Amaran PAS kepada Umno - Jangan buat provokasi isu agama


SEBENARNYA….hari ini dan sejak-sejak kebelakangan ini. Terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu. Parti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin ‘reput’, ’lemah’ dan ‘hilang tenaga batinnya’.

Kerajaan Umno-BN telah hilang majority 2/3 di Parlimen ketika di bawah pemerintahan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas itu, atas desakan serta gertakan yang ‘bertalu-talu’ terhadap kepimpinan ‘orang tua’ (Pak Lah) itu. Maka, dengan wajah yang tersenyum serta merah bibir yang mekar bab bunga raya naiklah anak arwah Tun Abdul Razak itu.

PM baru, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini dinobatkan sebagai pemimpin Nombor 1 Negara dan dibelakangnya ada seorang wanita ‘besi’ yang mendakwa ‘tak lekang dek panas’ dan ‘tak karat dek hujan’ dan itulah Datin Seri Rosmah Mansor al-Duitan.

Sebenarnya juga kepimpinan Najib al-Tantunya ini buat orang Melayu semakin lemah, agama semakin terhakis dan sokongan rakyat terhadap parti kompunan BN semakin susut nilainya.

Para pemimpin Melayu Umno kini sedang mencari isu-isu yang boleh dimanipulasikan atau diprovokasikan bagi kepentingan politik parti ‘carca-marba’ mereka.

Antaranya, isu-isu agama dan berbau perkauman suatu masa dahulu boleh diketengahkan sebagaimana tahun-tahun 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an. Maka, dialaf baru ini tahun 2000 dan ke atas isu-isu tersebut cuba dihidupkan.

Tujuannya, untuk mengembalikan semula ‘ketuanan Melayu’ yang semakin layu dan menarik sokongan orang Melayu kepada parti yang mendakwa mewakili orang Melayu di Tanah Melayu ini.

Umno dalam usaha memulihkan kembali semangatnya yang hilang serta hampir pupus ini telah membuat satu agenda baru yang pernah diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin dan dipanjangkan ungkapan tersebut oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk Naibnya, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Awang difahamkan agenda memulihkan Umno iaitu mahu menjadikan tahun 2010 ini adalah tahun ‘Umno Menjuarai Rakyat’…maknanya, pemimpin Umno mahu supaya rakyat terutama orang Melayu yang semakin layunya dengan Umno sedar bahawa ‘Umno’ adalah ‘Juara’ membela ‘Rakyat’.

Sebab itu, apabila timbul isu-isu agama dan yang terbaru isu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kalimah Allah diguna-pakai dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly oleh Gereja Katolik.

MAKA.., ‘melompat-lompatlah’ pemimpin-pemimpin Umno serta ‘balaci-balaci’ Umno dan NGOs-NGOs pro-Umno kedepan mebuat demontrasi membantah keputusan mahkamah tersebut.

Saban hari…setiap hari…setiap negeri…dan seluruh Negara bergema dengan laungan HIDUP MELAYU..! HIDUP ISLAM..! HIDUP UMNO!

Antara slogan yang digunakan: “Membantah Keras Penggunaan Perkataan ALLAH Oleh Herald Weekly / Bukan Islam….Jangan Main Api, Nanti Bakar Diri.- HIDUP MELAYU..! HIDUP ISLAM..! HIDUP UMNO!

Maka, yang turun berdemontrasi itu sebenarnya sembahyang pun tidak tetapi atas kepentingan politik Umno mereka turunlah ramai-ramai. Bab Islam dan Syariat Islam ‘ditentangnya’ dan tidak mahu laksanakan. Tetapi, bab demo ini sanggup turun walau pun dalam hujan.

Tapi yang Pelik bin Ajaib. Demontrasi ‘haram’ yang mereka buat setiap hari, setiap negeri dan di seluruh Negara ini tidak pula disergah oleh Pasukan ‘Kepala Merah’ (FRU). Jika orang lain buat, Awang pasti ada yang ‘hidu gas’, mandi air ‘water kuning’ serta ‘penginapan percuma’ di mana-mana balai Polis DiRaja Malaysia.

Dalam kes ini, hari ini (5 Januari 2010) kebetulan Awang hantar anak sekolah dan terjumpa dengan seorang pemimpin PAS di peringkat pusat dan negeri yang kurang sihat nampaknya hari ini.
Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik yang pernah jadi Exco Kerajaan PAS Terengganu tahun 1999-2004.

Beliau turut memberi peringatan dan amaran kepada Umno supaya tidak mengambil kesempatan di atas isu-isu agama semasa seperti yang sedang berlaku sekarang ini.

Ini kerana, katanya isu-isu agama ini adalah isu besar yang sedang melanda negara kita (Malaysia) iaitu isu sama ada Islam didaulatkan di negara kita atau tidak.

“Mendaulatkan Islam adalah mendaulatkan ketinggian kalimah Tauhid “Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu Rasulullah”. Maknanya, mengesahkan Allah dan mensucikan Allah Ta’ala dan melaksanakan Syariat Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Apakah Islam didaulatkan di njegara ini berdasarkan Peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Negara,” ujarnya.

