MASIHKAH KAU INGAT!!.. diawal tahun 80-an dengan satu ungkapan yang tulus ikhlas yang keluar dari mata hati seorang ulama’ muda dari lepasan al-Azhar Mesir.
Pada waktu itu, masyarakat umat Islam di negeri Terengganu Darul Iman dan Malaysia amnya masih diselubungi dengan kejahilan ‘aqidah’ yang jika dibiarkan akan sesat lagi menyesatkan.
Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pula lebih selesa membiarkan rakyat terus-menerus berada dalam kejahilan agar mudah dikawalnya.
Ketika itu, Biro Agama Umno pun turut berpegang dengan amalan ‘politik suku, agama suku’ yang lama kelamaan semakin membarah.
Maka, dipertengahan tahun 80-an itu, muncullah seorang ulama’ muda yang bakat serta kebolehannya semakin menyinar jika diasah dan digilap dengan baik.
Beliau ialah Ustaz Abdul Hadi bin Tuan Guru Haji Awang. Bintangnya terus menyinar dalam arena politik dan dakwah di Terengganu yang mengajar serta menyampaikan kuliah-kuliah agama.
Kemunculan Ustaz Abdul Hadi menarik perhatian Umno-BN Terengganu yang menganggapnya ‘anak muda’ ini seorang yang merbahaya serta perlu disekat kemaraannya.
Ringkas ceritanya, suatu masa ketika berucap di Kampung Banggol Peradong, Manir Ustaz Abdul Hadi telah membuat satu ucapan ‘keramatnya’.
Bahkan, ucapan tersebut dengan sengaja telah dimanipulasikan untuk kepentingan politik Umno-BN dan sebagai senjata membangkitkan kemarahan orang Melayu yang jahil-tukil menentang PAS.
PAS dilanyak sehebat-hebatnya dengan ungkapan ‘mengkafirkan orang-orang Melayu Umno’ dan orang yang tidak sehaluan dengan parti PAS.
Ustaz Abdul Hadi ketika itu melalui ucapan ceramahnya bagi membetulkan aqidah umat Islam agar tidak terus diselewengkan oleh anasir jahat Umno-BN.
Ingatkah kita dengan sedutan ucapan tersebut yang dilabelkan sebagai suatu ‘AMANAT HAJI HADI’ bagi memberi peringkatan kepada semua orang Islam agar tidak berpegang dengan pendirian ‘politik suku, agama suku’.
Berikut ini, Awang cuba ketengahkan semula apa yang dinamakan sebagai ‘AMANAT HAJI HADI’ yang sekaligus mempopularkan dirinya sehingga dinobatkan oleh rakyat di negeri ini dengan gelaran ‘Tok Guru’ atau Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Tuan Guru Haji Awang.
Sejak itu, nama beliau terus harum dan berkembang serta mempopularkan Kampung Rusila di Marang dari dahulu hingga sekarang.
Setiap hari Jumaat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi akan menyampaikan kuliah yang diwarisi selepas ditinggalkan oleh ayahandanya yang meninggal dunia di akhir tahun 80-an.
Cuba kita semua renung dan amati secara berlapang dada…apakah ungkapan tersebut suatu tuduhan melulu atau berdasarkan nas serta pegangan agama Islam yang sebenarnya.
Kata-kata ini sebahagian dari petikan ucapan Tok Guru Haji Hadi kepada para hadirin pada malam tersebut……..
Saudara-saudara sekalian percayalah,
“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan Penjajah, mengekalkan Undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah, kita menentang mereka. Oleh kerana itulah, kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka”.
Percayalah saudara-saudara sekalian,
“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah Syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk
Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'Politik Suku, Agama Suku',”.
Bagi mempertahankan hujah-hujahnya itu, beliau telah berjaya menghasilkan puluhan buku berbentuk ilmiah dan beratus-ratus makalah serta kertas-kerja seminar.
Buku tulisan Tok Guru yang paling laris serta diulang cetak iaitu ‘Aqidah Muslim’ yang secara langsung mengupas isu-isu tersebut termasuk isu kafir-mengkafir.
Natijahnya, hari ini tidak ada lagi pemimpin Umno-BN berani menyanggah ungkapan keramat tersebut. Hari ini, tidak ada lagi orang berkata ‘Politik Suku…Agama Suku’ kerana ‘AMANAT’ tersebut.
‘Dan Sebenarnya’…jika pun ada di kalangan pemimpin serta ahli-ahli Umno yang masih berpendirian ‘Politik Suku…Agama Suku’, mereka ialah termasuk di kalangan orang-orang bebal serta bodoh sombong.
TERIMA KASIH…TOK GURU
1 comments:
nostalgia ucapan niii...
Catat Ulasan