Harun Taib kembali bersemangat



Salam For All:


Beberapa hari lalu, Awang menerima kiriman beberapa keping gambar Ketua Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib yang hadir serta mengendalikan mesyuarat parti di Kijal, Kemaman.

Selepas hampir empat bulan beliau ‘berehat’ setelah terkena ‘mines stroke’ (angin ahmar ringan) kini kembali dengan lebih bersemangat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu kini mula turun ‘padang’ bertemu dengan ahli dan masyarakat setempat di seluruh negeri.

Terbaru, Ustaz Harun bersama Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dilihat minum pagi di sebuah kedai kopi di Kijal, Kemaman dalam rangka program Al-Falah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal, baru-baru ini.

Program Al-Falah tersebut merupakan persiapan PAS Terengganu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang diadakan di seluruh negeri mengikut MTD masing-masing.

Ustaz Harun berkata keadaan kesihatannya semakin baik, beransur pulih serta lebih bersemangat setelah hampir empat bulan ‘berehat’.

“Saya rasa sekarang keadaan semakin baik dan rasa lebih bersemangat untuk berdepan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita (PAS) sentiasa perkemaskan jentera pilihan raya kerana menjangkakan pilihan raya umum kurang dari dua tahun dari sekarang,” ujarnya kepada member Awang yang kebetulan turut berada di sana (Kijal-Kemaman).



Menurutnya, sepanjang ‘percutian’ selama hampir empat lalu aktiviti parti berjalan dengan baik kerana telah disusun lebih awal.

Awang difahamkan setiap minggu Dewan Harian PAS Terengganu mengadakan mesyuarat serta kunjungan di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) mengikut giliran MTD-MTD terbabit.

Pelbagai aktiviti parti diatur bermula dengan minum pagi pemimpin bersama rakyat, mesyuarat, lawatan ke Dun dan Ceramah Perdana.

Tahniah dan syabas…Awang ucapkan kepada PAS Terengganu. Jika hendak menang itulah yang sepatutnya dibuat dan kena buat.

Kita bukan bercakap atas kertas atau buat culaan atas tilam di rumah tetapi kena turun ‘padang’ bertemu dan berjumpa rakyat.



Rakyat bukan hendakkan duit wakil rakyat PAS tetapi cukup sekadar mereka (rakyat) dapat melihat batang hidung pemimpin yang jadi wakil rakyat dia (pengundi).

Awang rasa, jika pemimpin PAS pergi sembang dan minum-minum dengan rakyat setiap hari pun belum tentu wakil rakyat yang bayar. Silap-silap tidak sempat tok wakil bayar, ada orang telah bayar. Begitulah mesranya rakyat dengan pemimpinnya.

Apa yang penting….’kerjasama’ kata tiga ekor binatang kartun itik, kura-kura dan arnab yang terkenal ‘wonder pets’. Kerjasama penting antara rakyat dengan pemimpin.dan kerjasama penting antara tok wakil dengan pengundinya.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top