PAS ajak orang muda buat perubahan




‘ORANG MUDA’….merupakan aset paling ‘berharga’ dan menjadi rebutan semua pihak sama ada di kalangan orang Islam mahu pun bukan Islam.

Kata orang untuk melihat baik buruknya generasi akan datang kita kena melihat keadaan generasi hari ini terutama yang sedang memimpin masyarakat.

Adakah kita hari ini dipimpin oleh pemimpin yang berada di landasan yang betul atau bakal tergelincir serta mengakibatkan berlaku kemalangan ‘aqidah’ dan ‘kepupusan’ iman di kalangan umat Islam.

Hari ini, negara kita Malaysia yang tercinta sedang dipandu oleh seorang pemimpin yang terlalu banyak skandal dan masalah peribadi serta kepimpinannya.

Ditambah lagi, dengan pengambilan agen-agen Yahudi-Israel sebagai penasihat, wala’ yang akan memandu ‘drebar’ Malaysia untuk tempoh beberapa tahun ini.

Awang ingin sampaikan ‘apa yang orang kata’ tentang masalah tersebut agar terbuka sedikit minda rakyat setelah lebih 50 tahun negara merdeka.

‘Dan Sebenarnya’…bukan rakyat tidak tahu, bukan ahli cerdikpandai tidak tahu dan bukan mana-mana pemimpin parti dan organisasi tidak tahu akan kepincangan pemerintah hari ini.

Dengan 1001 macam masalah tetapi bila datang musim pilihan raya…parti itu juga yang diberi mandat dan peluang memandu negara ini.

Persoalannya, siapakah yang masih ‘benok’ dan ‘tolol’ itu…? Sehingga tidak boleh membuat pilihan yang tepat berdasarkan senario politik negara hari ini.

‘Dan Sebenarnya’…tidak lain dan tidak bukan adalah golongan ‘saluran satu-warga emas’ yang berada di pendalaman, pinggir bandar dan felda-felda yang sedia ada sejak 40 tahun lalu.

Golongan di saluran inilah yang sebenarnya menjadi penyokong tegar kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama di kalangan orang-orang Melayu.

Pakatan Rakyat boleh menang, PAS boleh menang, PKR boleh menang dan DAP pun boleh menang jika sepsis golongan saluran satu ini ‘pupus’ dan ‘dikembalikan’ ke tempat asalnya (kubur).

Yang menjadi masalahnya, golongan di saluran satu ini banyak yang panjang umur sehingga hampir masuk 13 kali PRU pun mereka (pengundi) masih boleh mengundi…’panjang umur’.

MAKA…harapan dan sandaran yang boleh membuat perubahan adalah golongan muda yang mutakhir ini sudah hilang kepercayaan kepada Umno-BN.

Generasi muda hari ini, baik dari kalangan orang Melayu, Cina dan India sudah tidak percayakan kepada parti gabungan Umno, MCA, MIC dan lain-lain yang membentuk Barisan Nasional.

Justeru itu, Awang pernah dengar kata-kata dari Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang mengajak orang-orang muda agar bersedia membuat perubahan berasaskan Islam.

Ini kerana, katanya perubahan perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara serta generasi akan datang dari ‘kehancuran’.

“Anak-anak muda hari ini perlu bersedia untuk membuat perubahan berasaskan Islam kerana hanya dengan agama dapat menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara dari ‘kehancuran’,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Tiga Pemuda Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan di Kampung Jeram, Teluk Pasu, dekat sini, baru-baru ini.

Namun begitu, katanya dalam perjuangan Islam akan berhadapan dengan halangan serta tentangan musuh-musuh Islam.

Menurutnya, tentangan yang paling besar dalam negara ini adalah Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memutar-belitkan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong mendakwa kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umno-BN mempunyai hubungan dengan Yahudi.

Katanya, konsep ‘1Malaysia’ itu merupakan agenda Yahudi yang cuba meresap masuk ke negara ini secara ‘senyap’ dan terancang.

“1Malaysia itu agenda Yahudi dan sebab itu, kita (PAS) ajak anak-anak muda kembali kepada Islam dan buat perubahan berasaskan Islam.

“Kita (PAS) yakin agenda Yahudi telah meresap masuk secara ‘senyap’ dalam konsep 1Malaysia yang menjadi dasar pemerintahan Dato’ Seri Najib sekarang ini,” ujarnya.

Menurutnya, konsep 1Malaysia dan Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd diragui kerana dikaitkan dengan individu-individu Yahudi di Israel.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Mohd Saad dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Mudah-mudahan generasi muda sedia buat perubahan bagi memancu negara ini ke arah perjalanan yang ‘selesa’, ‘aman’ dan ‘tenteram’.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top