan untuk tempoh 2010 atau 46.1 peratus,” ujarnya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu di padang kawad perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, baru-baru ini.


Selain itu, katanya jumlah tangkapan mengenai penyalahgunaan dadah yang mendadak di negeri ini juga membimbangkan.


Menurutnya, pihak polis telah melakukan tangkapan seramai 2,753 orang daripada 2,640 kes sepanjang tiga bulan pertama ini berbanding 1,738 kes dengan tangkapan 1,875 orang tahun lalu.


“Perangkaan ini memperlihatkan peningkatan kes sebanyak 52 peratus dan peningkatan kes tangkapan sebanyak 47 peratus berkitan undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983,” jelasnya.


Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad turut melahirkan rasa dukacita dengan peningkatan kadar jenayah komersial di negeri ini.


Katanya, peningkatan kes dalam jenayah tersebut bukti ekonomi di negara kita masih gawat dan tidak stabil.


“Kami (PAS) rasa dukacita dan bimbang dengan laporan peningkatan jenayah komersial di Terengganu ini.


“Sebenarnya, mengikut laporan pakar ekonomi berlaku peningkatan jenayah dalam sesebuah negara itu menunjukkan bukti bahawa ekonomi negara kita (Malaysia) juga masih gawat,” ujarnya.


Oleh itu, kata beliau pemimpin negara hari ini masih gagal memulihkan keadaan serta mewujudkan kestabilan ekonomi yang berkesan.


Kesimpulannya, berlaku kejadian peningkatan jenayah sebenarnya berkait rapat dengan dasar dan corak pemerintahan sesebuah negeri atau negara. Jika, ‘kepala’ (ketua) negara itu tergolong di kalangan yang sama label sudah pasti ‘ekornya’ (rakyat) akan mengikutnya.


Maknanya, rakyat kena suluh dan melihat secara mendalam adakah ketua negara atau ketua negeri kita ini di kalangan orang yang beriman atau termasuk di kalangan ‘kaki rasuah’, ‘kaki botol’, ‘kaki betina’, ‘kaki judi’ atau ‘kaki pembohong’.


Rakyat kena buah pilihan yang benar-benar bebas dan berani sama seperti rakyat di Sibu, Sarawak baru-baru ini. Meski pun, ada di kalangan rakyat dan pengundinya masih berminat ‘makan kera’ atau ‘bercawat’ kata orang. Tetapi, penderian mereka bebas dan merdeka.

DAP buat kejutan menang di Sibu

Salam Malaysia Timur:-
Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) membuat kejutan menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei lalu.

Calonnya, Encik Wong Ho Leong berjaya merampas kerusi lima penggal milik Barisan Nasional (BN) dengan memperolehi 18,845 undi sekaligus menewaskan dua lawannya, Robert Lau Hui Yew (BN) yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron memperolehi 232 undi serta hilang wang pertaruhannya.

Sekali pun DAP menang dengan majoriti kecil 398 undi tetapi dikira berjaya menumbangkan ‘gergasi’ BN yang mempunyai segala kekuatan jentera serta kewangannya.

Berdasarkan maklumat kempen dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh jentera kempen parti Pakatan Rakyat sokongan rakyat jelas memihak kepada DAP.

Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata sepanjang tempoh berkempen sambutan rakyat terhadap DAP dan Pakatan Rakyat sangat baik.

Menurut beliau, setiap malam diadakan ceramah berkelompok turut mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat serta pengundinya.

Katanya, jentera kempen juga lebih tertumpu kepada kunjungan rumah ke rumah serta bertemu secara langsung dengan para pengundi di tiga buah Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sibu.

“Saya lihat sepanjang tempoh berkempen di sini (Sibu) sambutan rakyat dan pengundi setempat kepada DAP dan Pakatan Rakyat cukup baik.

“Saya yakin DAP boleh membuat kejutan untuk menang kali ini di Sibu kerana rakyat sudah matang dengan ‘mainan’ Barisan Nasional (BN),” jelasnya.

Menurutnya, pilihan pengundi telah ada dan hanya menunggu masa untuk mengundi calon DAP-Pakatan Rakyat pada 16 Mei lalu.

Beliau menjelaskan isu kempen tertumpu pada masalah rasuah, penyelewengan, pembaziran, kemiskinan serta kemudahan asas yang tercicir.

