Pamerkan kewibawaan PAS

Salam Satu Perjuangan:-


Ahli serta kepimpinan PAS disemua peringkat disarankan agar dapat mempamerkan kewibawaan bagi melaksanakan agenda parti untuk menerajui perubahan di negara ini.


Rakyat seluruhnya yang terdiri dari kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India kini memberi kepercayaan serta menaruh keyakinan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.


Ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, berlaku tsunami yang besar dan rakyat telah memberi kepercayaan cukup kuat tanpa berbelah bahagi besar dan tanpa was-was kepada PAS.


Oleh itu, PAS yang mewakili kumpulan Melayu sekaligus dilihat bakal pengganti Umno yang kononnya berjuang untuk orang Melayu.


Kedudukan rakyat yang semakin cerdik serta minda terbuka dengan perkembangan semasa dalam negeri dan negara tidak mudah lagi ditipu oleh Umno-BN.


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin berkata PAS kini dalam suasana menerajui perubahan serta diberi keyakinan oleh rakyat Malaysia bagi menukar harapan baru.


“Kita (PAS) dalam suasana menerajui perubahan, dalam suasana diberi keyakinan oleh rakyat Malaysia. Khususnya, oleh kaum Cina dan India untuk mereka (rakyat) menukar harapan yang selama ini mereka berikan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).


“Selama 52 tahun (merdeka) dan hari ini, mereka (rakyat) mahu melihat satu parti yang berteraskan kepada prinsip-prinsip keadilan Islam (PAS) menerajui perubahan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-35, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, dekat sini


Menurutnya, Umno dan kerajaan BN selama 52 tahun tersebut telah mengkhianati harapan orang-orang Cina, India dan sebahagian besarnya orang Melayu.


Beliau yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat yang digulingkan di Perak mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini cukup bimbang dengan perkembangan PAS.


Katanya, pemimpin Umno-BN berada dalam keadaan cukup ‘ngeri’ hingga terpaksa mengambil penasihat ‘luar’ (Yahudi) bagi mengekang PAS dan Pakatan Rakyat.


“Inilah (senario) yang paling ditakuti oleh kerajaan Barisan Nasional dan Umno duduk dalam keadaan yang cukup ‘ngeri’ (takut).


“Mereka (Umno-BN) terpaksa berhempas pulas dan dinasihati ‘orang-orang luar’ (Yahudi) bagaimana hendak menangani dan mengekang sokongan orang bukan Islam kepada PAS.


“Mereka (Umno-BN) dinasihati oleh musuh-musuh ketat kepada Islam iaitu APCO yang hari ini menasihati Umno,” tegasnya.


Dato’ Seri Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendakwa pemimpin Umno-BN mendapat nasihat APCO bagi ‘merampas’ serta menyekat hak royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan.


“Merekalah (APCO) yang bertanggungjawab tidak diberikan wang royalti kepada kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan.


“Dan mereka (APCO) juga memainkan peranan jika Umno-BN tidak menyekat sokongan orang bukan Islam kepada PAS. Maka, besar kemungkinan Umno lebih cepat dikebumikan,” jelasnya.


Justeru itu, kata beliau dalam suasana rakyat mengharapkan PAS adalah wajar ahli serta kepimpinan parti disemua peringkat mempamerkan kemesraannya.


“Apabila PAS mula diyakini, disanjung dan diberikan penghormatan oleh orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu.


“PAS disemua peringkat mesti mempamerkan kewibawaan kita (parti), mempamerkan kemesraan kita (PAS) bersama-sama seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.


Menurutnya, Umno-BN memainkan peranan menggunakan media untuk mencermin dan mencorakkan siapa PAS sehingga mempengaruhi orang-orang bukan Islam.


Katanya, Umno terpaksa memainkan peranan tersebut untuk menghakiskan sokongan rakyat dari klangan masyarakat bukan Islam kepada PAS.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top