Rakyat Malaysia ‘malu’ Najib jadi PM


Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Keenam menggantikan mantannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi wajar membersihkan diri dari segala tuduhan ke atasnya yang boleh mencemarkan imej negara di mata dunia.

Imej ‘buruk’ PM itu dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah serta pembunuhan misteri wanita Monggolia, mendiang Altantuya yang mayatnya diletupkan di negara ini.

Sejak Najib jadi PM 1Malaysia konon, Awang terima banyak komen-komen dan kritikan yang menzahirkan rasa ketidakpuasan hati serta kebimbangan dengan tindak-tanduk PM ini.

Baru-baru ini, Awang ada bertemu dengan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Saudara Fariz Musa di bandaraya Kuala Terengganu.

Beliau memberitahu Awang betapa malunya dengan tindakan Najib yang sejak akhir-akhir ini semakin tidak bijak bertindaknya.

Banyak kes yang berlaku termasuk kes liwat Anwar Ibrahim, ke kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kes pembunuhan budak Cina (Teoh Beng Hock), serangan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, kes kalimah Allah, kes arak kepala lembu dan lain-lain.

Namun begitu, apa yang sangat dimalukan kenbapa Najib tidak berani mengambil tindakan terhadap pihak asing yang mengaitkan namanya dengan mendiang Altantunya.

“Saya dan rakyat Malaysia umumnya cukup malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitan dengan pelbagai skandal rasuah dan pembunuhan Altantuya.

“Kami mahu namanya dibersihkan terlebih dahulu kerana tuduhan itu boleh mencemarkan imej negara dan rakyat Malaysia seluruhnya,” kata.

Katanya, AMK dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak mempertikaikan perlantikan Najib sebagai PM jika benar-benar seorang yang bersih dan layak.

Beliau yang juga Timbalan AMK Malaysia melahirkan rasa malu sebagai rakyat di negara ini kerana pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia tidak mengambil tindakan tegas ke atas dakwaan media asing yang mendakwa nama Najib dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya.

Menurutnya, nama Najib itu dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita tersebut yang disiarkan dikebanyakkan akhbar-akhbar di Perancis, Australia dan laman web di internet.

Katanya, sebagai rakyat yang berdaulat di negara ini wajar merasa malu dan terhina dengan dakwaan tersebut dikaitkan dengan pemimpin paling berkuasa di Malaysia.

“Dato’ Seri Najib sekarang telah dilantik menjadi Perdana Menteri dan sebagai orang yang paling berkuasa di Malaysia.

“Kenapa Najib (PM), kerajaan dan kedutaan kita (Malaysia) tidak mengambil tindakan tertentu untuk membersihkan nama beliau (Najib) dari tuduhan media asing dalam kes Altantuya,” soalnya.

Bahkan, katanya larangan tersebut hanya dikeluarkan dalam tiga pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang melarang keras isu pembunuhan Altantuya didedahkan.

‘Dan Sebenarnya’…Awang ada banyak lagi cerita yang mengaitkan kes moral dan skandal Najib, Rosmah dan pemimpin Umno yang lain.

RENUNG BAIK-BAIK…FIKIR MASAK-MASAK

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top