PADA Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu yang bermula 5 hingga 8 April 2010 lalu yang isu dan maklumat yang diperolehi jika kita mengikutinya sepanjang dewan bersidang.
Awang sempat juga menjenguknya dan melihat sendiri perbahasan dan suasana di dewan antara wakil kerajaan dengan wakil pembangkang yang dinamakan PAS.
Pada hari kedua (6 April-Selasa), ketika waktu rehat selepas sesi soal jawab lisan sekitar jam 10.40 pagi, Adun Rhu Rendang, Dato’ Seri Tuan Guru ada membuat satu kenyataan medianya berhubung isu royalti.
Sebelum itu, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi bangun sebelum dewan berhenti rehat dan mengemukakan satu usul untuk minta dewan bincang isu penarikan royalti sudah masuk 10 tahun.
PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri mengambil suatu tanggungjawab yang serius bagi menuntut kembali hak mendapatkan royalti petroleum.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan menuntut hak royalti tersebut merupakan suatu perjuangan untuk keadilan bagi semua.
Menurutnya, Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu perbahasan serta memutuskan satu resolusi mendesak kerajaan pusat mengembalikan semula hak rakyat Terengganu.
“Ini suatu perjuangan untuk keadilan bagi semua (rakyat) dan kita (PAS) mempunyai suatu harapan yang besar supaya kerajaan negeri Terengganu mengambil suatu tanggungjawab yang serius agar suatu perbahasan dapat diadakan dan diputuskan satu resolusi untuk mendesak kerajaan pusat supaya memulang balik (royalti) hak rakyat negeri Terengganu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengemukakan satu usul mengenai royalti ketika Persidangan Dun Terengganu Penggal Ketiga di Wisma Darul Iman, 6 April lalu.
Kata Ustaz Abdul Hadi, wujudnya pemberian royalti di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak adalah hasil dari satu persefahaman yang dilakukan di zaman almarhum Tun Abdul Razak.
Menurutnya, persefahaman tersebut ditandatangani oleh semua Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri dari Perlis hingga ke Sabah.
“Apabila mereka (kerajaan pusat) bersetuju dengan perbincangan itu untuk menggubal Akta Petroleum dan menubuhkan Syarikat Petronas.
“Apabila negeri-negeri bersedia menyerahkan sekiranya ada hasil petroleum di daratan yang pada asalnya menjadi milik negeri.
“Persetujuan telah dibuat sekiranya ada hasil di darat atau di laut semuanya diserahkan kepada Petronas dan Petronas hendaklah menyerahkan royalti sebanyak lima peratus dari hasil jualan kepada mana-mana negeri yang ada hasil petroleum,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang mendakwa bayaran royalti petroleum Terengganu ‘dirampas’ melalui satu keputusan politik pada Perhimpunan Agung Umno tahu 2000.
Bahkan, katanya sewaktu pemerintahan PAS Terengganu royalti masih dibayar pada bulan Mac tahun 2000.
“Di Terengganu, ianya berlangsung (bayaran royalti) sejak itu (perjanjian) hingga tahun 2000 apabila, kami (PAS) mengambil-alih pemerintahan di negeri Terengganu dan pada bulan Mac tahun 2000 masih dibayar royalti ini.
“Tiba-tiba dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 2000, mereka (pemimpin Umno) telah memutuskan melalui Mesyuarat Agung Umno itu satu keputusan politik untuk ‘merampas’ royalti ini dari negeri Terengganu,” ujarnya.
Katanya, ini merupakan suatu pencabulan terhadap perjanjian yang telah dibuat serta pencabulan juga terhadap semangat federalisma.
Apa yang menarik, kata Dato’ Seri Abdul Hadi kenyataan ini disokong oleh bekas Ketua Hakim Negera, Tun Salleh Abas, disokong oleh bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan disokong juga oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam.
“Ini suatu perkembangan yang sangat menarik dan usul ini dibawa pada hari ini (Persidangan Dun) bukan di atas sentimen parti tetapi atas nama kewajipan seluruh rakyat negeri Terengganu tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira anutan mereka,” tegasnya.
Hadir sama pada sidang media tersebut Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak dan Adun Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
TETAPI….malangnya, pihak kerajaan BN Terengganu sebenarnya tidak bersedia untuk bincang isu itu dan lebih rela hak mendapatkan royalti menjadi sejarah kezaliman parti itu suatu ketika dahulu.
Selepas masuk semula ke dewan, pihak Speaker Dun Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang memaklumkan usul tersebut DITOLAK.
Katanya, usul yang dikemukakan oleh wakil PAS itu memanglah menyentuh kepentingan ramai dan juga perkara tertentu tetapi tidak perlu disegerakan.
Maknanya, tidak tahu sampai bila rakyat Terengganu terutama orang-orang Umno yang bersongkok tinggi dan yang ‘bodoh-bodoh’ itu perlu tunggu dan menanti hak royalti akan dikembalikan semula.
Biar pun pernah ditipu oleh Perdana Menterinya sendiri, mantan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang pernah umumkan royalti sudah dikembalikan semula ke negeri ini.
Kesimpulannya, rakyat yang cerdik-cerdik macam kita semua kena fakir dan kena ambil tindakan bagaimana hendak sedarkan orang-orang Melayu Umno yang masih ‘tolol’ dan ‘bodoh’ seperti sekarang.
Awang cadangkan supaya kita kena dekati golongan tersebut dan jangan buat musuh lagi kerana sememangnya dia (orang Umno) memang mudah ‘dibeli’ dan ‘ditipu’ oleh pemimpin mereka yang cerdik lagi jahat itu.
0 comments:
Catat Ulasan