Hari Keluarga Awang Ke Batu Pahat, Johor




HARI INI…. 12 Mac 2010 (Jumaat) sekitar jam 10.30 malam, Awang dan keluarga bertolak ke Johor dengan menaiki MPV Avanza TAK 5505.

Pada mulanya, Awang dan keluarga bercadang hendak singgah di Kemaman dan tidur seketika. Sekitar awal pagi sebelum subuh mahu meneruskan perjalanan ke Johor.

Namun begitu, hasrat itu dibatalkan dan Awang meneruskan perjalanan kerana kami sampai di Kemaman pun sudah jam 1.00 pagi (13 Mac 2010-Sabtu) dan jika hendak berhenti tidur pun sekadar satu dua jam sahaja.

Maka, Awang meneruskan perjalanan kerana mata masih cerah dan tidak mengantuk. Kebetulan pula, bersaing dengan Pak Mansor orang kuat ‘Mampat’ dan ‘PKR’ Terengganu.

Kami berhenti di sempadan Chendor-Kemaman untuk minum sambil makan ‘lempeng’ dengan air kopi radix…’mai secawan’ kata iklan Kopi Radix dalam tv.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan tetapi ‘berpisah’ dengan Pak Mansor kerana dia mahu ke Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Mersing, Johor.

Manakala, Awang mahu singgah di Felda Selancar di rumah adik (Noraini-Firdaus) melalui Lebuh Raya Kuantan-KL dan Pak Mansor ikut jalan lama Pekan-Rompin.

Sampai ke Tol Gambang…mata Awang mengantuk sangat dan singgah dulu selepas bayar tol dan Awang berehat tidur untuk satu dua jam. Hilang mengantuk..mata segar kembali.

Awang bangun jam 4.30 pagi dan meneruskan perjalanan Tol Gambang-Segamat. Sekitar jam 6.00 pagi Awang dan keluarga selamat sampai ke Felda Selancar seperti yang dirancangkan.

‘Dan Sebenarnya’…keluarga Awang adik-beradik termausk mak-ayah rancang buat Hari Keluarga. Dan destinasi pilihan kali ini setelah dua tahun tertangguh ialah Batu Pahat, Johor.

Kami semua tidur di hotel dan sepanjang dua hari itu dibuat dengan pelbagai pengisian mandi-manda di kolam rekreasi, sukaneka dan sebagainya.

Ringkas ceritanya, percutian itu sungguh menyeronokkan untuk anak-anak serta mengikatkan hubungan silaturrahim dalam keluarga.

Sepanjang tempoh 13 hingga 15 Mac 2010, Awang tidak berada di Terengganu meski pun pelbagai program parti yang agak besar-besar berlaku dalam tempoh tersebut.

Sambutan 25 Tahun Jubli Perak PAS Kawasan Marang selama dua hari itu tidak dihadiri oleh Awang kerana bercuti serta tidak ada dalam negeri (Terengganu). Maka, sudah pasti orang akan tercari-cari ke manakah menghilangnya Awang, barang kalinya.

Tapi apa boleh buat..kami telah rancang tarikh itu sejak sekian lamanya dan pertembungan sudah pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan lagi.

Setelah selesai, pada 15 Mac 2010…Awang bertolak balik dari Batu Pahat-K.Terengganu dan selamat sampai ke Terengganu sekitar jam 3.30 pagi kerana banyak berehat, tidur dan mengantuk yang teramat sangat.

Awang terpaksa balik juga ke Kuala Terengganu kerana pada keesokkan harinya 16 Mac 2010 (Isnin) Awang perlu ke Pulau Perhentian pula mengikuti rombongan Pemuda. (akan Awang dedahkan dalam laporan eklusif nanti).

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top