16 Syahid di serang Israel Laknat

Salam Syuhada:-

Semalam (31 Mei 2010), dunia dikejutkan dengan tindakan jahat, gila babi, biadap, tolol dan sebagainya yang ‘sewaktu’ dengannya apabila tentera komando Israel-Yahudi menyerbu dan menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin.

Rombongan tersebut merupakan sebahagian dari misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Awang difahamkan, seramai dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara iaitu kapal utama Flotila bersama enam kapal lain yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka itu termasuk dari anggota Yayasan Amal Malaysia (Amal) yang diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Haji Jamuluddin Elias serta beberapa ahli Amal yang lain.

Turut serta dalam rombongan tersebut dua wartawan sebuah televisyen berbayar Astro Awani iaitu Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip.

Manakala, Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam buah Badan Bukan Kerajaan (NGOs) dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan Palestin yang diketuai oleh Noorazman Shamsuddin, Aqsa Syarif, Yayasan Amal Malaysia (Hj Jamuluddin), Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meri, Dr Abd Rani Osman yang kini berada di Instanbul, Turki mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh dan terkorban ‘syahid’ dalam serangan ganas tersebut.

Manakala, puluhan lagi cedera dalam serangan itu. Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan akan di bawa ke Haifa dan bukan ke Asdod untuk mengelakkan dari liputan para wartawan yang sedang menunggu di sana (Asdod).

Israel juga dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla serta dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi tersebut.

Menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel dan laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Cis!! Sungguh jahat dan kejam serta bersifat kebinatangan. Patutlah, bangsa Yahudi ini dilaknat oleh Allah SWT kerana tidak berperikemanusiaan.

Tapi, apa yang Awang hairan dan dukacita kerana berlaku perkara ‘pelik bin ajaib’ apabila di Malaysia tanahairku ini pemimpinnya ‘sukakan’ bangsa Yahudi itu.

Hendak nafi macam mana lagi jika Malaysia menjalinkan persefahaman dan kerjasama dengan syarikat dari Yahudi iaitu APCO Worldwire hanya untuk baiki imej PM, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Bahkan, wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan dunia termasuk Malaysia. Tapi Awang tidak tahulah jenis terkejut ‘beruk’ atau terkejut ‘kera’ pemimpin 1Malaysia itu.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka (peserta) adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal.

Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki dan beberapa buah negara di dunia hari ini mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka (mangsa) di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah diputuskan oleh komando Israel.

Usaha untuk menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil. Manakala, dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu sebelum serangan berlaku pada awal pagi tersebut.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan berlegar," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel ‘laknatullah’ enggan mengulas laporan tersebut dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal berkenaan membawa lebih 700 penumpang iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Sama-samalah kita (rakyat) doakan akan keselamatan saudara kita yang kini berada dalam kritikal dan tidak menolak kemungkinan kematian lebih ramai lagi termasuk, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (Amal), Hajin Jamuluddin Elias.

Untuk makluman, Jamuluddin Elias merupakan kenalan lama dan kenalan baik Awang sejak Unit Amal mula-mula ditubuhkan 17 tahun lalu dan kami pernah bersama dalam program Jambori Amal dan sebagainya.

Akan Awang lanjutkan lagi cerita kenangan Awang bersama beliau sebelum menyertai misi tersebut dan semoga beliau diberikan ‘kemenangan syahid’ yang menjadi ‘cita-cita kami’…Insya’Allah.

Takbir…ALLAH AKBAR!!

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top