Blogger GAP upahan Umno ‘mulut lembek’







Salam For All…
SEJAK musim ‘deman’ pilihan raya kecil di P94 Hulu Selangor baru-baru ini Awang perhatikan Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP sangat-sangat menjadi sasaran ‘serangan’ dari kumpulan Blogger Upahan Umno-BN atas nama ‘Gerakan-Anti-PKR’.

Bahkan, rangkaian dari kumpulan ini kadang-kalanya berhujah secara ‘akal-bodoh’ mereka sendiri serta jahil yang menyimpang dari kebenarannya.

Pimpinan pembangkang yang paling dimusuhi oleh para blogger tersebut seperti Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang dan ramai lagi yang jadi sasaran gilanya.

Awang bukan marah tetapi kadang-kala terasa juga untuk bersuara bagi membetulkan keadaan supaya tulisan dan cemuhan dari puak blogger ‘celaka’ ini kata Tok Guru Nik Aziz tidak ‘termakan’ oleh orang awam yang sempit mindanya.

‘Dan Sebenarnya’…para blogger tersebut bukannya tidak tahu hakikat kebenaran sebenar tetapi oleh kerana ‘cari makan’ dan ‘makan upah’ terpaksa buat jugalah untuk memenuhi kehendak ‘bossnya’ di kalangan pemimpin Umno-BN.

Sejak mutakhir ini, Awang lihat dan amati banyak hujah dan pendedahan yang dibuat oleh para blogger murahan ini terpesong dari kebenaran yang berlaku.

Dan sukalah Awang sifatkan kepada semua para blogger tersebut sebagai ‘Blogger Mulut Lembek’ yang cakap merapu dalam tulisan dan penulisannya.

Cuba kita perhati dan lihat salah satu petikan dari tulisan yang pernah disiarkan oleh para blogger GAP dan yang sewaktu dengannya terhadap Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dalam isu Sultan Selangor.

Tok Guru Nik Aziz apabila ditanya wartawan tentang larangan cakap politik di masjid dan tidak disebut pihak mana yang bercakap dan mengeluarkan larangan tersebut.

Jawapan sepontan Tok Guru, politik dengan agama tidak boleh dipisahkan dalam Islam kerana tuntutan Islam mesti disekalikan. Orang yang masih berpendirian ‘politik suku, agama suku’ adalah pemikiran penjajah.

Maknanya, jika pemimpin Umno yang mengeluarkan ‘larangan’ tersebut maka itu mewakili kefahaman penjajah yang tidak mahu melihat umat Islam maju dan boleh memerintah.

Soal Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi semua negeri-negeri di Negara yang tercinta ini itu soal lain tetapi hakikat kehendak Islam adalah sedemikian rupanya.
Dan ada betulnya juga jika Sultan yang benar-benar taat dengan Islam sebagai Ketua Agama tidak benarkan Institusi Masjid dijadikan ‘gelanggang’ politik kerana selama ini Umnolah yang mempergunakan Institusi Agama untuk kepentingan politik murahannya.

Pemimpin Umno mengambil sebahagian dari ajaran Islam dan meninggalkan sebahagian lagi dari ajaran agama untuk kepentingan politik sempitnya.

Sebelum ini, Awang pernah siar ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibuat kira-kira 25 tahun lalu tentang ‘politik suku, agama suku’ ini. (Sila Rujuk Kembali).

Maka, terkeluarlah kata-kata biadap para blogger GAP terhadap Dato’ Nik Aziz yang marah kononnya Tok Guru ‘derhakakan’ Raja-raja dan arahan Sultan.

Seperti katanya, “jangan melampau la pakatan. jangan melampau la nik ajis ! dulu masa sultan kelantan gering kau langsung tak melawat sultan kat singapura. bila sultan kelantan balik kau pura-pura sakit sembunyikan diri..hari ini kau nak cari pasal pulak dengan titah tuanku sultan selangor ! jangan kurang ajar dengan sultan melayu !
‘JANGAN BIADAP DENGAN SULTAN AKU !’