Menurutnya, Islam sebagai Agama Persekutuan dan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan jika benar-benar mahu mendaulatkan Islam.

Katanya, Kementerian-kementerian di peringkat pentadbiran melalui kuasa ‘Eksekutif’ dan banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mendaulatkan Islam.

Menurutnya, kuasa eksekutif yang ada di peringkat Kementerian dan Kerajaan Pusat itu sendiri pun tidak digunakan.

“Contohnya, isu ‘nahi mungkar’ yang hendak dibenteraskan di kelab-kelab malam dan Menteri-menteri Umno sendiri yang ‘halang’ dan ‘menghina’ pegawai-pegawai Majlis Agama Wilayah Persekutuan”, jelasnya.

Di Terengganu, kata Dato’ Abu Bakar mahukan kerajaan negeri yang mempunyai kuasa eksekutif tersebut melaksanakan undang-undang Islam yang telah diwartakan itu.

“Kita (PAS) minta supaya Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang telah kita (PAS) Warta semasa kerajaan PAS Terengganu memerintah tahun 1999-2004 lalu dilaksanakan.

“Undang-undang Qisas, Hudud dan Ta’azir. Kita minta dikuatkuasakan dan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang ini.

“Itu Undang-undang yang telah diwarta dan digazetkan dan hendaklah dilaksanakan kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dengan penguatkuasaan serta dimartabatkan Undang-undang Islam di Terengganu.

“Saya harap Pemuda Umno menyokong usaha-usaha yang mesti dan patut dibuat ini. Umno mesti serius bercakap dan bukan ‘main-main’ cakap hendak agama sahaja.

“Manipulasikan isu dan buat provokasi supaya negeri ini huru-hara dan sebagainya. Itu tidak menguntungkan,” ujarnya.

Sebenarnya, Umno yang bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu bagi melemah serta menentang Islam.

“Merekalah (Umno) yang bersekongkol dengan Yahudi dan bersekongkol dengan pihak-pihak yang menentang Islam.

“Bagaimana dengan kedudukan Sister In Islam. Anak-anak mereka (pemimpin Umno) sendiri dan mereka tidak peduli apa yang dibuat. Sister In Islam yang menentang Islam semenjak sekian lama.

“Bagimana pula dengan ‘puak-puak’ lain lagi. Begitu juga dengan Jamaah Al-Quran Malaysia (JAM) yang tidak peduli dan tidak percayakan pada Hadis.

“Apa yang dia (kerajaan) buat sekarang ini. Kes Ketua Kerajaan Langit ‘Ayah Pin’ di Besut Terengganu pun tidak selesai lagi,” jelas Ustaz Abu Bakar.

Awang menyokong pendapat Ustaz Abu Bakar bahawa Umno mesti lebih berimbang dalam tuntutan dalam tindakan mereka dan mesti seimbang dalam pegangan mereka.
Seimbang dalam erti kata adil dengan Islam mereka. “Allah menyaksikan dan begitu juga para Malaikat, begitu juga ahli ilmu bahawa Allah SWT berdiri teguh dengan kesaksamaan.

Tiada Tuhan melainkan Dia (Allah) dan Dia (Tuhan) Maha Perkasa lagi Bijaksana”. Mesti ada suatu kesaksamaan di dalam diri keadilan untuk hendak melaksanakan Islam.

Jika betul Umno hendak kepada Islam dan dia (Umno) mesti tahu umat Islam adalah umat yang terbaik. Umat sederhana, umat saksama dan pertengahan yang memanfaatkan dunia untuk akhirat mereka yang mengambil-kira akhirat dalam kehidupan dunia mereka untuk mereka menjadi saksi terhadap sekalian manusia.

Bahawa, mereka melaksanakan Islam. Apatah lagi kerajaan mereka mesti bertanggungjawab dan untuk Rasul menyaksikan di akhirat kelak untuk mendapat syafaat yang kita melaksanakan Islam.

Apa yang buat kita tidak senang dengan Umno sejak lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan adalah kerana ‘kebobrokan’ pemimpin-pemimpin Umno.

Rakyat yang ‘celik huruf’ telah menyaksikan dan kita tidak mampu lagi untuk menunggu 50 tahun akan datang dengan ‘permainan’ politik Umno menggunakan agama sekarang.

Sebab itu, kata Dato’ Abu Bakar lagi PAS mempunyai kaedahnya yang tersendiri di dalam memformulakan bagaimana kaedah negara ini akan diperintah secara yang adil dengan Islam.

Bagaimana, katanya Islam dapat memimpin politik dan memerintah dalam negara ini dan ini diterima oleh semua bukan Islam kerana Islam adalah agama yang Universal.

Menjelang tahun baru Islam ini, kita mengharapkan Umno jangan memainkan isu agama semata-mata untuk kepentingan politik dia (parti) sahaja.

Dan sebenarnya, mereka tidak mahu kembali kepada Islam. Sedangkan, agama ini asas kepada kehidupan Islam. Politik menjadi pengawal kepada agama dan bukan agama yang kawal politik dan yang Umno guna sekarang ini adalah ‘TERBALIK’. : Sama-samalah kita renung-renungkan.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top