Royalti ! Oh…Royalti !! Kenapa jadi ‘Ehsan’?



Isu royalti nampaknya kini kembali ‘hidup’ setelah hampir tenggelam dan karam di Terengganu. Ketika kerajaan PAS Terengganu memerintah negeri ini satu ‘rampas’ hak royalti negeri telah berlaku pada tahun 2000.

Bahkan, ianya turut ditukar dan disihir menjadi ‘wang ehsan’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjaga KerajaanPersekutuan.

Waktu itu, kepala ‘perompak’ wang royalti adalah mantan Perdana Menteri sekarang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad al-Kutty dengan kerjasama puak-puak kepala ‘penyamun’ di Terengganu Darul Iman.

Hari ini, apabila terbongkar pula rahsia bahawa negeri Kelantan juga berhak memperolehi dan menerima bayaran royalti Petroleum. Maka, ‘meletup’ dan ‘geger’ di seluruh dunia hari ini.

Sama seperti di Terengganu. Di Kelantan juga ada ketu-ketua ‘penyamun’ yang sedia membuat akuan bahawa Kelantan tidak berhak untuk dapat royalti kerana di luar kawasannya.

Apabila, Kelantan boleh sedia dengan hujah dan fakta bahawa royalti tetap hak negeri Cik Siti Wan Kembang Serambi Mekah. Barulah, ketua-ketua ‘Perompak’ dan ketu-ketua ‘Penyamun’ mengakuinya.

Namun begitu, yang mendukacitakan rakyat dan kerajaan Kelantan. Apabila, tiba-tiba royalti ditukar dan disihir jadi ‘ehsan’.

‘Dan Sebenarnya’…malas Awang hendak ulas panjang-panjang tetapi Awang ada bertanyakan member Awang. Dia sebenarnya bekas seoarang pendidik. Cikgulah katakan.

Nama dia, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah yang juga Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan Pengerusi bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gegar di Kelantan.

Berikut adalah soalan-soalan yang Awang Tanya ketika kami bersembang-rambang di pejabatnya, di Taman Busu Tiga, Gong Badak, beberapa hari lalu.

Soalan (S): Setakat mana perkembangan isu royalti di Terengganu hari ini?

Jawab (J): Setakat hari ini Mampat melihat belum ada tindakan positif kecuali selepas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said pulang dari mengerjakan haji di Mekah, dan selepas kepulangannya bertemu dengan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Jerman. Kesannya, nampak seolah-olah MB tidak akan tarik balik saman. Sebelum itu, memang ada kenyataan MB akan tarik balik saman kerajaan negeri kepada Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Melihat perkembangan mutakhir ini yang befrlaku di Kelantan, kami (Mampat) membuat andaian bahawa royalti ‘conferm’ (mengesahkan) tidak akan kembali ke Terengganu kecuali ada sesuatu perkara yang besar berlaku kelak. Sebab, Umno dan kerajaan pusat lebih menekan kepada duit ‘ehsan’ berbanding hak royalti itu sendiri. Walau pun hak itu dipertegaskan oleh segelintir pimpinan Umno seperti Tengku Razaligh. Kita (Mampat) tahu Tengku Razaligh itu Umno yang menegaskan dengan memberi butiran fakta dan hakikat pun tidak mahu diterimanya. Kami (Mampat) berpendapat rakyat kena bangkit untuk memastikan royalti dikembali. Kami (Mampat) merasakan rakyat sendiri kena bangkit. Insya’Allah, secara sedar atau tidak sedar tahun ini adalah 10 tahun atau satu dekad ‘rampasan’ royalti Petroleum, hak dan maruah rakyat Terengganu oleh Umno negeri Terengganu. Mampat sendiri akan mengadakan satu sambutan 10 tahun atu satu dekad ‘rampasan’ hak dan maruah rakyat negeri Terengganu. Kita (Mampat) jangkakan akan dibuat bulan April 2010 secara besar-besaran. Sekarang ini, kita bekrjasama dengan NGOs Kelantan dalam gabungan. Jika Kelantan dapat memang Terengganu pasti akan dapat jugalah dan jika Terengganu dapat, Kelantan pun akan dapat sama hak royalti tersebut.

