Ibubapa pelajar Chung Hwa Wei Sin ‘protes’





Pantang bagi budaya orang Cina (tionghua) apabila masuk rumah ikut ‘pintu belakang’ yang dianggapnya tidak baik serta gemar melakukan perkara yang ‘sumbang’.

Tiba-tiba sahaja, selepas pesekolahan dibuka semula setelah beberapa hari bercuti kerana menyambut Tahun Baru ‘Gong Xi Fa Cai’.

Apabila ibubapa ke sekolah untuk menghantar anak-anak mereka mendapati pintu utama sekolah berkenaan ‘DITUTUP’.

Semua pelajar dan guru-guru kecuali ‘guru berpangkat’ TIDAK DIBENARKAN menggunakan laluan pintu utama sekolah.

Sumber ibubapa dan sekolah memberitahu Awang. Larangan tersebut dibuat kerana pernah pada suatu ketika Pegawai Pendidikan yang keluar makan tengahari dan balik semula sekitar jam 2.00 petang.

Laluan di hadapan pintu pagar utama itu ‘terhalang’ oleh kenderaan ibubapa pelajar yang datang menjemput anak-anak mereka pulang.

Marah dengan situasi ketika waktu puncak itu lalu diadakan satu mesyuarat serta arahan dikeluargakan kepada Guru Besar Chung Hwa Wei Sin supaya pintu utama itu ditutup sepenuhnya.

Pihak sekolah diarah membuka laluan ‘belakang’ sebagai pintu masuk ke sekolah iaitu melalui bahagian kantin.

Awang dimaklumkan oleh pihak guru sedikit peruntukan diberikan kepada pihak sekolah bagi tujuan pengubahsuaian serta membuka pintu masuk ‘di belakang’ sekolah tersebut.

Berikutan itu, Ibubapa pelajar Chung Hwa Wei Sin menyifatkan pihak Jabatan Kementerian Pelajaran (JKN) Terengganu ego apabila mengarahkan pintu utama masuk ke sekolah tersebut ditutup.

Bahkan, pihak jabatan berkenaan langsung tidak mengadakan perbincangan dengan ibubapa serta Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Tindakan menutup pintu utama itu menyukarkan para pelajar dan ibubapa yang menghantar serta mengambil anak-anak mereka ke sekolah berkenaan.

Seorang ibu, Puan Tan Suan Tan, 43, mendakwa para pelajar tidak dibenarkan menggunakan laluan pintu masuk utamanya.

Katanya, para pelajar diarah menggunakan pintu belakang sekolah berhampiran kantin.

“Saya tidak setujulah pintu (utama) ini ditutup kerana menyusahkan anak-anak ke sekolah dan urusan ibubapa menghantar dan mengambil.

“Pintu ‘belakang’ sana sangat sibuk dan jauh. Mereka (jabatan) ini ego tidak mahu berbincang dahulu dengan ibubapa,” jelasnya.

Seorang bapa pelajar, Encik Yong Tuck Kung, 53, turut menyifatkan tindakan penutupan pintu utama itu bersifat ego serta mementingkan diri sendiri.

“Sekolah ini bukan baru dan telah ada (wujud) sejak lebih 40 tahun. Patut bincanglah dengan ibubapa atau persatuan (PIBG).

“Ini tiba-tiba selepas raya kita (cina) pintu pagar utama sekolah telah ditutup dan semua orang (pelajar, guru dan ibubapa) susah,” ujarnya.

Encik Ah Seng, 45, dari Hiliran Masjid mahukan pihak berkenaan membuka semula pintu masuk utama terutama waktu pagi sahaja.

“Kami (ibubapa) mahu pintu utama itu dibuka semula waktu pagi untuk hantar anak-anak ke sekolah antara jam 6.45 hingga 7.30 pagi.

“Jika hari hujan budak-budak (pelajar) akan kebasahan kerana tidak ada laluan berteduh,” ujarnya.

Menurutnya, waktu masuk pejabat bagi kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kira-kira jam 8.00 pagi.

‘Dan Sebenarnya’.., ibubapa mula menghantar anak-anak ke sekolah antara jam 6.45 hingga 7.30 pagi dan waktu pulang sekolah kira-kira jam 2.00 petang.

RENUNG BAIK-BAIK….FIKIR MASA DEPAN

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top