Katanya, masyarakat Cina, Melayu/Melanau dan Iban di Sibu sebelum ini kurang diberi perhatian oleh kerajaan BN Sarawak.

Pilihan raya kecil Sibu mempunyai seramai 54,695 pengundi berdaftar yang terdiri dari 66.7 peratus pengundi Cina, 22.1 Iban, 10.5 peratus Melanau Melayu dan lain-lain 0.7 peratus.

Kemenangan DAP di Sibu mengejutkan parti lawan sekaligus menamatkan penguasaan lima penggal oleh wakil rakyat BN di kawasan yang mempunyai 2,537 pengundi pos sebagai ‘deposit’ tetap Barisan Nasional.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu terpaksa diadakan ekoran kematian penyandangnya, Dato’ Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

‘Dan Sebenarnya’…Calon BN, Robert Lau Hui Yew hanya mempunyai kelebihan tiga peratus berbanding calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu kali ini.

Menurut sebuah NGO yang menjalankan kajian mikro persepsi kepercayaan politik di parlimen itu, Zentrum Future Studies, BN unggul di depan dengan sokongan 51.6% peratus undi berbanding DAP hanya 48.2 peratus dan calon Bebas pula hanya mendapat 0.5 peratus sokongan.

Berdasarkan jangkaan tersebut, calon Bebas Narawi Haron yang pada mulanya yakin mendapat sekurang-kurangnya 4,000 undi akan hilang wang pertaruhannya.

Pengaruh kedua-dua pihak bagaimana pun turun-naik dan pernah sekali seimbang sepanjang tempoh pengundian antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada 16 Mei lalu.

Pada jam 2.30 petang pula, Zentrum melaporkan di laman sosial Facebook-nya, BN hanya di depan tidak sampai satu peratus dengan sokongan 50.6 peratus undi berbanding DAP yang hanya mendapat 49 peratus. Dan calon Bebas pula hanya mendapat 0.4 peratus sokongan.

Sebelum itu, pada jam 12.30 tengah hari tersebut keadaan agak berbeza apabila kedua-dua parti bertanding kelihatan mempunyai kekuatan yang seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan memperoleh 49.2 peratus dan bebas 1 peratus.

Meski pun pada sebelah paginya, ketika pusat pengundian baru dua jam dibuka pada jam 8 pagi, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2 peratus dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

Diasaskan oleh pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah, Zentrum mula terkenal tahun lalu apabila kerap diundang menyampaikan kajian mereka, terutamanya di pentas pembangkang.

Apa pun, rakyat dan pengundi di Sibu sudah matang dan boleh berfikir dengan baik meski pun ditabur dengan pelbagai janji dan habuan jika BN menang.

Maknanya, rakyat Sibu di Sarawak telah mula belajat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu jika ‘BN beru duit ambil, BN beri gula kacau, BN beri kain pakai, TETAPI…Undi beri pada DAP atau Pakatan Rakyat’.

Maknanya lagi, jika di Hulu Selangor BN menang dengan kos RM100 juta tetapi di Sibu pula BN kalah dengan kos melebihi RM100 juta.

Perak ‘mini’ Malaysia



Salam Perpaduan;-


Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya berusaha untuk sedaya upaya bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kerana bimbang boleh model kepada rakyat seluruhnya.


Sebab itu, perancangan rapi dilakukan dengan terancang melibatkan penggunaan wang berjuta-juta ringgit termasuk bagi ‘membeli’ wakil rakyat Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR.


Setakat ini, wakil rakyat PAS ‘kebal’ kerana telah melalui proses kematangan dalam berparti sejak lebih 50 tahun ditubuhkan di negara ini.


Begitu juga dengan parti DAP dan jika masih berlaku pun kes terpencil tetapi juga menuju proses kematangan berpolitik.


Namun begitu, wakil rakyat PKR kini masih dalam proses menuju kematangan untuk ‘membuang’ seberapa banyak ‘duri dalam daging’ dan ianya telah, sedang dan akan berlaku dari masa ke semasa.


Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak melalui ‘rampasan’ kuasa secara kotor dan jijik itu kini menjadi bahan sejarah yang akan dikenang oleh rakyat hari ini hingga ke generasi akan datang.


