Bila ‘Beruk-Beruk’ Bertempik ‘Kera Di Hutan Disusukan’…


HARI INI DALAM SEJARAH….Apabila satu kumpulan manusia yang mendabik dada serta melaung-laungkan dengan nama kebesaran Tuhan Rabbul’jalil di tengah-tengah medan belantaranya.

Pada Hari Ini, Jumaat - 8 Januari 2010 di Pantai Peranginan Batu Burok, Kuala Terengganu menjadi saksi dengan angin-angin sepoi bahasa melihat peristiwa ini.

Terdapat sekumpulan ‘Beruk’ dan ‘Kera’ cuba mewarnai pentas dengan corak dan citarasanya. Kumpulan ‘Beruk-Beruk’ itu wujud dari gabungan ‘Anak-anak Kera’ di hutan yang banyak dan selama ini terbiar tanpa pedoman serta panduannya.

Ini mungkin, barang kali tuan-tuannya tidak pernah mempedulikan hingga hilang arah dan hilang tujuan ditubuhkan persatuan-persatuan, kelab-kelab, pertubuhan-pertubuhan atas nama NGOs masing-masing.

Satu sebaran umum diedarkan di tempat-tempat tertentu yang berbunyi: RAPAT UMUM…anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK)…menentang kalimah Allah digunakan oleh Agama Bukan Islam!...Tarikh: 8 Januari 2010, Jam 3.00 petang, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu….Semua Umat Islam Yang Cintakan Agama Dijemput Hadir.

Maka, pertama kalinya dalam sejarah hidup kumpulan beruk dan kera terbabit mengenal kalimah ‘Maha Besar’ itu yang selama ini dianggap kolok dan pak lebai.

Berteriaklah masing-masing dengan ‘Nama Yang Maha Besar’ itu hingga mengeluarkan urat-urat dihalkum masing-masing di bawah mentari terik selepas waktu gelincir matahari yang menjadi ‘Penghulu Segala Hari’ dalam seminggu ini.

Mata-mata yang datang melihat dan memandang dari segenap penjuru pula sekadar memandang sinis melihat gelagak ‘anak-anak kera’ dan ‘bapak-bapak beruk’ yang berteriakan itu.

‘Kepala-kepala Beruk’ pula berbarisan di hadapan pentas medan umum dengan pembesar suara yang cangih-cangih tajaan sebuah parti Beruk yang kononnya terbesar serta mewakili alam ‘UYALEM’ ini.

Kononnya, akulah dari kumpulan beruk-beruk dan kera-kera ini membela kalimah suci dari ‘dipijak’ dan ‘dipermainkan’. Pantang dicabar dan peringatan diberi dengan slogan ‘Jangan Bermain Api’..’HIDUP *****’,’HIDUP ******’ dan ‘HIDUP ****’.

Sebenarnya, semua dunia tahu betapa hiporkritnya kumpulan-kumpulan ‘beruk’ ini. Sebenarnya, mereka jugalah yang menindas dan mengkhianati perjuangan yang suci ini. Sebenarnya, mereka jugalah yang menentang pelaksanaan Undang-undang ‘Langit’ yang diwajibkan ke atas setiap yang berakal dan mukallaf.

Apabila timbul isu ada puak yang jauh berbeza dengan kumpulan-kumpulan ‘beruk’ ini juga mahu menggunakan kalimah yang sama, kalimah yang diguna-pakai juga oleh penganut-penganut lain dan Mahkamah ‘Ciptaan Sendiri’ pun membenarkannya.

Maka, bertempik gegak gempitalah seluruh alam ini kononnya tidak bersetuju dan mencabar kesucian agamanya. Sedangkan, kumpulan-kumpulan ‘beruk’ inilah yang tidak bersetuju dan menentang intipati kalimah tersebut oleh kumpulan parti yang memperjuangkannya selama ini.

Dua buah negeri di pantai timur (Kelantan dan Terengganu) pernah bercadang serta meluluskan Undang-undang ‘Langit’ yang Maha Suci tetapi tidak dipersetujui oleh ‘Bapak-bapak Beruk’ yang berada di kerusi yang tinggi.

Hari ini,….kita boleh melihat kumpulan-kumpulan ‘Beruk’ ini berteriakan di mana-mana hutan, di mana-mana bukit dan gunung kononnya untuk mempertahankan kalimah Yang Maha Suci tersebut.

Meski pun, pegawai tertinggi ‘Beruk’ pernah mengeluarkan ‘AMARAN’ kepada mana-mana kumpulan ‘Beruk’ dan ‘Kera’ supaya tidak menganjurkan atau menyertai mana-mana perhimpunan haram, protes haram dan bantahan haram.

Dan…., bercanggah pula dengan pendirian bapak dan kepala ‘Beruk-beruk’ dan ‘Kera-kera’ yang menjelaskan pihaknya tidak ada kuasa, daya dan upaya untuk menghalang kejadian protes, tunjuk perasaan dan demontrasi ‘haram’ oleh kumpulan-kumpulan ‘Beruk’ yang sedang ‘galak’ ini.

Semua itu diketahui umum bahawa kumpulan-kumpulan berkenaan dari ‘kepala’ hingga ‘keekornya’ sememangnya mempunyai agenda tersendiri, politik tersendiri dan helah tersendiri.

Diakhir persembahan mereka itu, diistiharkan satu ‘MEMORANDUM’ penegasan dari kumpulan ‘Beruk’ dan ‘Kera’ ini untuk dipersembahkan kepada pihak ‘atasan’ kononnya bagi menjaga kesucian pegangan yang dianuti selama ini dari nenek-moyangnya.

Oleh itu, satu pesanan kepada semua agar kita semua tidak mudah tertipu dan ditipu oleh kumpulan-kumpulan ‘Beruk’ dan ‘Kera’ yang nakal ini.

RENUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRLAH…

1 comments:

su ha berkata...

Beruk pun dah pandai takbir ke sekarang?

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top