SISBAKTI kena seiring dengan politik semasa


Salam For All….

Maaf rasanya agak alam juga Awang tidak menulis di laman blog ini dan kali terakhir rasa bertarikh 11 Mac 2010 lalu sehari sebelum berlakunya AGM Sisbakti 2009 Kali Pertama Tahun 2010, baru-baru ini.

‘Dan Sebenarnya’…bukan apa kerana sebaik sahaja habis Mesyuarat Agung Sisbakti tersebut Awang segera balik ke rumah buat persiapan untuk bertolak ke Johor bersama keluarga pada malam tersebut.

Mengimbas kembali apa yang berlaku dalam ucapan perasmi mesyuarat iaitu Pengasas Institut Berakan (IB), Dato’ Abu Bakar Chik mempunyai suatu pengharapan, komitmen yang tinggi kepada Sisbakti dan Jemaah Islam PAS.

Apa yang Awang faham kata Ustaz Abu Bakar ialah PAS kini telah melangkaui sempadan bangsa seiring dengan perkembangan politik negara yang semakin komplikated.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu berkata perkembangan yang positif dilalui oleh PAS kini menjadi tumpuan semua pihak.

Katanya, PAS telah berjaya memecahkan ‘tembok’ pemisah yang selama ini ditakuti oleh kaum bukan Islam terutama dari bangsa Cina dan India.

“Hari ini, PAS telah merentasi sempadan bangsa sejajar dengan perkembangan politik negara yang semakin komplikated.

“Parti (PAS) telah menubuhkan satu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS yang mempunyai Undang-undang Tubuh sendiri dibawah Fasal tertentu dan badan ini mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli bukan Islam,” jelasnya.

Ustaz Bakar Chik berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2010 Pertubuhan Siswa-Siswi Lepasan Institut Berakan (Sisbakti) di Dewan Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Tok Jiring, dekat sini, pada 12 Mac 2010 lalu.

Katanya, PAS semakin diyakini oleh semua golongan termasuk di kalangan bukan Islam yang menjadi harapan baru kepada rakyat.

Ustaz Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yakin PAS mampu memimpin perubahan yang bakal ditinggalkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kelak.

“Semua pihak hari ini mahu kepada PAS termasuk di kalangan orang bukan Islam dan menjadi harapan baru rakyat.

“Saya cukup optimis dan yakin PAS boleh memimpin perubahan untuk menggantikan Umno dan kerajaan Barisan Nasional suatu masa nanti,” tegasnya.

Justeru itu, katanya Sisbakti sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) juga harus bergerak sejajar dengan perkembangan politik semasa dalam negara.

Menurutnya, pergerakan Sisbakti sebagai sebuah badan NGO dalam masyarakat boleh berperanan memperkuat serta memperkukuhkan parti PAS.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top