Awang cuba juga merungkai kenapa Perak menjagi idaman yang amat sangat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) hingga sanggup berbelanja besar semata-mata mahu Perak dikembalikan ke tangan Umno-BN walau dengan apa cara sekali pun…halal atau haram.


Bekas Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang ‘digulingkan’ di Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mendakwa Perak merupakan contoh ‘mini’ Malaysia.


Ini kerana, katanya suasana di negeri-negeri lain tidak sama dengan ciri-ciri komposisi kaum dan status rakyat di negara ini kecuali Perak.


“Perak merupakan contoh ‘mini Malaysia’. Selangor tidak, Pulau Pinang tidak, Kedah dan Kelantan tidak, Terengganu pun tidak mempamerkan Malaysia.


Malaysia dipamerkan jika saudara dan saudari lihat di negeri Perak. Komposisinya, status rakyatnya seakan-akan Malaysia dan itulah ‘mini’ Malaysia,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang Kali Ke-26 di Masjid Rusila, Marang, baru-baru ini.


Menurutnya, selama masa 10 bulan setengah kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak pelbagai persepsi diberi dan dimainkan oleh media dan kerajaan Barisan Nasional (BN).


Katanya, tindakan serta mesej yang ingin disampaikan oleh PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak betul tetapi telah dipersepsikan dengan cara yang negatif.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan terdapat di kalangan pimpinan profesional bukan Islam dari DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) sebelum ini pernah memusuhi PAS.


Menurutnya, sebelum wujud Pakatan Rakyat di kalangan bukan Islam diberikan persepsi yang terlalu negatif terhadap PAS.


“Mereka (bukan Islam) pernah mengakui sebelum adanya Pakatan Rakyat, mereka (rakyat) membenci PAS dan membenci Islam ini.


“Tetapi, hari ini mereka (bukan Islam) berikan sokongan yang cukup kuat dan padu tanpa ragu-ragu kepada PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya.


Dato’ Seri Nizar turut mengulangi peringatan dari pesanan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz agar menjaga harapan seluruh rakyat serta tidak khianat.


“Selama 10 bulan setengah saya memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan hampir setiap bulan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru, Dato’ Nik Aziz menelefon dan berpesan kepada saya.


“Peliharalah harapan ini, jaga molek-molek dan jangan khianat. Harapan rakyat Malaysia Melayu, Cina dan India kepada PAS,” tegasnya.


Bahkan, katanya selama tempoh tersebut terdapat di kalangan pimpinan bukan Islam dari DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mula mengenali Islam.


Menurutnya, pemimpin DAP, PKR dan orang bukan Islam mula mengenali Allah SWT, ilmu Islam serta rapat dengan ayat-ayat al-Quran.


Pada majlis tersebut beliau turut menerima borang kemasukkan keahlian kelab penyokong PAS kawasan Marang daripada pengerusinya, Encik Chai Seng bersama lima rakan tionghuanya dan disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali.

“Melayu Bangkit”-Tangguh Takut BN Kalah Sibu

Salam…’Anti Rasis’:-
Umno disyaki menjadi ‘dalang’ bagi penganjuran satu program “Melayu Bangkit” bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya dijadualkan pada 13 Mei 2010 ini.

Namun begitu, ianya ‘terpaksa’ dibatalkan setelah mendapat bantahan dari pelbagai pihak termasuk dari kalangan rakan-rakan Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan Gerakan.

Pada pendapat serta pandangan Awang dan berdasarkan ‘apa orang kata’ program tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara kerana Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak, hari ini (16 Mei 2010).

‘Dan Sebenarnya;…BN takut kalah di Sibu jika program tersebut yang bersifat perkauman diteruskan kerana mengingati tragedi hitam 13 Mei 1969.

Program tersebut anjuran Institut Integriti kerajaan negeri dengan kerjasama sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang dipengerusikan Timbalan Ketua Umno Marang, Razali Idris.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah membuat satu laporan polis berkaitan program tersebut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dekat sini.

Ketuanya, Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata Pemuda PAS menganggap program “Melayu Bangkit” tersebut bertentangan dengan Akta Hasutan serta berbentuk sentimen perkauman.

“Hari ini, kita (Pemuda PAS) buat satu laporan polis tentang program yang dianjurkan pihak kerajaan negeri dibawah Institut Integriti bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Program ‘Melayu Bangkit’. Kami (PAS) anggap program ini dalam tiga keadaan iaitu Pertama, program ini bercanggah dengan Akta Hasutan kerana ia membentuk sentimen perkauman.

