DAP buat kejutan menang di Sibu

Salam Malaysia Timur:-
Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) membuat kejutan menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei lalu.

Calonnya, Encik Wong Ho Leong berjaya merampas kerusi lima penggal milik Barisan Nasional (BN) dengan memperolehi 18,845 undi sekaligus menewaskan dua lawannya, Robert Lau Hui Yew (BN) yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron memperolehi 232 undi serta hilang wang pertaruhannya.

Sekali pun DAP menang dengan majoriti kecil 398 undi tetapi dikira berjaya menumbangkan ‘gergasi’ BN yang mempunyai segala kekuatan jentera serta kewangannya.

Berdasarkan maklumat kempen dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh jentera kempen parti Pakatan Rakyat sokongan rakyat jelas memihak kepada DAP.

Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata sepanjang tempoh berkempen sambutan rakyat terhadap DAP dan Pakatan Rakyat sangat baik.

Menurut beliau, setiap malam diadakan ceramah berkelompok turut mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat serta pengundinya.

Katanya, jentera kempen juga lebih tertumpu kepada kunjungan rumah ke rumah serta bertemu secara langsung dengan para pengundi di tiga buah Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sibu.

“Saya lihat sepanjang tempoh berkempen di sini (Sibu) sambutan rakyat dan pengundi setempat kepada DAP dan Pakatan Rakyat cukup baik.

“Saya yakin DAP boleh membuat kejutan untuk menang kali ini di Sibu kerana rakyat sudah matang dengan ‘mainan’ Barisan Nasional (BN),” jelasnya.

Menurutnya, pilihan pengundi telah ada dan hanya menunggu masa untuk mengundi calon DAP-Pakatan Rakyat pada 16 Mei lalu.

Beliau menjelaskan isu kempen tertumpu pada masalah rasuah, penyelewengan, pembaziran, kemiskinan serta kemudahan asas yang tercicir.

Katanya, masyarakat Cina, Melayu/Melanau dan Iban di Sibu sebelum ini kurang diberi perhatian oleh kerajaan BN Sarawak.

Pilihan raya kecil Sibu mempunyai seramai 54,695 pengundi berdaftar yang terdiri dari 66.7 peratus pengundi Cina, 22.1 Iban, 10.5 peratus Melanau Melayu dan lain-lain 0.7 peratus.

Kemenangan DAP di Sibu mengejutkan parti lawan sekaligus menamatkan penguasaan lima penggal oleh wakil rakyat BN di kawasan yang mempunyai 2,537 pengundi pos sebagai ‘deposit’ tetap Barisan Nasional.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu terpaksa diadakan ekoran kematian penyandangnya, Dato’ Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

‘Dan Sebenarnya’…Calon BN, Robert Lau Hui Yew hanya mempunyai kelebihan tiga peratus berbanding calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu kali ini.

Menurut sebuah NGO yang menjalankan kajian mikro persepsi kepercayaan politik di parlimen itu, Zentrum Future Studies, BN unggul di depan dengan sokongan 51.6% peratus undi berbanding DAP hanya 48.2 peratus dan calon Bebas pula hanya mendapat 0.5 peratus sokongan.

Berdasarkan jangkaan tersebut, calon Bebas Narawi Haron yang pada mulanya yakin mendapat sekurang-kurangnya 4,000 undi akan hilang wang pertaruhannya.

Pengaruh kedua-dua pihak bagaimana pun turun-naik dan pernah sekali seimbang sepanjang tempoh pengundian antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada 16 Mei lalu.

Pada jam 2.30 petang pula, Zentrum melaporkan di laman sosial Facebook-nya, BN hanya di depan tidak sampai satu peratus dengan sokongan 50.6 peratus undi berbanding DAP yang hanya mendapat 49 peratus. Dan calon Bebas pula hanya mendapat 0.4 peratus sokongan.

Sebelum itu, pada jam 12.30 tengah hari tersebut keadaan agak berbeza apabila kedua-dua parti bertanding kelihatan mempunyai kekuatan yang seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan memperoleh 49.2 peratus dan bebas 1 peratus.

Meski pun pada sebelah paginya, ketika pusat pengundian baru dua jam dibuka pada jam 8 pagi, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2 peratus dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

Diasaskan oleh pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah, Zentrum mula terkenal tahun lalu apabila kerap diundang menyampaikan kajian mereka, terutamanya di pentas pembangkang.

Apa pun, rakyat dan pengundi di Sibu sudah matang dan boleh berfikir dengan baik meski pun ditabur dengan pelbagai janji dan habuan jika BN menang.

Maknanya, rakyat Sibu di Sarawak telah mula belajat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu jika ‘BN beru duit ambil, BN beri gula kacau, BN beri kain pakai, TETAPI…Undi beri pada DAP atau Pakatan Rakyat’.

Maknanya lagi, jika di Hulu Selangor BN menang dengan kos RM100 juta tetapi di Sibu pula BN kalah dengan kos melebihi RM100 juta.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top