Umno ‘Juara Rakyat’ 1



Awang diberitahu orang bahawa kerajaan memperuntukkan sebanyak RM51.4 juta untuk membina serta membaik pulih 2,102 rumah rakyat miskin tegar di negeri Terengganu.

Pengumuman tersebut pernah dibuat oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 13 Disember 2008 lalu, di Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu.

Waktu itu, jika tidak silap Awang ‘time’ (masa) berlaku kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akibat kematian penyandangnya, Dato’ Razali Ismail.

Masa itu, berlaku pertembungan politik antara clon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Terengganu dengan calon Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Calon Bebas ada juga bertanding tetapi hilang deposit malah lebih buruk prestasinya dari bekas calon bebas yang lalu iaitu ‘Tok Mun” (Maimun) yang pernah bertanding sebagai Calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, lalu.

Maka, untuk mengekalkan kemenangan kerusi MP Kuala Terengganu. Pelbagai ‘janji-janji’ manis ditabur kepada rakyat terutama sasaran orang miskin, ibu tunggal, belia remaja dan sebagainya.

Boleh dikatakan, setiap kali dating musim pilihan raya rakyat akan jadi ‘Raja’ dan pemimpin-pemimpin parti akan jadi ‘kuli’. Apa sahaja yang rakyat minta akan dituruti kerana mahukan ‘balasan’ undi kelak.

Namun begitu, hingga kini setahun lebih berlalu ‘janji-janji’ manis menteri berkenaan tidak kesampaian dan mungkin berlaku ketirisannya.

Awang sendiri ada juga menemui penduduk yang termasuk dalam kategori miskin, ahli Umno tetapi tersisih kerana tidak sehaluan dengan pemimpin masyarakat setempat.

Encik Hussin Sulong, 63, dari Kampung Wakaf Chagak, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit dinafikan hak menerima bantuan atap dan baiki rumah tersebut.

Katanya, beberapa kali permohonan pernah dibuat dan bancian pihak berkenaan juga dilakukan tetapi kelulusan ‘tergantung’.

“Rumah saya sekarang banyak yang atapnya bocor tetapi bantuan atap yang diagihkan kepada penduduk miskin tidak diperolehi.

“Saya pernah buat permohonan dan dia (pihak berkenaan) datang ambil gambar rumah tetapi tidak tahu lulus atau tidak,” ujarnya.

Beliau mendakwa ada kes-kes tertentu penduduk yang dapat bantuan atap dan subsidi baiki rumah beberapa kali seorang kerana baik dengan orang ‘tertentu’.

Isterinya, Puan Rahimah Sulong, 59, memberitahu banyak atap rumahnya bocor serta tiris terutama musim hujan.

Katanya, bahagian dapur paling teruk dan sangat memerlukan bantuan atap kerajaan jika berlaku secara adil.

“Janganlah menghukum kami hanya kerana ada di kalangan anak-anak yang bersama dengan perjuangan PAS.

“Itu hal politik, dia (anak) punya pasal, saya tidak campur tangan. Kami (rakyat) orang miskin perlukan bantuan dan perhatian kerajaan,” jelasnya.

Awang mendapati kedua-dua pasangan terbabit pernah menjadi ahli Umno yang aktif suatu masa dahulu dengan nombor keahlian Umno masing-masing 00734080 (Hussin Sulong) dan 00736041 (Rahimah Sulong).

Rakyat dan pengundi masih ingat, Tan Sri Muhammad (Mat Taib) pernah memaklumkan sejumlah 3,758 orang masih tersenarai sebagai miskin tegar dan 6,563 orang ketua isi rumah miskin di negeri di Terengganu.

Manakala, sejumlah 28,375 orang dijangka akan menerima manfaat dari program membina dan membaik pulih rumah penduduk miskin tegar berkenaan.

‘Dan Sebenarnya’…rakyat hanya dijadikan ‘Raja’ ketika musim berkempen seminggu atau 10 hari itu sahaja dan selepas itu akan dilayan seperti ‘kuli’ semula.

Slogan yang diguna-pakai oleh PM Dato’ Seri Najib ‘1Malaysia’ dan ‘Rakyat Didahulukan’ pun memang betul dan tepat mengena sasarannya.

Rupa-rupanya…, 1Malaysia ini ‘rakyat didahulukan’ untuk susah dan akan menerima musibah di atas salah-laku kepimpinan nama yang diterajui oleh Barisan Nasional dan Umno sebagai ‘tulang belakangnya’.

RENUNG SEKALI LAGI…FIKIR SEBELUM BUAT

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top