“Seolah-olah melahirkan kebencian perkauman dan menyemarakkan semula perasaan rasa marah dan permusuhan antara kaum dan mengancam keselamatan dalam negara kita.

“Kedua, program ini memberikan satu respon yang buruk terhadap bangsa Melayu. Seolah-olah, bangsa Melayu lemah, bangsa Melayu hina dan bangsa Melayu tidak memiliki maruah. Inilah penilaian yang dibuat oleh Umno terhadap bangsa Melayu.

“Ketiga, program yang dianjurkan oleh Umno ini adalah untuk menarik dan menipu rakyat kerana Umno sebenarnya pengkhianat dan bersifat hipokrit terhadap bangsa Melayu sendiri,” jelasnya.
Beliau berkata demikian di perkarangan IPD Polis Kuala Terengganu selepas membuat laporan polis pada jam 9.40 pagi terhadap penganjurnya.

Katanya, PAS mempunyai hujah yang kuat bagi penilaian hipokrit Umno terhadap bangsa Melayu sendiri.

Menurutnya, beberapa contoh sebagai bukti hipokrit Umno apabila bertindak merampas royalti minyak dari kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menegaskan kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu majoritinya Melayu tetapi hak rakyat Melayu ini dinafikan di negeri Terengganu dan Kelantan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir telah memberhentikan bantuan perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR).

“Ketika dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) diberhentikan serta memberi suatu ancaman besar dan tekanan hebat penindasan terhadap sekolah agama rakyat,” ujarnya.

Begitu juga, katanya penyerahan dan tergadainya pulau Singapura kepada bangsa bukan Melayu oleh kepimpinan Umno-BN waktu itu.

Menurutnya, Pulau Redang yang mempunyai nilai pelancongan diserahkan kepada taukeh judi besar Vincent Tan.

Manakala, katanya episod pembolotan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit di Pulau Wan Man dan Pulau Duyong oleh Patrick Lim serta kroni-kroni Umno-BN.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menggesa pihak polis segera melakukan siasatan terhadap program “Melayu Bangkit” yang bakal diadakan 13 Mei 2010 ini.

Katanya, pihak polis tanpa perlu rasa takut serta memihak hendaklah menyiasat program tersebut kerana dikhuatiri wujud unsur-unsur jenayah dan provokasi.

“Ini jelas, apabila tajuk “Melayu Bangkit” itu dipadukan dengan tarikh 13 Mei sudah dimaklumi bahawa ianya sejarah hitam peristiwa berdarah antara kaum di Malaysia yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969,” tegasnya.
Malah, katanya badan NGO Gertak juga perlu disiasat di bawah Akta Pertubuhan bagi memastikan pengesahan pendaftaran pertubuhan berkenaan.

Beliau turut menyifatkan program seumpama itu bersifat menipu rakyat dan bangsa Melayu agar bersama-sama dengan Umno.

Menurutnya, sifat hipokrit Umno itu sehingga sanggup melanggar Akta Hasutan serta undang-undang di negara ini.

“Hakikatnya, Melayu sebenarnya perlu bangkit untuk menyedarkan Umno dan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya yang akan datang kerana sifat hipokrit mereka (pemimpin) sehingga mereka (Umno) sanggup melanggari Akta Hasutan yang ada dalam negara kita.

“Kita (PAS) minta pihak keselamatan (polis) membatalkan segera program seumpama ini yang sebenarnya mengganggu dan mengancam keselamatan negara.

“Ini juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia dan jika mereka (Umno) benar-benar mempunyai niat yang baik untuk menyatukan rakyat. Mereka (Umno) tidak buat berbentuk sentimen perkauman tetapi berbentuk sentimen rakyat Malaysia,” ujarnya.

Hadir sama mengiringi DPPNT membuat laporan polis Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Mohd Hanafi Syeikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Amal Terengganu, Ustaz Mohd Saiful Ambia Darusa serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Negeri.

PASTI jambatan masyarakat

Salam Ukhuwwah Untuk Semua;-

Kewujudan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) jika tidak silap Awang bermula tahun 1985 lagi dan jika tersilap harap dapat diperbetulkan kemudian. (rekod ada tapi tidak sempat hendak check-harap maaf).

