MB dedah punca bumbung stadium runtuh













Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu didedahkan dengan laporan punca keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkata Jawatankuasa Penyiasat telah mengenalpasti punca-punca utama keruntuhan struktur bumbung kerangka ‘space’ stadium berkenaan.

Menurutnya, rekabentuk yang tidak memadai di mana perekabentuk telah gagal untuk mengambilkira pertimbangan secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.

“Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri.

“Kawalan kualiti juga tidak dilaksanakan di tapak projek termasuk bahan dan kualiti hasil kerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada Mesyuarat Yang Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-12, di Wisma Darul Iman, 8 April lalu.

Soalan asalnya bertanyakan apakah status terakhir Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh dan pihak manakah yang akan menanggung kos membina semula stadium tersebut.

Dato’ Ahmad menjelaskan telah ditemui ujian makmal awalan ke atas bahan diambil dari struktur keluli yang runtuh mendapati berlaku kecacatan pada bahagian kimpalan antara sesendi dan paip keluli.

Bahkan, katanya mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik serta tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditentukan.

Menurutnya, telah didapati bahawa struktur bumbung yang dipasang juga secara tidak yang diingini (undersirable manner).

“Cara pemasangan yang diingini tidak dilaksanakan atas alas an kesuntukan masa, tupang sementara yang digunakan juga tidak mencukupi dan sebilangannya melentur ketika pemasangan dijalankan.

“Tiada semakan dibuat bagi menentusahkan keadaan interim bumbung ketiak pemasangan sedangkan semakan ini adalah kritikal dan perlu.

“Tidak kedapatan juga usaha kawalan kualiti dijalankan oleh Pasukan Pengurusan Projek dan akibatnya, sebaik sahaja kerja pemasangan siap, salah jajaran yang ketara serta boleh dikesan dengan mata kasar telah berlaku pada kerangka space,” jelasnya.

Oleh itu, kata beliau kesemua perkara di atas menurunkan lagi ‘safety margin’ yang telah sedia rendah dan menyumbang kepada keruntuhannya.

Sebelum itu, Dato Ahmad mengakui kos asal Stadium Sulatn Mizan Zainal Abidin ialah RM191,181,240.80 serta meningkat kepada RM294,751,374.09 pada akhir kos kontrak.

Manakala, katanya tiga kontraktor utama yang mengendalikan projek tersebut iaitu Bina Struktur Sdn.Bhd, Emarcon Sdn. Bhd dan Genggam Mercu Sdn.Bhd yang beralamat di Taman Kuala Ibai Landmark, Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, dekat sini.

Status terakhir, tambahnya lagi tender telah pun dikeluarkan untuk kerja-kerja pembersihan runtuhan tersebut pada 15 Mac 2010 dan tarikh tutupnya 19 April 2010.

Bersama ini, Awang lampirkan sekali laporan ‘SULIT-RAHSIA’ yang tidak menjadi rahsia dan sulit lagi setelah didedahkan sendiri oleh ‘Mat Said’ kepada ahli-ahli dewan dan media.

Pembaca tulisan ‘apaorangkata.blogspot.com’ sekalian boleh membaca satu persatu dan sebanyak enam muka surat Awang lampirkan bagi memudahkan rakyat memahaminya.

Kita semua boleh meneliti dengan baik, membaca dengan faham dan boleh membuat pertimbangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Insya’Allah.

‘Dan Sebenarnya’….kepada puak-puak Umno-BN yang masih tidak faham, bebal dan ‘benok’ bolehlah diprintkan lampiran di atas…masukkan ke dalam periuk…didihkan api hingga menggelegak…sejukkan dahulu selepas itu dan minum tiga kali sehari.

HARAP MENCUBA !!!

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top