Umno tipu OKU?!

SETIU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa tidak berlaku adil terhadap penerima dana khas bantuan raya di kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu.

Mangsanya, Ahmad Kamalrul Hisan Ahmad Hanipah, 29, dari Kampung Tok Dor Luar, Setiu tergolong dari kalangan OKU akibat kemalangan jalan raya tahun 2010.

Sebelum itu, katanya yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak berusia hampir tiga tahun pernah menerima bantuan hari raya tersebut.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM500 sebulan melahirkan rasa terkilan setelah dua tahun namanya tercicir dari senarai penerima bantuan tersebut.

“Saya rasa terkilan dan tidak puas hati kenapa nama saya dikeluarkan. Saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya ada isteri dan seorang anak yang berusia hampir tiga tahun. Saya tidak boleh kerja berat selepas kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu,” ujarnya.

Menurutnya, aduan pernah diajukan kepada pihak Penghulu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pejabat Dun Jabi, Setiu.

Katanya, kali terakhir menerima bantuan raya yang diagihkan setiap tahun kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah pada 2008 sebanyak RM300.

Beliau dimaklumkan oleh pihak tertentu banyak kes ‘tendang’ (terkeluar) dari senarai berlaku tetapi nama pemohon terbabit digunapakai pihak lain.

“Saya diberitahu oleh pihak tertentu banyak kes ‘tendang’ (keluar) dari senarai berlaku tetapi nama kita (pemohon) telah digunapakai oleh orang lain.

“Jika perkara (kes) ini benar-benar berlaku, saya rasa sangat kecewa dan hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional sekarang,” tegasnya.

Menurutnya, slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang digembar-gemburkan itu sekadar retorik sahaja.

Dimaklumkan, bagi menampung keperluan keluarga ini isteri Ahmad Kamarul iaitu Puan Noraini Othman, 26, kini bekerja mengambil upah menjahit pakaian.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top