Kewujudan Pasti juga pada awalnya menghadapi pelbagai rintangan, mehnah dan tribulasi agar pusat pendidikan pra-sekolah tersebut ‘mati’.

Oleh yang demikian, kewujudannya juga seolah-olah ‘mengancam’ pihak pemerintah sekaligus membawa kepada pelbagai tekanan cuba dilakukan.

Bahkan, Pasti tersebut pernah diheret ke mahkamah dan gurunya didakwa bagi menakut-nakutkan para ibubapa serta orang ramai.

“Dan Sebenarnya… Awang melihat Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) boleh dijadikan tali penghubung serta ‘jambatan’ antara PAS dan masyarakat setempat.

Peranan Pasti sejak lebih 20 tahun lalu juga tidak boleh dinafikan serta boleh diterima kewujudannya dalam masyarakat.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam, Ghazali Abd Ghani berkata peranan serta kewujudan Pasti dalam masyarakat di negeri ini tidak boleh dinafikan.

Katanya, pusat pendidikan pra-sekolah Pasti yang diwujudkan oleh PAS berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam akademik.

“Pasti kita (PAS) telah wujud sejak lebih 20 tahun lalu dan berperanan besar dalam masyarakat terutama pendidikan pra-sekolah.

“Saya lihat Pasti boleh jadi tali penghubung antara kita (PAS) dengan ibubapa dan masyarakat setempat seperti ‘jambatan’,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakah pada majlis penyampaian hadiah sempena Pertandingan Sukan Pasti Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam, di Gelanggang Futsal Durian Burung, dekat sini, baru-baru ini.

Pengarah program, Yusuf Embong berkata aktiviti sukan Pasti Dun Wakaf Mempelam ini merupakan agenda tahunannya.

Katanya, program seperti ini boleh merapatkan hubungan antara Pasti dengan ibubapa serta masyarakat setempat.

“Ini (sukan) program tahunan kami (Pasti) yang boleh menjalinkan hubungan baik dengan ibubapa pelajar dan masyarakat setempat.

“Sebab, bukan semua ibubapa pelajar Pasti orang PAS sahaja dan melalui aktiviti bersukan boleh mengenali lebih dekat antara satu sama lain,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti sukaneka diadakan yang melibatkan para pelajar di tujuh buah Pasti dalam Dun Wakaf Mempelam seperti Pasti Darul Salam, Pasti Matlain Badrin, Pasti As-Sabiqun, Pasti Pintar, Pasti Al-Ehsan, Pasti Al-Rahman dan Pasti Al-Imran.

TAMAT

Pamerkan kewibawaan PAS

Salam Satu Perjuangan:-


Ahli serta kepimpinan PAS disemua peringkat disarankan agar dapat mempamerkan kewibawaan bagi melaksanakan agenda parti untuk menerajui perubahan di negara ini.


Rakyat seluruhnya yang terdiri dari kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India kini memberi kepercayaan serta menaruh keyakinan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.


Ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, berlaku tsunami yang besar dan rakyat telah memberi kepercayaan cukup kuat tanpa berbelah bahagi besar dan tanpa was-was kepada PAS.


Oleh itu, PAS yang mewakili kumpulan Melayu sekaligus dilihat bakal pengganti Umno yang kononnya berjuang untuk orang Melayu.


Kedudukan rakyat yang semakin cerdik serta minda terbuka dengan perkembangan semasa dalam negeri dan negara tidak mudah lagi ditipu oleh Umno-BN.


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin berkata PAS kini dalam suasana menerajui perubahan serta diberi keyakinan oleh rakyat Malaysia bagi menukar harapan baru.


“Kita (PAS) dalam suasana menerajui perubahan, dalam suasana diberi keyakinan oleh rakyat Malaysia. Khususnya, oleh kaum Cina dan India untuk mereka (rakyat) menukar harapan yang selama ini mereka berikan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).


“Selama 52 tahun (merdeka) dan hari ini, mereka (rakyat) mahu melihat satu parti yang berteraskan kepada prinsip-prinsip keadilan Islam (PAS) menerajui perubahan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-35, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, dekat sini


Menurutnya, Umno dan kerajaan BN selama 52 tahun tersebut telah mengkhianati harapan orang-orang Cina, India dan sebahagian besarnya orang Melayu.


