Terengganu kedua rakyat mudah miskin teramai

Salam Untuk Semua:


Terengganu negeri pengeluar minyak dan gas terkaya di negara ini tetapi masih mempunyai kadar kemiskinan tegar, miskin dan mudah miskin yang ketara.

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu kali ini didedahkan bahawa negeri ini masih berada di tempat kedua rakyatnya bagi kategori mudah miskin di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Ashaari Idris berkata Terengganu masih ditangga kedua kategori rakyatnya mudah miskin.

Manakala, katanya kategori rakyat miskin juga masih kekal ditangga ketiga dan miskin tegar ditempat kelima.


“Berdasarkan kajian terbaru negeri Terengganu berada ditangga kelima daripada tempat kedua sebelum ini bagi kategori miskin tegar.


“Kategori miskin masih kekal ditangga ketiga, dan ditangga kedua bagi ketegori yang mudah miskin,” jelasnya ketika menggulung Persidangan Dun Terengganu, di Wisma Darul Iman, 8 April lalu.

Menurutnya, mengikut pecahan daerah pula yang termiskin di Besut 813 orang, Kuala Terengganu (663), Setiu (471), Dungun (185), Hulu Terengganu (139), Marang (80) dan Kemaman (63) orang.

Katanya, Terengganu negeri pertama berjaya keluar begitu ramai dari senarai orang termiskin (miskin tegar) kepada miskin iaitu seramai 1824 dari 3182 orang.

“Laporan yang terbaru kedudukan hal Terengganu bagi membasmi kemiskinan ini berbanding akhir tahun 2009, kita (Terengganu) masih ada 10,268 orang yang miskin berbanding akhir tahun lepas (2009) kita (Terengganu) ada 9,924 orang dan meningkat sedikit.

“Dan yang mudah miskin, kita (Terengganu) ada 14,107 orang berbanding dengan 14,121 orang sebelum ini.

“Dan yang sudah berjaya kita (Terengganu) keluar dari kemiskinan seramai 1,600 orang berbanding pada akhir tahun lepas 2009 ialah 574 orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mahukan penjelasan kerajaan negeri kadar indeks mengukur bagi kemiskinan dan kemiskinan tegar.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top