Begitulah, serba-sedikit petikan dari tulisan GAP yang Awang sifatkan ‘berpura-pura’ kerana sebenarnya pemimpin Umno-BN yang ‘musuhi’ Sultan dan Raja-raja Melayu secara halus dan senyap.

Kita tidak lupa, bagaimana mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad ‘menelanjangkan’ Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu dengan ‘mencabut’ kuasa imuniti Raja-raja. Adakah kita lupa sejarah tersebut.

Awang yakin dan percaya Sultan yang baik dan Raja yang beriman akan tetap mengingati sejarah tersebut tentang apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN waktu itu.

Begitu juga di Kelantan, mereka (Anwar Musa) pernah menabalkan ‘Sultan’ lain untuk diiktiraf ketika krisis tersebut berlaku dan kebanyakkan mereka masih hidup hari ini.

Dan para blogger upahan Umno-BN ini juga yang melakukan kerja-kerja ‘super imppose’ terhadap foto calon PKR-Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, Dato’ Zaid Ibrahim dengan tangan memegang botol arak.

Inilah kerja bodoh para blogger Umno-BN dan idea pemimpin gerak-saraf Umno-BN yang juga ‘kaki botol’, ‘kaki betina’, ‘kaki judi’ dan ‘kaki rasuah’ yang berlagak ‘alim-alim tahi kucing’.

Pendedahan yang dilakukan seolah-olah mereka ‘suci’ sedangkan kumpulan ini lebih teruk lagi mabuknya dari Dato’ Zaid. Sumber Awang ada memberitahu mereka ini hiporkrit.

Begitu juga dengan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Agama Selangor iaitu Dato’ Dr Hassan Ali yang dikatakan derhaka dengan titah Sultan Selangor dan baca khutbah politik atas masjid.

Mereka (blogger) cuba buat satu isu agar rakyat rasa tidak selesa, marah dan benci kepada pemimpin PAS-Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor.

Antara fitnah yang dibuat sebagaimana petikan juga dari laman ‘GAP’ yang menuduh perkara bukan-bukan dan fitnah.

Seperti katanya,”Khutbah dan solat jumaat hari ini di Masjid Assalam Bukit Beruntung yang dipimpin oleh Hassan Ali tidak sah dan jemaah terpaksa mendirikan Solat Zohor.

”Semuanya kerana keghairahan Hassan Ali 'berceramah' politik atas Mimbar hingga terlupa membaca Selawat Nabi dalam khutbah tersebut.

”Selawat Nabi adalah salah satu rukun dalam khutbah dan hukumnya WAJIB. Apabila satu hukum wajib tertinggal maka tidak sah lah Ibadat tersebut,”.

Ungkapan dan tulisan tersebut berupa fitnah, ‘mulut lembek’, jahat dan khianat. Patutnya, boleh dikerat lidah para blogger tersbut dan diberi makan kepada ‘anjing-anjing’ di hutan atau di Zoo.

Akhirnya, Dato’ Dr Hassan Ali mengambil keputusan buat report polis serta menyaman mana-mana akhbar terutama ‘Utusan Meloye’ dan pemimpin Umno-BN yang buat fitnah.

Semoga, ada kebenaran yang berpihak kepada golongan Islam meski pun hari ini rakyat kurang percaya dengan sistem kehakiman dan mahkamah di Malaysia hari ini.

Kepada para blogger ‘mulut lembek’ ini Awang nasihatkan kembalilah kepangkal jalan kerana anda telah tersesat jauh dari kebenaran beragama dan beretika seorang muslim. Jika anda kaki segala kaki tadi harap berhentilah dan bertaubatlah segera sebelum kamu dan pemimpin kamu dikafankan, Insya’Allah.

Awang harap para Blogger juga tidak jadi seperti seekor beruk yang dapat bunga dan akhirnya rosak semua sekali.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top