Beliau yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat yang digulingkan di Perak mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini cukup bimbang dengan perkembangan PAS.


Katanya, pemimpin Umno-BN berada dalam keadaan cukup ‘ngeri’ hingga terpaksa mengambil penasihat ‘luar’ (Yahudi) bagi mengekang PAS dan Pakatan Rakyat.


“Inilah (senario) yang paling ditakuti oleh kerajaan Barisan Nasional dan Umno duduk dalam keadaan yang cukup ‘ngeri’ (takut).


“Mereka (Umno-BN) terpaksa berhempas pulas dan dinasihati ‘orang-orang luar’ (Yahudi) bagaimana hendak menangani dan mengekang sokongan orang bukan Islam kepada PAS.


“Mereka (Umno-BN) dinasihati oleh musuh-musuh ketat kepada Islam iaitu APCO yang hari ini menasihati Umno,” tegasnya.


Dato’ Seri Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendakwa pemimpin Umno-BN mendapat nasihat APCO bagi ‘merampas’ serta menyekat hak royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan.


“Merekalah (APCO) yang bertanggungjawab tidak diberikan wang royalti kepada kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan.


“Dan mereka (APCO) juga memainkan peranan jika Umno-BN tidak menyekat sokongan orang bukan Islam kepada PAS. Maka, besar kemungkinan Umno lebih cepat dikebumikan,” jelasnya.


Justeru itu, kata beliau dalam suasana rakyat mengharapkan PAS adalah wajar ahli serta kepimpinan parti disemua peringkat mempamerkan kemesraannya.


“Apabila PAS mula diyakini, disanjung dan diberikan penghormatan oleh orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu.


“PAS disemua peringkat mesti mempamerkan kewibawaan kita (parti), mempamerkan kemesraan kita (PAS) bersama-sama seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.


Menurutnya, Umno-BN memainkan peranan menggunakan media untuk mencermin dan mencorakkan siapa PAS sehingga mempengaruhi orang-orang bukan Islam.


Katanya, Umno terpaksa memainkan peranan tersebut untuk menghakiskan sokongan rakyat dari klangan masyarakat bukan Islam kepada PAS.

Bilakah ‘rakyat akan didahulukan’?

Salam Orang Kampungku:

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu digesa agar menyelesaikan segera masalah 46 buah rumah penduduk di Kampung Habib Mohsin Kuala Kemaman yang bakal dirobohkan.

Penduduk terbabit sebenarnya merupakan saki baki dari ratusan buah rumah penduduk yang terlibat dengan mangsa hakisan ombak di Kuala Kemaman dan perpindahan ke Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sejak tahun 20000.

Ketika kerajaan PAS Terengganu memerintah sebelum ini pernah mengagihkan sebahagian besar penduduk terbabit ke RTB Kampung Fikri dan RTB Paya Berenjut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10, lalu.

Kebetulannya, Awang lama tidak balik kampung dan ketika sekali-sekala balik kampong dapat melihat serta menyelami apa permasalahan yang berlaku sebenarnya.

Awang diberitahu masih terdapat hampir 50 buah rumah penduduk yang masih tinggal menetap di tanah milik persendirian tersebut sejak lebih 40 tahun lalu.

Dilema penduduknya hari ini apabila pemilik tanah berkenaan telah mengeluarkan notis amaran bertulis agar mengosongkan hartanah tersebut pada 11 Jun 2009 lagi.

Seorang penduduk warga emas, Ismail Awang, 67, dari Kampung Habib Mohsin memohon agar kerajaan negeri menyediakan tanah-tanah lot di kawasan perpindahan di Kampung Fikri atau Paya Berenjut.

Katanya, kebimbangan penduduk kerana pemilik tanah telah beberapa kali mengarahkan secara bertulis dan lisan agar dikosongkan segera.

“Saya tinggal di sini (Kampung Habib Mohsin) sejak lebih 40 tahun lalu dan ratusan penduduk tinggal menumpang.

“Sebahagian dari kami (penduduk) telah diberi tanah lot perpindahan di Kampung Fikri dan Paya Berenjut semasa kerajaan PAS Terengganu dan sebelumnya lagi.

“Saya merayu kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat yang miskin dan tidak ada penempatan lain,” jelasnya yang dikenali dengan panggilan Pok Weil.

