Umno calarkan imej Islam?

Salam For Rakyat:

Semalam, Awang berjumpa dengan seorang kenalan lama yang tinggal dan berasal dari Jertih, Besut iaitu di sebelah utara negeri Terengganu Darul Iman. Namanya, Idris bin ……… tapi bukan bin Jusoh.

Kami jumpa, sembang dan minum petang sambil makan pisang goreng dan air cendol. Sedap sekali dan kami berbual-bual tentang cerita sewaktu kenangan di sekolah hingga kepada soal-soal politik.

Sengaja Awang bertanyakan tentang program-program PAS, PKR dan Umno di Besut. Maka, diceritalah oleh teman Awang tadi perihal satu program besar yang PAS telah buat pada bulan Mac lalu.

Awang diberitahunya, sambutan sangat baik dan kehadiran boleh mencecahan puluhan ribu selama dua hari diadakan program Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS Ganti Umno” Kedua (PGU-2) di Medan PGU Besut, Jertih, 19 Mac lalu.

Kata teman Awang lagi, PAS berpendapat Umno bertanggungjawab mencalarkan imej Islam dengan tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Menurutnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Umno tidak mengikut cara Islam yang sebenar serta tidak melaksanakan apa yang diajar oleh Nabi Muhamad SAW.

Ini kerana, katanya Islam bukan dibuat-buat oleh pemimpin PAS atau “direka” oleh para ulama’ dan Nabi Muhamad SAW sendiri.

Menurutnya, ajaran Islam merupakan agama Allah Ta’ala yang tetap akan dipelihara dan dijaga oleh Allah SWT.

“Pada PAS, Umno tidak mengikut cara Islam yang sebenar. Umno tidak melaksanakan Islam yang diajar oleh Nabi Muhamad SAW.

“Islam ini bukan parti PAS buat, bukan Tok Guru Nik Aziz buat, bukan saya buat, bukan ulama’-ulama’ yang buat dan bukan Nabi Muhamad SAW yang “reka”. Islam adalah agama Allah Ta’ala yang tetap dipelihara oleh Allah SWT,” jelas teman Awang kata Ustaz Hadi.

Katanya lagi, Umno tidak boleh menunjukkan contoh yang baik bukan sahaja kepada orang Islam juga kepada bukan Islam.

Malah, katanya Umno menjadi contoh yang sangat buruk hingga mencalarkan imej Islam dimata masyarakat umumnya.

“Islam yang dibawa oleh Umno sebagaimana yang diajar oleh “orang putih” (penjajah Inggeris). Islam yang tidak ada kuasa, Islam yang duduk di Pejabat Agama. Kuasa dia (pejabat agama) tengok anak bulan bila hendak puasa, hendak raya.

“Bila orang kahwin ‘register’, bila orang bercerai ‘register’, orang mati bahagi pusaka, dan jaga (kawal) masjid-surau, jaga khutbah jumaat, jaga orang mengajar agama supaya jangan kata kepada kerajaan. Dosa pahala ini dalam bab puasa, sembahyang dan haji sahaja,” kata Dato’ Seri Abdul Hadi.

Menurutnya, kepada Umno dalam bab memerintah negeri, mentadbir pejabat, menguruskan ekonomi negara tidak ada dosa-pahala.

Oleh kerana itulah, kata beliau berlaku gejala rasuah, penyelewengan serta “merompak” harta negara hingga beribu juta.

“Dalam bab perintah negeri, dalam bab tadbir pejabat, dalam bab urusan ekonomi negara tidak ada dosa-pahala. Dia (Umno) boleh rasuah, boleh menyeleweng dan boleh buat pelari harta negara ribu-ribu juta.

“Dia (Umno) anggap, dosa-pahala ini tidak berkait dengan politik, tidak berkait dengan ekonomi, tidak berkait dengan tadbir negara.

“Ini menyebabkan Umno tidak boleh menunjukkan contoh yang baik, bukan sahaja kepada orang Islam juga kepada bukan Islam. Umno menjadi contoh yang sangat buruk,” jelasnya.

Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan adalah menjadi kewajipan kepada PAS membetulkan keadaan tersebut.

Katanya, PAS bukan hanya pandai bercakap tetapi telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan baik di Kelantan dan Terengganu.

“Maka, menjadi kewajipan kita (PAS) membetulkan keadaan dan bukan kita cakap sahaja tetapi kita buat sungguh bila kita mula memerintah Kelantan dan Terengganu selepas itu.

“Kita pinda Perlembagaan Tubuh Negeri, apabila kita memerintah Terengganu tahun 1999-2004. Kita (PAS) telah menunaikan satu kewajipan yang besar apabila kita letak dalam Undang-undang Diri Negeri Terengganu, hukum yang paling tinggi adalah Quran, Hadis, Ijma’-ulama dan Qias. Ini perkara Islam yang wajib kita tunaikan,” ujarnya.

Tambah beliau, amanah menjadi pemimpin kerajaan adalah menjaga harta negeri dengan penuh tanggungjawab.

Katanya, harta negeri bukan milik Menteri Besar, bukan milik Exco dan bukan juga milik pemimpin parti-parti yang memerintah.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top