PADA Hari Jumaat (5 Mac 2010) ini, semua Ahli-ahli Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2010.
Mesyuarat tersebut akan dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali di Dewan Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, di k/m 14, Kampung Tok Jiring, Jalan Kelantan.
Awang dimaklumkan mesyuarat YAKEP kali ini amat penting dan semua Ahli-ahlinya diminta dapat menghadirinya.
Justeru itu, sebarang pertanyaan mengenainya sila hubungi pihak Urusetia YAKEP, Encik Roswadi di talian 013-990 2387 atau 09-666 9550.
Oleh itu, Awang harap mana-mana yang berkenaan itu dapat datang dan tidak menguzurkan diri untuk hadir dan direkodkan.
Biasalah, bila kerja-kerja kebajikan yang tidak ‘bergaji’ dan tidak ‘berelaun’ dan tidak ‘berkepentingan peribadi’ tidak diberi keutamaan oleh sesiapa sahaja.
Sedangkan, mereka lupa bahawa semua yang dihajati itu akan dibayar oleh Allah SWT secara ‘tunai’ di akhirat kelak, Insya’Allah.
RENUNG-RENUNGLAH…..FIKIR-FIKIRLAH UNTUK DATANG
0 comments:
Catat Ulasan