Umno ‘cedera’ parah?

DUNGUN: PAS Terengganu menyifatkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada dalam situasi politiknya yang semakin “parah”.

Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata hubungan dalam komponen Barisan Nasional juga semakin rapuh.

“Kerajaan Umno-BN kini berada dalam satu keadaan politiknya yang makin ‘parah’. Mereka semakin rapuh dalam perpaduan antara BN dan MCA,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka dan Majlis Pecah Tanah Asrama Muslimat di Sekolah Menengah Darul Bayan, Pinang Merah, Paka pada Mei lalu.

Menurutnya, ‘kerapuhan’ perpaduan dalam BN antara Umno dengan MCA kini diketahui oleh seluruh rakyat.

Sehubungan itu, Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang mendakwa PAS dan Pakatan Rakyat kini berada dalam keadaan peluang yang sangat baik.

Inilah, katanya peluang rakyat melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

“Kita sekarang berada dalam keadaan peluang yang sangat baik untuk rakyat membuat perubahan dalam PRU ke-13,” ujarnya.

Menurutnya, perubahan perlu dilakukan oleh rakyat bagi menggantikan Umno dan kerajaan BN yang ‘lemah’ ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, yang juga Pengerusi Darul Bayan, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top