Perayaan Jubli Perak PAS Marang ke-25


SYABAS!!..Awang ucapkan terutama kepada PAS Kawasan Marang tempat kelahiran seorang tokoh ulama’ tersohor di dunia Islam hari ini.

Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang.

Awang dimaklumkan, PAS Marang akan meraikan suatu Perayaan Sempena 25 Tahun Jubli Perak pada 12 dan 13 Mac 2010 iaitu hari Jumaat dan Sabtu terdekat ini di perkarangan Masjid Rusila, Marang.

Sepanjang tempoh dua hari dua malam itu, pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan khemah tercantik, menjala ikan, liga bola sepak pantai, persembahan nasyid kumpulan Saujana, Shaoutul Amal, Penyair Dinsman, dikir barat Megat Nordin & Jen Indoro.

Selain itu, pertandingan memancing, larian jubli perak, sukan rakyat, sukaneka remaja & kanak-kanak, pertandingan memasak, mengayam, melukis, mewarna, bayi pinta, azan dan banyak lagi.

Bahkan, di sebelah malamnya juga akan diadakan Ceramah Perdana yang dibarisi oleh kepimpinan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat dan Setiausaha Perhubungan PAS negeri Terengganu.

Tidak lupa juga dianjurkan solat hajat perdana, malam kesenian Islam, ekspo perdagangan serta pertandingan memancing.

Cuma Awang tertarik dengan temanya iaitu ‘Bersepakat Melonjak Kemenangan’…maknanya, pakat-pakat dan sama-sama buat kerja untuk menang.

Perlu diingatkan, cakap-cakap hendak menang memanglah mudah dan senang. Awang ingat lebih mudah dari hendak ‘kentut’ atau ‘berak’ (buang air besar).

Tetapi sudahkah kita bersedia untuk menang sekali lagi di Terengganu ini. Sebab, peluang ‘keemasan’ untuk ke arah itu terbentang luas tetapi persiapan kerja-kerja parti ‘lagu’ (tindakan) mana tidak diketahui.

Apa yang hendak Awang sampaikan di sini dan Awang sendiri dengar serta alami ‘apa orang kata’ tentang wakil-wakil rakyat PAS dan jentera parti sangat tidak sedap telinga mendengar, mata melihat, bahu memikul, kaki berjalan dan sebagainya.

Di sini pun, kali ini Awang tidak berhajat sangat untuk bercakap dan mengulas perihal wakil-wakil rakyat PAS yang diperkatakan itu. Insya’Allah dilain hari kita ‘bersembang’ hal itu sampai pagi.

Cuma kali ini, Awang hendak ajak rakan-rakan, ibubapa, kaum muslimin-muslimat supaya dapat sama-sama hadir ke program sempena 25 Tahun Jubli Emas PAS Kawasan Marang.

Datanglah, beramai-ramai kerana peluang serta potensi sangat besar untuk PAS mencapai kemenangan kali kedua di Terengganu. Dan jika silap perhintungan…tinggal empat batu nisan pulaklah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

RENUNG MANA YANG BETUL…FIKIR MANA YANG SALAH

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top