‘PELIK bin AJAIB’…Apabila Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said ‘pening’ kepala akibat terlalu banyak kejadian bangunan dan projek kerajaan negeri yang runtuh sejak dia mengepalai pentadbiran di negeri Terengganu Darul Runtuh ini.
Ketika, MB ‘Mat Said’ mengadakan PC atau Sidang Media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Satu laporan dikeluarkan kononnya untuk menggambarkan kerajaan Umno-BN Terengganu hari ini ‘TELUS’ dan ‘TEMBUS’.
Jadi….tidak ada apa yang yang disorotkan dari pengetahuan rakyat umum terutama dalam kejadian ‘MEMAHAT SEJARAH…dan MENCIPTA TAMADUN’ di negeri ini.
Maka, satu laporan dikeluarkan walau pun ‘SULIT’ tetapi telah mendapat kebenaran untuk didedahkan kepada pihak media dan rakyat.
‘Dan Sebenarnya’… apa yang orang kata dan pada fahaman Awang yang masih waras ini mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada laporan tersebut.
Atau dengan lain perkataan, laporan yang disediakan itu dibuat dengan tidak perlu menunding jari ke arah SIAPA yang bersalah tetapi buatlah biar SEMUA yang bersalah.
Mungkin pelik bunyinya tetapi itulah kenyataan yang didedahkan kepada rakyat umum yang dianggap ‘BODOH’ oleh pihak pemerintah Umno-BN Terengganu dan Umno-BN Pusat.
Laporan ‘kartun’ itu diumumkan oleh MB Mat Said bahawa semua yang terlibat dalam pembinaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pada tanggal 2 Jun 2009, tahun lalu adalah penyumbang kepada keruntuhannya.
Maknanya, semua pihak yang buat stadium itu sama ada kontraktor kecil atau kontraktor besar adalah penyumbang kepada runtuhnya bumbung stadium tersebut.
Jika itu yang diumumkan, maknanya…Menteri Besar yang terdahulu, Dato’ Seri Idris Jusoh..Ahli Exconhya termasuk Mat Said ini dan semua yang ada kaitan dengan terbinanya stadium tersebut adalah termasuk dalam ‘kandang’ orang yang menyumbang kepada keruntuhan.
Jadi…mahkamah hendak dakwa siapa…rakyat hendak dakwa siapa…sebab, semua yang terlibat dikatakan jadi penyumbang kepada keruntuhan itu.
MAKA, yang terbaru dalam tragedi 29 Mac 2010 lalu. Sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaannya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah runtuh dan menyebabkan seorang terbunuh dan empat cedera parah.
Malangnya, mangsa-mangsa yang terlibat adalah pekerja asing dari warganegara Bangladesh dan bukan di kalangan pekerja tempatan orang Melayu.
Sekali lagi, MB Mat Said segera memberi jawapan ketika dia melakukan lawatan pada petang kejadian itu dengan katanya…’ini semua kerana kecuaian pekerja…jika tidak, tidak akan berlaku kejadian runtuh seperti ini…’.
Maka, pihak yang bersalah adalah pekerja dan rakyat bawahan dan bukan orang ‘atasan’ jika pun kebarangkalian ada berlaku penyelewengan dan unsur rasuah dalam pembinaan yang tidak mengikut spesifikasinya.
Sedangkan, pihak kontraktor utama yang memperolehi projek tersebut adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu. Kontraktornya, ‘Orang Kuat Umno’ (OKU) yang dapat projek lebih dari RM100 juta sejak tahun 2000 lagi.
Isunya, boleh dilihat pada tulisan dan pandangan ‘apa orang kata’ sebelum dan selepas tulisan ini berdasarkan maklumat dan risikan yang Awang terima, harap maaf.
0 comments:
Catat Ulasan