Umno & Judi: ‘Dulu, Kini & Selamanya’

Salam For All:


SEMALAM (kelmarin)…Hari Jumaat 21 Mei 2010, cuaca sangat panas dan peluh di bawah mentari hingga ke tumit kaki.


‘Dan Sebenarnya’…telah berlaku di seluruh negara ada pihak dari sebuah parti politik Islam yang menganjurkan demontrasi secara aman sebagai tanda protes terhadap kelulusan lesen judi bola kepada pihak Berjaya Group.


Isu ini menjadi hangat dan sensasi apabila seorang Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Awang Adek yang ‘bodoh’ lagi ‘tolol’ dari Kelantan membuat kenyataan kerajaan Malaysia akan meluluskan lesen judi kepada taukeh judi Berjaya Group.


Langkah ‘melesenkan’ judi bola sepak menjelang piala dunia itu seolah-olah kerajaan 1Malaysia Najib-Rosmah telah menghalalkan yang HARAM.


Tindakan ‘gila’ bapak menteri itu kononnya mahu menyekat Judi ‘HARAM’ dipasaran gelap dan apabila dilesenkan sudah tentu akan jadi Judi ‘HALAL’.


Maka, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) telah mengarahkan seluruh Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri agar mengadakan Perhimpunan Aman Membantah Lesen Judi Bola yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia.


Sehubungan itu, 1000 umat Islam di Terengganu berkumpul di hadapan Masjid Pengadang Baru bagi menyatakan sikap serta bantahan terhadap isu tersebut.


Himpunan secara aman itu diadakan kira-kira jam 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Antara pimpinan PAS Terengganu yang berucap menyatakan bantahan tersebut iaitu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizol Wan Abas, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali.


Manakala, pimpinan Pakatan Rakyat yang turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Faris Muda.


Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar ditaati kerana menganjurkan kemungkaran dalam beragama.


Malah, katanya pemimpin Umno-BN tersebut harus ditentang kerana meluluskan lessen judi yang bertentangan dengan perintah Allah SWT.


“Kita (PAS) ingin menyatakan sikap dan pendirian kita (umat Islam) dengan sekeras-kerasnya bahawa, kita (PAS) menentang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini.


“Mereka (pemimpin Umno-BN) telah menghalalkan perjudian yang merupakan suatu kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah SWT.


“Walau pun, ajaran Islam mengajar taat kepada pemimpin tetapi pemimpin Umno dan Barisan Nasional hari ini adalah pemimpin yang harus ditentang kerana keputusan yang mereka (Umno) buat itu bertentangan dengan perintah dari Allah SWT,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap bagi menyatakan bantahan dalam Perhimpunan Aman Membantah Lesen Judi Bola di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, 21 Mei lalu.


Kata Yahaya, sekiranya perjudian ini diteruskan bakal mengundang kerosakkan kepada umat manusia dan rakyat seluruhnya.


Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan pemimpin Uno dan kerajaan Barisan Nasional bersikap biadap terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.


Katanya, bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini sedar dan benci terhadap semua jenis perjudian yang diharamkan oleh Allah Ta’ala.


"Demo kita (PAS) pada hari ini untuk menyatakan kebencian dan kemarahan umat Islam. Bahkan, rakyat seluruhnya.


“Kita (PAS) menentang kelulusan lesen judi yang dibuat oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional. Sikap yang sangat biadap terhadap agama.


“Waktu, mereka (Umno) menyatakan mereka memperjuangkan bangsa Melayu, memperjuangkan agama tetapi diwaktu yang sama, mereka (Umno) menyakiti bangsa Melayu yang bangsa Melayu sedar judi itu adalah haram,” tegasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong mendakwa kemungkinan Umno-BN mendapat bantuan serta ‘habuan’ besar dari taukeh judi di negara ini.


Katanya, taukeh-taukeh judi tesrebut telah membelanjakan sejumlah wang yang besar kepada pemimpin Umno-BN setiap kali pilihan raya.


“Umno mungkin mendapat bantuan dan ‘habuan’ besar daripada taukeh-taukeh judi dalam pilihan raya.


“Oleh itu, tidak ada cara lain untuk mereka (Umno) membalas budi kepada taukeh-taukeh judi yang telah membelanjakan jumlah wang yang besar dalam setiap kali pilihan raya,” ujarnya.


Menurutnya, perjudian bukan sahaja dibenci dan diharamkan oleh Islam tetapi turut ditentang oleh bangsa bukan Melayu dan penganut agama lain.


Sementara itu, Ketua AMK Terengganu, Faris Musa berkata tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak meluluskan lesen judi merupakan suatu kesilapan besar.


Ini, katanya secara jelas menggambarkan sikap serta wajah pemimpin sebenar Umno-BN yang meletakkan agama di bawah ‘tapak kaki’.


“Inilah wajah dan sikap Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas terbukti bahawa agama dia (pemimpin) letak bawah ‘tapak kaki’.


“Inilah sikap Umno-BN yang dipimpin oleh ‘agen’ Yahudi di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,” ujarnya.


Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat menyatakan pendirian parti menentang bersama-sama dengan Pemuda PAS terhadap kelulusan lesen judi tersebut.


Malah, menurutnya tindakan pemimpin Umno-BN yang meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group itu merupakan kesilapan besar Najib.


“Rakyat harus menyatakan pendirian untuk menolak segala tindakan kelulusan lesen judi oleh Umno-BN kepada Berjaya Group.


“Kami (AMK) akan bersama dengan Pemuda PAS untuk bangkit menentang sehingga lesen judi ditarik balik dan dibatalkan.


“Tindakan pemimpin Umno-BN meluluskan lesen judi itu adalah suatu kesilapan besar Najib dan tindakan yang bodoh, biadap, tidak bermoral dan tidak berakhlak,” jelasnya.


Perhimpunan secara aman tersebut berakhir dengan bacaan doa oleh Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini serta aman.

Justeru itu, Awang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penganjurnya yang berjaya membangkitkan semangat orang Melayu Islam dengan kesedaran Islam.


Bagi Awang, sesungguhnya amatlah rugi kepada sesiapa sahaja yang sengaja tidak mengambil peluang berdemontrasi kecuali yang benar-benar uzur serta tidak dapat dielakkan.


Sesungguhnya, pahala di sisi orang yang mencegah kemungkaran dan maksiat itu amatlah besar dan amatlah rugi kepada sesiapa yang hanya berpeluk tubuh sahaja kerana ‘takutkan’ manusia.

1 comments:

abu muaz berkata...

Hancur apco

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top