RM250,000.00 Harga Pentas Rosmah?


DUNGUN: Benarkah kos bagi pembinaan sebuah pentas Program Pandu Puteri Turun Padang Bersama Masyarakat Nelayan Daerah Dungun yang dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bernilai RM250,000?

Program tersebut diadakan di Padang Astaka Seberang Pintasan, Dungun, pada 30 April lalu bersempena Program Turun Padang (PTP) Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir dan Bukit Tunggal.

Rosmah merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia mangadakan program berasing dengan PM yang dikatakan usaha ‘mengempur’ dua Dun yang dimenangi oleh PAS.

Sumber Awang memaklumkan, harga kos persiapan pentas yang digunakan oleh isteri Perdana Menteri itu terlalu mahal mencecah suku juta ringgit.

Jika benar sebagaimana didakwa itu pelbagai pihak menyifatkan kos tersebut tidak munasabah serta berunsur penyelewengan.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata program pemimpin bertemu masyarakat itu perkara biasa tetapi jika melibatkan perbelanjaan melampau perlu ditegur.

Ini kerana, katanya dalam keadaan ekonomi serta kewangan negara yang ‘lemah’ tiba-tiba pemimpin bersikap boros.

“Saya rasa tidak seronok apabila ada sumber mengatakan kos perbelanjaan pentas sahaja hingga mencecah melebih RM200 ribu.

“Jika diambilkira semua kos perbelanjaan yang digunakan wang rakyat untuk program melibatkan isteri PM, Datin Rosmah Mansor itu boleh mencecah RM500 ribu atau RM1 juta,” ujarnya.

Menurutnya, pemimpin seumpama itu tidak prihatin dengan masalah negara yang patut mengamalkan langkah berjimat-cermat.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat menggesa agar rakyat menilai kepimpinan negara sedia ada bagi membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Hadir sama pada majlis bersama Rosmah, Adun Rantau Abang, Dato’ Za’aba Mohd Adib dan Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top