HARI INI…jika kita bertanyakan pemimpin PAS didapati 100 peratus mereka akan berkata Umno-BN Terengganu kini dalam ‘bahaya’ dan parti Melayu-Umno itu semakin lemah.
Ini kerana, semua orang tahu mereka (Umno) bercakaran sesama sendiri kerana jawatan dan pangkat sejak mula dari perlantikan Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu.
Beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Mat Said’ dikatakan ‘bertembung’ dalam arena politiknya dengan mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh yang pernah kadi MB ‘runtuh’ selama satu penggal.
Namun begitu, peringatan ikhlas dari Awang agar pimpinan PAS dan jentera parti disemua peringkat di negeri ini tidak pandang mudah dengan ‘kehebatan’ Umno dan kerajaan BN Terengganu ‘menipu’.
Jika silap perhitungan, orang yang kita anggap lemah dan naïf itu pun boleh menang dengan selesa dan penuh bergaya. Berikut, adalah temubual yang pernah dibuat bersama Ketua Pemuda PAS Terengganu, yang juga Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Soalan (S): Apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh rakyat?
Jawapan (J): Pertama, memang kepimpinan Menteri Besar (MB) Dato’ Ahmad Said ini tidak diterima oleh rakyat keseluruhannya. Pada asasnya, memanglah kepimpinan ‘Mat Said’ (Ahmad Said) ini tidak boleh diterima oleh ahli-ahli PAS dan diwaktu yang sama juga tidak diterima oleh orang-orang Umno sendiri. Ini kerana, orang Umno sudah menganggap kepimpinan Menteri Besar mereka adalah Dato’ Seri Idris Jusoh. Idris Jusoh telah membawa pembangunan yang memang disukai oleh orang Umno pada asasnya, tetapi Mat Said ini jadi Menteri Besar atas takdirnya dan kehendak Sultan. Hakikat yang berlaku, Mat Said jadi MB tidak boleh diterima sebulat suara bukan sahaja oleh orang PAS tetapi di kalangan orang Umno sendiri. Mat Said sendiri pernah mendedahkan hanya 40 peratus sahaja Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hadir ke program pertemuan dengannya. Ini menunjukkan ramai JKKK memboikot serta tidak setuju dengan kepimpinannya.
Kedua, dalam tempoh dua tahun Mat Said memerintah negeri dia(Ahmad) tidak boleh membawa pembangunan seperti mana Dato’ Seri Idris Jusoh. Idris Jusoh walau pun berlaku pembaziran yang hebat tetapi dia boleh menunjukkan kepada rakyat pembaharuan-pembaharuan yang beliau buat seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) dan sebagainya. Walau pun, itu banyak pembaziran tetapi dalam waktu yang sama Mat Said tidak boleh menunjukkan apakah pembaharuan yang dia buat. Apa yang dia buat, melainkan dia hanya melihat keruntuhan-keruntuhan yang berlaku kesan dari pemerintahan Idris jusoh.
Ketiga, Mat Said menunjukkan penipuannya, apabila diawal pemerintahannya dia (Ahmad) berjanji kepada rakyat untuk mengembalikan semula royalti minyak kepada Terengganu dan mengembalikan semula hak rakyat negeri Terengganu. Tetapi dua tahun, beliau seolah-olah putus harapan dan gagal apabila Perdana Menteri (PM) secara sebulat suara bertegas bahawa tidak ada royalti bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Dan kita tidak dapat melihat apa usaha yang dapat dibuat oleh Mat Said hingga hari ini untuk mengembalikan semula royalti minyak. Bahkan, sebenarnya dalam putus harapan untuk menunaikan janji beliau.
S: Bagaimana sikap dan pendekatan kerajaan BN Terengganu terhadap rakyat di negeri ini?
J: Sebenarnya, Umno Terengganu tidak ada apa-apa pendekatan sehingga hari ini kerana mereka (pemimpin Umno) tidak mempunyai kepimpinan yang bulat tetapi umno terpaksa mengikut arahan yang dibuat secara bersepadu oleh kerajaan pusat yang dinamakan Juara Rakyat. Tetapi, kita (rakyat) melihat berbeza Juara Rakyat di negeri-negeri lain dengan negeri Terengganu. Juara Rakyat di Terengganu kurang mendapat sambutan di kalangan pemimpin Umno sendiri. Bahkan, kita melihat ada tempat-tempat yang Mat Said turun ke program Juara Rakyat tetapi ada wakil rakyat yang tidak turun menyambutnya dan tidak menghadirkan diri dalam program-program seumpama itu. Sebenarnya, Umno tidak ada pendekatan untuk mendekati masyarakat kerana beliau (Ahmad) sibuk untuk menyelesaikan krisis ‘dalamannya’ yang tidak boleh diselesaikan melainkan team Mat Said dan team Idris Jusoh ditumbangkan sementara dan dikembalikan kepada pemerintahan PAS.
S: Dana Khas atau Wng Ehsan masih lagi dijadikan ‘senjata’ utama oleh Umno dan kerajaan BN Terengganu. Apakah PAS tidak rasa tergugat?
