BARU-BARU ini, sekitar 20 Januari 2010 dan hari Sabtu jika tidak silap Awang. Selepas solat asar sekitar jam 5.00 petang terdapat satu perhimpunan atau demontrasi aman di Batu Enam, Kuala Nerus.
Demontrasi tersebut tidak ‘ganas’ yang dibuat oleh orang-orang kampung berkain pelekat cuma mereka angkat sepanduk bantahan sahaja.
Terkejut juga, Awang ingat demontrasi apa rupa-rupa demontrasi membantah judi nombor ekor yang haram beroperasi secara ‘haram’ di kampung orang ‘Melayu Berkopiah Putih’.
Kalau kes-kes macam ini nok cari orang ‘Melayu Bersongkok Hitam’…’HARAM’ tak jumpa kita. Kecuali jika ada isu yang ‘direkaciptanya’ maka, turunlah demo tu setiap minggu bertempik dan bertakbir macam orang puasa seminggu dok makan.
Demontrasi tersebut sebenarnya protes rakyat yang sudah tidak tahan untuk melihat aktiviti ‘tahi judi’ bermaharajalela di kampung mereka.
Aduan kepada pihak ‘berwajib’ sudah dibuat berkali-kali tetapi tiada apa-apa tindakan positif. Jika rakyat bertindak sendiri barulah mereka sibuk dan mula cari orang yang bertanggungjawab menganjurnya.
Bila ditanya, kata pihak berkuasa tidak ada ‘BUKTI’…tetapi kaki-kaki judi semakin hari semakin galak membelinya.
Ada seorang yang Awang lupa namanya, bila kata tidak ada bukti marah ‘menyinga’ dia. Bukti ‘kepala bapak’ apa lagi jika penagih-penagih judi boleh beli ekor ‘haram’ yang diharamkan itu secara bebas.
Dua buah kedai yang berselindung disebalik perniagaan lain dijadikan premis perjudian menjual empat nombor ekor beroperasi secara ‘haram’ di Kampung Batu Enam mendapat bantahan penduduk.
Seramai lebih 100 orang penduduk setempat yang tidak tahan melihat gelagak ‘tahi judi’ terutama di kalangan orang Melayu mengadakan demontrasi aman membantah.
Demontrasi aman tersebut merupakan manifestasi rasa tidak puas hati penduduk terhadap premis yang menjalankan operasi menjual nombor haram.
Premis perjudian tersebut dikesan beroperasi sejak empat tahun lalu tanpa gangguan meski pun beberapa aduan dibuat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT).
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Cawangan Kuala Nerus, Mustafa Ismail berkata beberapa aduan penduduk mengenai premis perjudian tersebut telah dibuat tetapi belum ada tindakannya.
Katanya, aduan tersebut dibuat oleh penduduk kepada Pejabat Agama Islam Terengganu tetapi gagal bertindak kerana tidak cukup bukti.
Menurutnya, protes secara aman itu terpaksa dibuat bagi menarik perhatian pihak berkuasa agar segera bertindak.
“Hari ini, kita (penduduk) di Kampung Batu Enam ini terpaksa membuat bantahan aman atau demontrasi terhadap dua buah kedai yang dijadikan premis menjual nombor ekor haram.
“Kami telah buat aduan kepada Pejabat Agama Islam Terengganu dan pihak Polis tetapi tidak cukup bukti kerana tidak ada slip (kertas judi),” jelasnya, baru-baru ini.
Seorang penduduk, Haji Harun Ismail memberi nasihat terakhir kepada pengendali judi ‘haram’ terbabit agar segera menghentikan kegiatan tersebut.
Menurutnya, jika kegiatan itu masih berterusan tindakan terakhir akan diusir keluar dari premis terbabit.
“Mereka (pemilik) berselindung disebalik perniagaan kedai menjual ikan hiasan, makanan ikan dan alat memancing.
“Sebuah lagi dahulunya kedai basikal dan sekarang tidak lagi tetapi hanya menjual nombor ekor sahaja,” ujarnya.
Justeru itu, beliau berharap dengan tindakan orang-orang kampung tersebut akan memberi kesedaran terhadap kedua-dua pengendali judi haram terbabit.
Menurutnya, aktiviti tidak sihat tersebut berlaku sejak empat tahun kebelakangan ini dan mungkin didalangi pihak tertentu.
Amboi-amboi sedapnya taukeh judi tu…empat tahun niaga judi kerajaan dan pihak berkuasa tidak tahu dan jika tahu pun kata tidak ada bukti.
Rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah, jika mereka berniaga tanpa lesen ‘dok dang’ empat hari datang selalu Penguatkuasa hendak saman atau sita tempat rakyat cari makan.
Awang tidak mahu buat tuduhan apa-apa dalam bab ini tetapi ‘apa yang orang kata’ dan cakap-cakap hingga sampai ketelinga Awang, kononnya aktiviti tersebut semacam ada ‘dalangnya’ dan dilindungi pihak tertentu.
Siapa Awang tidak tahu dan jika sesiapa tahu tolong beritahu Awang segera, biar Awang siasat untuk tentukan apa yang orang kata itu benar-benar berlaku atau tidak.
Awang ucap syabas dan tahniah kepada ‘pak cik-pak cik’ yang berdemo hari itu kerana hampir keseluruhan terdiri di kalangan warga emas. Apa yang penting…’Amal Ma’aruf, Nahi Mungkar’.
RENUNG SEBELUM PARAH,….FIKIR SEBELUM BERTINDAK
1 comments:
Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi
Catat Ulasan