S: Bukankah pada akhir Disember 2008 lalu Kerajaan Pusat melalui Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan akan menyerahkan kembali hak royalti itu kepada Terengganu?

J: Ya, betul dan saya masih ingat lagi kata-kata Dato’ Seri Najib ketika itu dengan katanya, “Saya merasakan rakyat Terengganu akan bergembira dengan pemulangan semula royalti ke negeri Terengganu”. Tetapi itulah yang kita (Mampat) rasakan sikap ‘kluk-klik’ (berdolak-dalih) dan ‘lebong’ (bohong) yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah sangat ‘menghiris’ hati rakyat Terengganu. Seolah-olah, rakyat Terengganu ini boleh diperbodohkan dan mudah ‘diperkudakan’ sekadar janji-janji kosong. Sebenarnya, dua kali janji-janji mahu menyerahkan kembali hak royalti kepada Terengganu. Kita (Mampat) melihat memang sikap hati perut mereka (pemimpin Umno) tidak mahu menyerahkan kembali hak royalti. Berani saya katakan ini merupakan suatu penipuan pada tahap maksima. Kita (Mampat) tidak lupa pada 13 Jun 2008, ketika kita mengadakan Konvensyen Royalti dan Perdana Menteri waktu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan royalti akan dipulangkan kembali kepada Terengganu. Dua kali janji-janji itu dan bukan sekali dibuat oleh pemimpin negara. Tetapi sehingga sekarang, alasan yang selalu diberikan masalah taknikal. Jika masalah taknikal dijadikan alasan maka, tahap pengurusan di Malaysia sangat lemah dan teruk. Alasan yang diberikan oleh Ahmad Said (MB Terengganu) pun masalah taknikal. Kenapa terpaksa mengambil masa yang begitu lama hingga dua tahun untuk selesai masalah taknikal. Jika beginilah pengurusannya, saya yakin dan pasti pihak pelabur akan lari meninggalkan Malaysia kerana tahap pengurusan yang bodoh.

S: Mampat juga nampaknya ada berperanan dalam isu tuntutan royalti di Kelantan. Boleh tuan jelaskan?

J: Kita (Mampat) menghadiri dan menyertai perbincangan dengan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (Gabungan) dan kita wujudkan satu gabungan yang dinamakan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar). Dalam Gegar terdapat lebih 50 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan Terengganu. Insya’Allah, jumlah tersebut akan bertambah apabila kita buka pula penyertaannya di sebelah Pantai Barat. Dan Kita (Gegar) ada pengerusi bersama dan saya mewakili Mampat dan Dr Abdul Halim Yusuf mewakili Gabungan NGOs Kelantan. Kita merasakan Kelantan dan Terengganu adalah mangsa keadaan yang sama dan mangsa pengkhianatan dan dendam-kesumat kerana kerakusan dan ketamakan kepada duit. Jadi kita (Gegar) bergabung bersama untuk menuntut hak rakyat dan negeri, Insya’Allah.

S: Kerajaan Kelantan telah menolak penyertaannya dalam jawatankuasa ‘wang ehsan’. Apa pendapat Mampat?

J: Saya sangat bersetuju dengan ketegasan dan pendirian Kelantan. Mampat sangat bersetuju dan merasakan tindakan yang dibuat oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat itu betul dan tepat. Kenapa kita mesti masuk dalam jawatankuasa untuk menguruskan wang ehsan. Seolah-olah kita beri pisau kepada musuh dan pisau itu diletakkan dileher kita. Bahkan, secara umumnya, kita (Mampat) beranggapan duit ehsan itu adalah ‘haram’. Jika kerajaan negeri Kelantan bersama dalam organisasi atau jawatankuasa tersebut kita (Mampat) akan tentang. Gegar akan tentang dan Mampat akan tentang sebab tidak betul. Tetapi, tindakan Tok Guru itu sangat-sangat betul dan tepat buat masa ini. Kita tidak mahu dilihat orang seperti ‘Pak Pacak’ atau ‘Pak Turut’ atau ‘Cina Buta’ sahaja. Sebab, kita (Mampat) tahu duit atau wang ehsan itu akan digunakan untuk tujuan politik dan kepentingan rakya Kelantan sebagaimana yang pernah dan sedang berlaku di Terengganu.

