Laporan polis terhadap APCO-Yahudi





Isu pembabitan ‘APCO Worldwide Sdn. Bhd-Israel’ dengan kerajaan Malaysia semakin hangat mendapat perhatian masyarakat umum.

Sehari sebelum itu, Awang diberitahu oleh teman-teman bahawa ada pihak yang hendak membuat laporan polis terhadap syarikat yang ada pertalian zuriatnya dengan Zionis-Israel.

Manakala, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) pula mendesak agar kerajaan segera menubuhkan suatu badan bebas iaitu Suruhanjaya Bebas di bawah Yang DiPertuan Agong.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta diiringi beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pemuda negeri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Terengganu, pada jam 3.40 petang, 14 April lalu.

“Kami (Pemuda PAS) mahu kerajaan mewujudkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat terhadap isu (APCO Worldwide Sdn.Bhd) ini.

“Ini kerana, ia melibatkan keselamatan negara, melibatkan Bukit Aman (Polis) dan Pusat Pentadbiran Putrajaya,” tegasnya.

Oleh itu, kata beliau badan penyiasatan bebas wajar ditubuhkan secara langsung di bawah Yang DiPertuan Agong sekarang ini.

Menurutnya, kebimbangan tersebut ditambahkan lagi dengan pertemuan Najib-Obama yang menyebab Presiden Amerika itu memuji langkah model ekonomi baru negara ini.

Kata Ustaz Mohd Nor, pelaburan RM1 bilion Syarikat Coca-Cola di negara ini juga dibimbangi kerana mempunyai kaitan secara langsung kepada rejim Zionis-Israel.

“Ditambah pula dengan kenyataan Obama yang bangga dengan model ekonomi baru dengan pelaburan RM1 bilion pelaburan Coca-Cola.

“Apa yang kita (rakyat) semua tahu, Syarikat Coca-Cola itu merupakan antara penyumbang terbesar terhadap Zionis-Israel.

Menurutnya, kemungkinan besar juga Syarikat Coca-Cola tersebut akan membuka kilangnya di Negeri Sembilan di atas tanah milik Tabung Haji.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menyeru agar rakyat sensitif serta mengambil perhatian terhadap isu tersebut.

“Kita (PAS) bimbang akan berlaku kebocoran maklumat dan keselamatan negara. Rakyat pula kena sensitif terhadap isu yang ada ini.

“Kita (PAS) bimbang jika ketidakpedulian rakyat terhadap isu ini akan membawa akibat yang lebih buruk di masa akan datang,” ujarnya.

Kata Ustaz Mohd Nor Israel sememangnya tidak pernah mempunyai niat baik terhadap umat Islam sehingga berlaku kekejaman dan pembunuhan berterusan.

Apa yang Awang rungsing dan agak kecewa dengan masyarakat Melayu kita ini yang masih tidak ambil peduli dan langsung tidak peka dengan perkembangan semasa politik tanahair.

Sama ada Negara ini hendak dijual atau akan bangkrap pun masih tidak ambil peduli dan berpegang teguh dengan pepatah Melayu Kuno iaitu ‘Jangan Jaga Tepi Kain Orang’.

Pepatah inilah, yang telah ‘membutakan mata hati’ orang Melayu serta ‘memekakkan telinga’ orang Melayu kita.

Akhirnya, apa yang banyak berlaku dalam masyarakat sama ada yang dilaporkan secara rasmi atau tidak rasmi kes-kes pembuangan anak, penderaan dan mencabulan.

‘Jaga Tepi Kain Orang’ tidak boleh tetapi ‘masuk Dalam kain Orang’ boleh pula dan akhirnya termengandung dan terberanak di merata-rata tempat.

Maka, tong-tong sampahlah yang jadi tempat paling sesuai dan selesai untuk si-ibu yang tidak bertanggungjawab itu.

Orang Melayu hari ini lebih peka dengan hiburan, karnival, konsert, jom heboh dan 1001 jenis permainan yang melalaikan umat Islam.

HARAP BUAT PENILAIAN SEMULA DEH!!

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top