Beliau mengakui tidak ada pilihan lain untuk berpindah kerana tidak mempunyai tanah serta menghadapi masalah kesihatan.

Saudara Ahmad Ariffin Mohid Mohamad, 39, pekerja bengkel anak tiga berkata penduduk bukan berdegil tidak mahu pindah tetapi tidak ada pilihan.

“Saya bekerja di bengkel kereta, anak ada tiga orang dan isteri pula sering kali tidak sihat. Saya tidak ada pilihan untuk berpindah kerana tidak mampu dengan sumber kewangan.

“Saya dilahir dan dibesarkan di sini (Kampung Habib) tetapi menumpang di atas tanah milik orang lain,” ujarnya.

Beliau merayu dan memohon agar kerajaan negeri yang berslogankan ‘rakyat didahulukan’ dan ‘merakyatkan pembangunan’ menyediakan keperluan tersebut.

Katanya, penduduk sedia berpindah ke rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri.

Seorang nelayan, Mohd Alwi Jusoh, 51, tinggal bersama ibunya seorang warga emas, Puan Zainab Ismail, 70, turut menerima notis agar berpindah.

Katanya, pendapatan seorang nelayan tidak mampu untuk menyediakan rumah baru tanpa tanah penempatan.

“Saya bekerja ‘ke laut’ (nelayan) sejak dari ‘budak’ (remaja) dan tidak pandai untuk buat kerja lain untuk sara hidup diri.

“Ibu saya (Puan Zainab) juga berkerja ambil upah menyiang ikan untuk dibuat keropok lekor di kampung (Habib Mohsin) ini,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau ibunya sebagai menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menerima rumah PPRT yang disediakan kerajaan negeri.

Menurutnya, banyak kes yang berlaku penerima bantuan rumah PPRT adalah terdiri dari kalangan yang mampu serta telah mempunyai rumah kediaman masing-masing.

Encik Ali @ Salleh Mat, 65, bekerja sendiri telah menetap di atas tanah tumpang di Kampung Habib Mohsin ini sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya pun terima notis dari tuan tanah yang jadi pewaris sekarang supaya dikosongkan segera oleh semua penduduk di sini.

“Masalahnya, kami (penduduk) semua tidak ada tanah lain untuk berpindah dan kerajaan kena bantulah rakyat hari ini,” jelasnya.

Beliau yang merupakan seorang imam di Surau Kampung Habib Mohsin buntu serta bimbang masa depan keluarga kelak.

‘Dan Sebenarnya’…, penempatan di Kampung Habib Mohsin ini berlaku sejak lebih 50 tahun lalu dan kini pewarisnya menuntut agar tanah-tanah tersebut dikosongkan bagi tujuan pembangunan.

Persoalannya, kerajaan mewar-warkan ‘rakyat didahulukan…pencapaian diutamakan’. Benarkah begitu? Awang tidak boleh jawab persoalan itu tetapi yang boleh beri jawapan adalah rakyat sendiri.

Jika rakyat didahulukan kenapa masih terdapat di kalangan rakyat yang hidup susah, termiskin dan merepat di tanahair sendiri.

Kenali Pemimpin 1Malaysia


Salam Reformasi:-

Kali ini, Awang hendak mengajak saudara-saudara kita terutama di kalangan orang Melayu-Islam yang dikasihi sekalian.


Sesungguhnya, Nabi SAW pernah berpesan kepada kita semua..”Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari siksaan api neraka”.


Apa yang Awang faham dan mengerti maksudnya bukanlah sekadar ahli keluarga itu yang mempunyai pertalian darah-daging tetapi juga pertalian saudara seIslam. Sekali pun yang mengaku Islam itu sekadar ‘Islam Baka’ tetapi masih Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.


Oleh kerana, atas dasar itulah…maka, Awang tergerak hati untuk berkongsi ‘apa yang orang kata’ dan apa yang Awang terima dari rakan-rakan.


Marilah kita berkongsi pendapat dan maklumat untuk kita sama-sama mengenali siapakah sebenarnya Perdana Menteri Malaysia dari segi latar belakang serta keperibadiaanya.