J: Hari ini mungkin ‘dana wang ehsan’ sudah dianggap perkara biasa oleh rakyat dengan penipuan-penipuan yang banyak, dan hari ini Umno tidak boleh memberi jaminan kepada semua rakyat dan hanya memilih kroni-kroni tertentu sahaja. Yang kuat dengan Pengerusi JKKK, yang kuat dengan Umno sahaja akan memperolehinya. Dan saya melihat duit ehsan ini tidak boleh lagi dipergunakan oleh Umno untuk mendekati masyarakat kerana dia (Umno-BN) gagal dalam menggunakan duit ehsan ini. Sepatutnya, rakyat perlu mengembalikan semula kekayaan ini dengan PAS memerintah. Semasa PAS memerintah ada bantuan kerajaan negeri, ada bantuan kerajan pusat, ada dana khas yang membuatkan rakyat jadi kaya.
S: Adakah Isu royalti telah dikembalikan semula kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan dua tahun lalu?
J: Hakikatnya, akan berlaku pembohongan demi pembohongan. Jika Dato’ Seri Najib serah semula royalti minyak kepada Terengganu dengan sendiri Najib dan pemimpin Umno berbohong dengan menyatakan negeri Terengganu tidak ada royalti. Pada hakikatnya, pemimpin Umno memang suka berbohong apabila berlaku pilihan raya kecil P.36 Kuala Terengganu dan Dato’ Seri Najib sendiri yang ktika itu Timbalan Perdana Menteri mengakui dengan menyerahkan replika cek dan dia (Najib) menyerahkan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu yang diwakili oleh MB Dato’ Ahmad Said. Dan diwaktu yang sama Mat Said sebagai pemimpin Umno tertinggi waktu itu, menganggap dia berjuang untuk mengembalikan royalti kepada Terengganu. Hakikatnya, berlaku pembohongan dalam Umno dan putar belit dalam memenuhi kehendak rakyat. Sepatutnya, rakyat menilai dengan sebaik-baiknya kelak.
S: Perubahan sikap pengundi muda boleh menentukan kemenangan sesebuah kerajaan. Bagaimana Pemuda PAS berperanan ‘menawan’ hati pengundi muda hari ini?
J: Kita (Pemuda PAS) hari ini telah menggerakkan satu agenda ‘Orang Mude Geng Kite’ dengan meletakkan satu harapan yang orang-orang muda ini jangan merasa bimbang, jangan merasa takut, jangan merasa fobia terhadap PAS. Ini kerana, PAS yang akan membela mereka (rakyat) dan PAS akan membela perjuangan mereka (rakyat) dan PAS akan menyelamatkan mereka (rakyat) daripada penipuan Umno. Misalnya, Idris Jusoh masa pemerintahan PAS berjanji hendak beri peluang pekerjaan sebanyak 24,000 orang dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa pun dari janji-janji tersebut. Bahkan, anak-anak muda hari ini sukar untuk berkahwin yang sepatutnya kerajaan negeri yang kaya memberi peruntukan besar dan peluang besar kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga. Buat kursus-kursus yang baik tetapi malangnya dibuat kursus yang mengutuk pemimpin pembangkang dan menguatkan politik mereka (Umno-BN) sendiri.
S: Sejak mutakhir ini Pemuda PAS dilihat kurang berperanan mendepani isu-isu rakyat. Boleh Ustaz jelaskan?
J: Kita (Pemuda) sebenarnya bersifat kondusif dan dalam erti kata lain rakyat hari ini sangat matang dan dia (rakyat) tidak suka bersikap terlalu keras hingga mewujudkan demontrasi, tunjuk perasaan yang agak hebat kerana hari ini anak-anak muda berpelajaran. Dan diwaktu yang sama Umno memutar belitkan apa yang kita (PAS) buat, demontrasi, tunjuk perasaan yang mereka (Umno-BN) paparkan pemuda-pemuda PAS ini agresif , kasar, ganas. Jadi kita (Pemuda PAS) bersikap kondusif dengan membuat laporan, teguran supaya anak-anak muda yang boleh menilai dengan internet, komputer, sms, facebook dan sebagainya. Mereka boleh menilai dengan matang dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini.
S: Akhir sekali, sejauh mankah hubungan Pemuda PAS dengan Pemuda-pemuda dalam Pakatan Rakyat seperti Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan DAP?
J: Kita (Pemuda PAS) mengadakan hubngan yang baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR). Tetapi, kita (rakyat) lihat di negeri Terengganu ini yang menguasai minda rakyat sendiri dan rakyat melihat yang bergerak adalah Pemuda PAS. Sebab itu, kita (Pemuda) meraikan dan mengadakan hubungan dengan PKR, DAP dan NGOs. Kita bergerak dengan baik sebab seluruh orang menyedari dan melihat bahawa PAS yang terkehadapan dalam menggerakkannya. Sebab itu, kelihatan PAS seolah-olah ‘berada’, sedangkan kita (PAS) mengadakan ceramah setiap bulan. Kita juga akan mengadakan ceramah di Pentas Pemuda Pakatan Rakyat untuk beritahu bahawa kita (PAS) bergabung dengan baik, bertukar-tukar pandangan dalam menentukan sikap kita (Pemuda PAS).
SEMOGA APA YANG DIPERKATAKAN ITU MENJADI KENYATAAN
0 comments:
Catat Ulasan