S: Sebagai salah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan tuntutan hak royalti. Sejauh manakah Mampat atau Gegar sedia melangkah ke arah lebih jauh?

J: Kita (Mampat) bergantung sejauh mana tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pusat. Kami (Gegar) jangka, kami mahukan royalti sebelum tamatnya perkhidmatan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Dipertuan Agong. Kami (Gegar) berikan tempoh sehingga bulan Oktober 2010 tahun ini untuk memastikan royalti benar-benar dan kami jangkakan sekiranya royalti itu tidak dikembalikan kita akan gerakan kuasa rakyat. Itu kita menjangkakan dan jika boleh tidaklah sampai ketahap itu. Langkah terakhir yang akan kita buat hingga ke peringkat mengerahkan secara maksima rakyat negeri Terengganu dan rakyat negeri Kelantan untuk turun ke Putrajaya. Kita akan mendessak dan menuntut supaya hak kami (rakyat) dikembalikan. Sebab, gerakan mengadakan demontrasi kiya percaya akan menakutkan masyarakat antarabangsa tetapi jika itulah yang terpaksa kita gerakkan. Demi maruah rakyat negeri Terengganu dan Kelantan tidak menjadi masalah kepada kami (Gegar) untuk terus kedepan. Perjuangan ada risiko, saya pasti dan saya tahu. Tetapi apa yang penting kita (rakyat) hendak menuntut hak kita. Sebab, Islam mengajar jika kita mati mempertahankan hak kita dan jika mati kita adalah mati syahid. Itu adalah hak kita dan maruah kita. Mampat bersedia pada bila-bila masa sahaja dan kami (Gegar) juga tidak takut untuk menuntut hak dan maruah kami (rakyat). Kami yakin, kami akan diiktiraf sebagai pejuang hak dan maruah rakyat negeri Terengganu dan Kelantan berbanding dengan tiga orang mengkhianat di Terenggani seorang dan di Kelantan dua orang.

S: Apakah saranan dan nasihat Mampat kepada kerajaan dalam isu hak royalti ini?

J: Siapakah yang lebih toleransi dalam isu tuntutan royalty ini. Antara Tok Guru Nik Aziz dengan Dato’ Mustafa Mamat dan Dato’ Awang Adek. Saya sifatkan kedua-dua mereka (Dato’ Pa dan Dato Awang Adek) itu adalah ‘pengkhianat’ kepada rakyat Kelantan. Sebelum ini, mereka berkeras dan ‘bermati-matian’ mengatakan itu bukan royalti dan Kelantan tidak berhak mendapatkan hak royalti. Tetapi, kenapa sekarang mahu diberikan wang ehsan pula sebagai ganti kepada royalti seperti di Terengganu. Jika Kelantan layak dapat wang ehsan seperti Terengganu maknanya itu adalah royalti. Saya harap kedua-dua pemimpin Umno itu tolonglah fikirkan masa depan dan kepentingan anak bangsa (Kelantan) dan jangan hanya fikirkan ‘kantung’ serta matlamat politik semata-mata. Kita (Mampat) bimbang dan khuatir kedua-dua mereka (Dato’ Pa dan Dato’ Awang Adek) akan dilabelkan sebagai ‘pengkhianat’ bangsa dan tidak mustahil akan menerima nasib yang sama seperti bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Dan sebenarnya, jika Kelantan dan Terengganu diberikan kembali royalty dan Umno-Barisan Nasional (BN) boleh mengambil-alih Kelantan secara ‘anak jantan’. Manakala, Terengganu dapat dikekalkan pemerintahan Umno-BN sudah tentu mereka akan boleh mentadbir negeri dengan lebih baik. Saya minta secara baiknya, jika benar Umno memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Melayu Islam khususnya. Sila kembalikan semula hak royalti tersebut. Ini kerana, majoriti rakyat di Kelantan dan Terengganu adalah Melayu. Kenapa mereka (Umno-BN) mementingkan sentimen politik berbanding dengan sentimen Melayu. Berfikirlah secara matang dan bertindaklah secara tepat. Oleh itu, pulangkan semula hak rakyat Kelantan dan Terengganu kerana itulah yang paling penting sekali.

1 comments:

Ketua Polis berkata...

inilah satu malaysia rakyat melayu dibodohkan

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top