Ini telah ditunjukkan dalam kepimpinan PAS Terengganu yang sering kali melakukan ziarah apabila berlakunya kematian sekali pun terhadap orang bukan Islam.
Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu Penolong Setiausah PAS Terengganu, Hanafiah Mat telah melawat mendiang Long Po Poong, 65, di rumah mayat Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.
Katanya, setiap manusia adalah insan yang sama dari keturunan Nabi Adam a.s yang akhirnya berpecah menjadi pelbagai suku kaum dan bangsa di dunia ini.
“PAS merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Long Po Poong yang mati kemalangan langgar lari.
“Kita (PAS) harap balunya (Siew Moi) dan anak-anak sabar, tabah menerima dugaan (kematian) ini,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai menyifatkan kes langgar lari itu tidak bertanggungjawab.
Awang dimaklumkan, mendiang Po Poong meninggal dunia setelah dimasukkan ke Hospital Kuantan akibat kemalangan langgar lari yang berlaku di Jalan Jakar, Chukai, dekat sini.
Mendiang Po Poong merupakan seorang pekerja bengkel yang baik dan menetap di Kampung Feri Lama, Chukai.
Beliau meninggalkan seorang balu, Goh Siew Moi, 53, dan empat orang anak terdiri dari seorang lelaki dan tiga perempuan.
Siew Moi berkata, mendiang suaminya akan dikebumikan di tanah perkuburan jirat Cina Bukit Kuang.
“Mendiang seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Kami akan semadikan mendiang (Po Poong) di tanah perkuburan jirat (Cina) di Bukit Kuang.
“Saya ucap terima kasih kepada Hanafiah yang datang melawat kami di rumah mayat pada malam ini,” ujarnya.
Tinjauan di rumah mayat tersebut mendapati kehadiran bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai 2008 itu mendapat sambutan dan tepukan dari semua hadirin.
Bahkan, salah seorang dari kaum tionghua itu menjulang tangan Hanafiah serta memaklumkan ini “orang kita” dengan ucapan spontan “beres!!”.
0 comments:
Catat Ulasan