Umno bermimpi siang hari


KEMAMAN: Umno disifatkan bermimpi disiang hari apabila mempelawakan PAS berkerjasama dengan parti itu serta meninggalkan Pakatan Rakyat.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata PAS bersama dengan rakyat ketika susah.

Katanya, Umno usah bermimpi disiang hari mengajak PAS bersama-sama dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno-BN bertanggungjawab merugikan orang Melayu termasuk menghapuskan tulisan Jawi.

“Kita (PAS) bersama dengan rakyat baik susah. Kita berjuang menegakkan keadilan untuk semua.

“Umno usah bermimpi disiang hari nok ajak PAS bersama dengan Umno dan Barisan Nasional. Mereka bertanggungjawab merugikan orang Melayu dengan terhapusnya tulisan Jawi,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Isu Semasa di Kampung Paya Berenjut, Sempena Program Al-Falah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Kemaman, baru-baru ini.

Menurutnya, Umno-BN perlu ‘dinyahkan’ dari bumi Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, rakyat perlu berani membuat perubahan agar tidak lagi diperbodohkan oleh pemimpin Umno-BN.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti KeADILan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top