154 kes jenayah syariah

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu diberitahu sebanyak 154 kes melibatkan pelbagai kesalahan jenayah syariah berlaku di negeri ini antara Januari hingga April 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata jumlah tangkapan kes jenayah syariah di bawah Enakmen Syariah Negeri Terengganu 2002 melibatkan kes khalwat antara yang tertinggi.

Katanya, kes berkhalwat di bawah Seksyen 31 melibatkan 35 kes pada bulan Januari, 34 kes (Februari) dan 46 kes (Mac).

“Jumlah tangkapan kes jenayah syariah di bawah Enakmen Syariah Negeri Terengganu 2002 daripada bulan Januari hingga Mac bagi kesalahan berkhalwat Seksyen 31, Januari ada 35 kes, Februari 34 kes dan Mac ada 46 kes,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan lisan Adun BN-Alor Limbat, Alias Abdullah yang inginkan jawapan jumlah tangkapan kes jenayah syariah di bawah Enakmen Syariah Negeri Terengganu 2002 seluruh negeri Terengganu bagi Januari hingga Mac 2011.

Manakala, katanya bagi kesalahan jenayah syariah kedua tertinggi berkait dengan persediaan melakukan persetubuhan di luar nikah sebanyak lima kes bulan Januari, tiga kes (Februari) dan Mac kes.

Menurutnya, kesalahan di bawah Seksyen 23 jenayah minum minuman memabukkan hanya satu tangkapan di daerah Marang pada bulan Mac 2011.

“Kesalahan jenayah yang berkaitan dengan persediaan melakukan persetubuhan di luar nikah, Januari ada lima kes bagi daerah Kuala Terengganu, Februari (3) kes dan bulan Mac (3) kes.

“Jenayah minum minuman memabukkan, Seksyen 23 tidak ada tangkapan pada bulan Januari-Februari dan hanya satu tangkapan pada bulan Mac di daerah Marang,” ujarnya.

Karzan menjelaskan bagi kesalahan perbuatan tidak bermoral kerana mendedahkan aurat di khalayak ramai pula masing-masing satu kes.

Manakala, katanya 24 kes jenayah syariah lagi dicatatkan di seluruh daerah di negeri ini pada bulan April 2011.

“Ada satu kes pada bulan Januari dan Februari bagi perbuatan tidak sopan di daerah Dungun di bawah Seksyen 34 dan tidak ada tangkapan pada bulan Mac. Pada bulan April dikeseluruhan daerah ada 24 kes,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya kesalahan pertama jumlah denda yang dikenakan amatlah rendah antara RM3,000 hingga RM5,000 dan rayuan boleh dibuat di mahkamah.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top