Meski pun, maklumat ini tersebar sejak sebelum dia (Dato’ Seri Najib) menjadi PM lagi tetapi baru sekarang Awang hendak ajak berkongsi. Bukan apa, kerana supaya kita sama-sama dapat mengenalinya secara lebih dekat lagi.


Selepas ini, barulah kita membuat pilihan hati sama ada untuk terus menerus bersama pemimpin ini atau meninggalkannya.

Pemuda PAS Setiu, Dungun anjur demo APCO

Salam Satu Perjuangan:-

Penentangan umat Islam di negara ini terhadap syarikat yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan negara haram Israel dan bangsa Yahudi semakin menyemarak.

Penentangan demi penentangan dibuat, bantahan demi bantahan juga dibuat orang dan protes demi protes terus dianjurkan.

Semua orang Islam yang masih ada iman walau pun sikit-sikit sebesar biji sawi akan turut serta tergerak dihati untuk menyertai bantahan terhadap Israel-Yahudi itu.

Kecuali, kepada manusia yang hati-hatinya telah tertutup rapat serta jauh dari rahmat Allah SWT dan gelap-gulita hatinya dari ditembusi cahaya Allah Ta’ala.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Setiu dan Dungun masing-masing menganjurkan Himpunan Aman Membantah APCO Worldwide di dua buah masjid berasingan selepas solat Jumaat, baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya menunjukkan sikap suka kepada Yahudi.

“Umno-BN sememangnya menunjukkan sikap mereka suka kepada Yahudi. Pertama, mereka (pemimpin BN) menjalinkan kerjasama dan perjanjian dengan syarikat APCO Wolrdwide.

“Kedua, mereka (Umno-BN) telah membenarkan syarikat minuman ringan Coca-cola bertapak di Nilai, Negeri Sembilan di atas tanah wakaf Majlis Agama dan yang kita (PAS) ketahui syarikat berkenaan menjadi penyumbang utama kepada negara haram Israel.

“Ketiga, kerajaan Malaysia telah membantu Amerika Syarikat untuk menamatkan penjualan minyak dan gas kepada negara Iran kerana Iran menjadi ancaman kepada Yahudi-Israel.

“Keempat, kerajaan Malaysia tidak bersedia untuk mendesak Amerika Syarikat dan seluruh dunia supaya mengenakan sekatan terhadap Yahudi yang juga membunuh umat Islam dan mempunyai bom nukleur,” tegasnya ketika mengetuai tunjuk perasaan di perkarangan Masjid Jabi, Setiu.

Bahkan, kata beliau pertemuan antara Najib-Obama juga telah menunjukkan bahawa hubungan erat bagi menjamin kedudukan Yahudi serta mengancam kedudukan umat Islam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim menegaskan rakyat di negara ini tidak wajar lagi menyokong serta memberi wala’ kepada pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, katanya Umno-BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalinkan kerjasama serta perjanjian dengan Israel.

“Kita (rakyat) tidak boleh sokong Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) lagi kerana di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib yang secara jelas mengambil syarikat APCO Worldwide yang ada kaitan dengan pengganas antarabangsa Yahudi di Israel,” tegasnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurutnya, kumpulan tersebut sewaktu era kebangkitan Intifadhah telah berperanan serta bertanggungjawab membunuh pemimpin dan pejuang Hamas di Palestin sejak dahulu hingga sekarang.

Antaranya, kata beliau yang terkorban syahid seperti Syeikh Ahmed Yasin yang ditembak dengan peluru berpandu dari helikopter Apche ketika keluar dari Masjid selepas solat subuh.

Katanya, begitu juga dengan penganti as-Syahid Syeikh Ahmed Yasin iaitu Dr Abdul Aziz Rantisi serta ramai lagi yang diseksa dan terkorban syahid.

Malangnya, kata Dr Azman pemimpin Umno-BN telah mengambil syarikat APCO Worldwide sebagai penasihat untuk mendapat petunjuk serta memandu ke arah hala tuju masa depan negara di bawah kepimpinan Najib.

Kebetulan pada hari tersebut Awang singgah untuk bersolat Jumaat bersama dua orang anak Awang berumur 13 dan 11 tahun serta dua orang rakan dari Kuala Terengganu.

Kami singgah dan selepas sembahyang ada sedikit ucapan yang mengutuk Israel-Yahudi serta kerajaan Malaysia yang bersekongkol dengan rejim tersebut.
 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top