Tengku Putera tolak usul Dr Syed Azman




Kerajaan Terengganu sekali lagi bermain ‘silap mata’ terhadap isu royalti petroleum yang sepatutnya menjadi hak rakyat Terengganu.

Pemimpin Umno Terengganu khususnya Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said sebenarnya ‘berlakon’ sahaja konon hendak menuntut kembali hak royalti minyak yang pernah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh puak-puak dia (Umno-BN) juga semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu.

Awang tengok macamlah cerita dalam surat khabar hari ini (6 April 2010-Kes Perompak Tembak Rakan Sendiri) di sebuah kedai emas di Plaza OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Macamlah ‘Mat Said’ juga kata hendak minta kerajaan pusat yang ‘spesis’ sama dengannya dan beritahu rakyat Terengganu akan dapat semula bayaran royalti itu.

Manakala, ‘bapak’ penipu dari Pekan, Pahang yang baru sahaja jadi PM pun sama pernah datang Terengganu semasa kempen Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu dan istihar di Stadium Negeri…’Royalti dikembalikan semula ke Terengganu’.

Hari ini, sudah masuk setahun lebih rupa-rupanya dengan sesame dia pun kena tipu. Mat Said kena tipu oleh Najib…dan rakyat Terengganu kena tipu pula oleh Mat Said.

‘Dan Sebenarnya’…pada hari ini pada Persidangan Dun Terengganu tembelangnya terbongkar lagi apabila pihak Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang bertindak menolak usul royalti yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Usul tersebut di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 Peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri bagi membincangkan isu penarikan balik royalti minyak oleh kerajaan pusat.

Dr Syed Azman membawa satu usul bagi membincangkan isu penarikan balik royalti minyak yang berpanjangan hampir 10 tahun oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Terengganu. ( lihat lampiran I dan II )

“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguhkan mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu penarikan balik ‘royalti minyak’ yang berpanjangan hampir 10 tahun oleh kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri Terengganu yang merupakan suatu pencabulan kepada prinsip demokrasi, konsep Federalisma serta melanggar Perlembagaan Negara kita sendiri,” ujarnya ketika membaca usul tersebut.

Katanya, isu ini adalah perkara tertentu kerana telah berlaku suatu pencabulan hak, boleh menggugat amalan demokrasi negara ini serta sistem Federalisma yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

Menurutnya, tindakan ‘mengehsankan’ royalti minyak dibawah Dana Khas Persekutuan juga adalah menzalimi rakyat Terengganu yang majoriti Melayu beragama Islam.

Oleh itu, kata beliau hak-hak demokrasi serta keadilan perlu dihormati dan keluhuran Perlembagaan Negara juga harus dipatuhi kerana pencabulan ‘ala-penjajah’ yang dilakukan ini amat dikesali.

“Perkara ini, adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana ini akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah, kredibiliti pemimpin negara, menyempitkan amalan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat negeri Terengganu yang berpegang kepada prinsip keadilan,” jelasnya.

Sewajarnya, kata beliau dewan yang mulia ini merakamkan penghargaan kepada bekas Pengasas Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.
Katanya, Tengku Razaleigh berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti Petroleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Perkara ini, kata Dr Syed Azman perlu disegerakan kerana menyentuh hal pelanggaran hak rakyat dan negeri Terengganu.

Menurutnya, pembelaan terhadap rakyat Terengganu yang miskin bukan persoalan sentimen serta permainan politik sempit semata-mata.

Tambahnya lagi, isu kemiskinan rakyat merupakan persoalan kemanusiaan yang melewati batasan parti politik, agama dan kaum di negeri ini.

Awang harap selepas ini, rakyat kena fakir molek-molek dan buat keputusan baik-baik sebelum kita mengundi untuk memilih calon bagi mewakili kita dan anak-cucu kita memerintah negeri dan negara.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top