Orang Cina Sudah ‘Berani’



ADA ORANG beritahua Awang bahawa PAS kini semakin diyakin serta menjadi harapan baru kepada rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Tembok ‘halangan’ yang dicipta oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi menjauhkan golongan bukan Islam dari PAS telah berjaya dirungkai.

Sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Awang perlu dapat kepastiannya terlebih dahulu. Sebab, ‘apa yang orang kata’ kadang kalanya ada kebenarannya.

Awang tidak mahu apa yang diperkatakan itu sekadar retorik dan buat sedap mulut bercakap, mata memandang dan telinga mendengar. Hakikatnya, hati membengkak dan menanah kerana apa yang diperkatakan itu seperti ‘cakap tidak serupa bikin’.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dan terang lagi, Awang sendiri pernah jumpa dengan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat ketika menghadiri Karnival Hari Keluarga Dun Chukai, baru-baru ini.

Jadi malaslah Awang hendak ulas banyak-banyak Cuma hari ini Awang lakarkan sahaja apa yang dia (Hanafiah) cakap (jawab) dan apa yang Awang tanya (soal) pada waktu kami duduk bersembang di tepai laut di pantai Geliga Besar.

Soalan (S)-Boleh perjelaskan bagaimana sikap pengundi bukan Melayu khususnya di kalangan masyarakat tionghua di Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 ini?

Jawapan (J): Orang Cina di Terengganu hari ini terutama selepas PRU Ke-12 tahun 2008, mempunyai sedikit keberanian kedepan kerana setiap majlis yang kita (PAS) anjurkan ini di Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun sambutannya sangatlah baik. Saya rasa kemungkinan besar, pengundi-pengundi Cina ini mendapat maklumat daripada rakan-rakan mereka di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Dan mereka merasakan tidak berlaku penindasan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Program terakhir, seminggu lalu (23 Mac) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng kita (PAS) berjaya mengumpul hampir 1000 orang dari kalangan masyarakat tionghua di Kuala Terengganu. Program petang iaitu Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pimpinan PAS berjaya mengumpul 600 orang dan Majlis Makan Malam seramai 400 orang tionghua. Selepas program itu, saya mendapat maklumat di kalangan mereka (Cina) yang bercakap sangat menaruh keyakinan tentang kerajaan Pakatan Rakyat ini yang menjaga kebajikan rakyat. Tiga perkara diutamakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu menjaga hak rakyat, dengar suara rakyat dan memberi harapan baru kepada rakyat. Saya rasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang ini akan berlaku perubahan besar di Terengganu. Dan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai ini jika pengundi Cina memberi sedikit lagi ‘sumbangan’ atau ‘undi’ mereka kepada PAS. Saya yakin Dun Chukai ini kita (PAS) akan menang, Insya’Allah.

S: Apa pendekatan yang dibuat dan berapa banyak Kelab Penyokong PAS di Terengganu?

J: Kita (PAS) di bawah Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu secara umumnya telah tubuh secara rasminya disemua kawasan yang ada orang Cina. Sama ada di Chukai Kemaman, di Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Jertih di Besut. Setiap kali, kita mengadakan program sambutan menggalakkan di kalangan masyarakat tionghua. Saya selaku pengerusi lajnah ini mengambil pendekatan baru apabila berlaku kematian di kalangan orang bukan Islam terutama orang tionghua, saya akan turut menziarahi keluarga si mati tersebut. Sebelum ini, Umno tidak pernah buat dan apabila kita (PAS) berada bersama dalam Pakatan Rakyat hal yang sedemikian kita (PAS) lakukan dan tidak menjadi masalah.

S: Pengundi Cina sama juga dengan pengundi Melayu di Terenggau. Apabila berlaku sogokan atau ‘beli undi’ dalam pilihan raya rakyat mudah termakan. Bagaimana cara mengatasinya?

J: Ya, saya melihat sama dengan orang Melayu dan yang nampak ketaranya ditiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Chukai-Kemaman, Dun Bandar-Kuala Terengganu dan Dun Jertih-Besut. Dan orang Cina yang duduk di dalam ketiga-tiga Dun tersebut boleh dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan, berniaga dengan kerajaan dan jika kerajaan ugut dia (pengundi)..dia (Cina) akan bersama-sama dengan kerajaan. Tetapi, dalam masa yang sama juga kita (PAS) cuba masuk dengan cara yang halus dan kita melakukan hubungan yang sangat baik dengan dia (pengundi) supaya dalam pilihan raya akan datang bukan sekadar undi kepada parti tetapi dia (pengundi) rasa simpati kepada calon itu sendiri. Sebab itu, saya sentiasa bersama-sama dengan orang Cina ini di mana-mana sahaja sehingga ramai orang Cina mengenali saya hari ini. Dalam majlis-majlis keramaian dan majlis-majlis besar saya mesti hadir bersama meraikan mereka. Begitu juga di Dungun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli pun baik dengan orang Cina. Kita kena menjadi kawan kepada orang Cina.

S: Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional. Apakah perancangan sebagai persiapan menghadapi PRU Ke-13 yang dibuat untuk mendekati golongan (tionghua) tersebut?

J: Pertama, saya mengambil pendekatan memasyarakatkan PAS di kalangan orang Cina. Kedua, merealisasikan keputusan PAS Pusat mahu menjadikan Negara Berkebajikan dilaksanakan juga di kalangan masyarakat bukan Islam. Kedua-dua perkara tersebut telah dilaksanakan dan saya yakin dia (pengundi Cina) akan memberi simpati kepada kita (PAS).

Kesimpulannya, Awang harap dan orang lain pun berharap agar apa yang Tuan Haji Hanafiah perkatakan itu benar dengan apa realiti yang berlaku di negeri Terengganu hari ini. Sebab, kita jangan ingat Umno-BN yang ‘lemah’ dan ‘cedera’ ini mudah untuk menyerah kalah.

Awang kenal sangat sebab puak-puak (Umno-BN) ini memang nampak macam sudah ‘mati pucuk’ tetapi bila kena ‘viagra’ (duit) segar selalu. Maka, yang ‘capek’ datang bertongkat, yang ‘buta’ berpimpin tangan, yang ‘kurap’ asyik menggaru dan yang ‘panas’ sejuk berlalu.

Maka, bila datang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang…ingat-ingatlah hasrat rakyat untuk berubah…ingat-ingatlah kemahuan pengundi hendak melihat Pakatan Rakyat adalah pakatan yang benar-benar meruntum kemenangan di Terengganu Darul Iman.

INGAT-INGAT DEH…

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top