Hidupkan K10 dalam PAS

DUNGUN: Muslimat PAS mahukan agar pendekatan Ketua 10 (K10) diaktifkan secara maksima di kalangan Muslimat termasuk Pemuda dan Muslimin.

Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokti berkata Ketua 10 (K10) perlu diaktifkan secara maksima bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, masa mendekati rakyat perlu dipergiatkan melalui K10 bukan sahaja di kalangan Muslimat PAS tetapi juga Pemuda dan Muslimin.

“Aktifkan K10 kita (PAS) secara maksima, minta kerjasama Pemuda PAS dan Muslimin bantu Muslimat PAS yang menggerakkan K10 ini,” ujarnya ketika berucap pada Ijtima’ PAS Dun Paka, di Madrasah Darul Bayan, Paka, Dungun, baru-baru ini.

Menurutnya, pendekatan K10 yang diperkenalkan oleh parti mampu merapatkan jurang antara PAS dengan masyarakat setempat.

Selain itu, katanya parti disarankan agar memanfaatkan penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di kalangan ahli dan orang ramai.

Beliau mahukan agar unit terbabit menggunakan semua saluran maklumat seperti sms, fecebook dan laman blog bagi tujuan dakwah.

“Saya mencadangkan supaya pihak terlibat dengan unit ini dapat memanfaatkan penggunaan sms, facebook, blog dan lain-lain kepada ahli dan bukan ahli untuk tujuan maklumat dan dakwah,” jelasnya.

Katanya, teknologi maklumat dengan penggunaan internet tidak boleh dipandang remeh dalam perjuangan Islam PAS.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top